By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Oct-2006 10:00 Email | Share | Bookmark
KEMBALI KE SEKOLAH ( 2 )

Pokok Pukul Lima dan gerbang ini memang kamcing sejak dulu ...
Pintu Gerbang yg dibina sempena Jubli Emas ( 50 tahun )...
Pintu masuk utama Sultan Ismail College ( Maktab Sultan Ismail )
Gelanggang Tenis ni memang dah lama benar ...
Tembok yang memisahkan padang dgn blok akademik, asrama, pejabat
Emblem Maktab Sultan Ismail ... tu imej kijang ..
Nih nama baru, sebelum tu nama Sultan Ismail College ...
Dulu, ni Gelanggang Skuasy ( 60an ? ). Sekarang apa yer ?
Padang SIC yg terkenal, dikongsi juga org awam & sekolah sekitar
Asrama Puteri di sebelah kiri, hujung sana pintu masuk utama ...
Asrama Puteri. Baru dibina sbg ganti yg lama ( yg era 50an ) ..
Menapak masuk ke kawasan sebenar maktab ...
Masa aku dulu, ni tempat letak basikal ...
Blok akademik lama, dr era 50an dan laluan utama ke kantin ..
Pintu masuk ke blok akademik lama ..
Sejak bila ada jeriji besi nih ? Petanda keruntuhan moral ?
SIC .. Sekolah Ini Cemerlang .. Nice !
Ruangan ini cukup menyentuh kenangan silam ...
Dulu, railing tangga ini besi tempa bersalut kayu ...
Blok kanan, hujung, tingkat 2 adalah kelas pertamaku di SIC ..
Dari atas laluan yang kerap diguna semasa di Tingkatan 1 ...
Kelas pertama aku di SIC, Tingkatan 1P4 ..
Pemandangan dari kelas pertama aku di SIC.. nostalgik !
Pencahayaan yg cukup mencungkil kenangan lama ...
Tandas sebijik mcm dulu, cuma lantai yang berubah ...
Dulu, di salah satu pintu ini adalah bilik guru pakar ...
Dan dekat situ, ada kelas nih. Kapur tulis dah menjadi Artline !
Rak dr era 50an yg cukup sinonim di blok akademik lama ...
Laman ini masih sama, dahulu selalu berlatih silat di sini ...
Koridor yang selalu menjadi laluan aku satu masa dulu ......
Pemandangan dari satu sudut yg dahulunya koperasi sekolah ..
Kelas aku semasa di Tingkatan 2. Kelas 2P1 yg menjadi 2 Jujur !
Segar dlm ingatan, result PMR kami pernah ditampal di papan itu
Pengetua pertama SIC circa 1936 ...
Aku tinggalkan blok akademik lama ....
.. untuk ke Dewan Besar, kereta Pengetua sekarang ke tuh ?
Pintu utama ke koridor dewan besar ...
Pencahayaan waktu pagi yang amat nostalgik ..
Hampir semua guru yang berkhidmat kini sudah tidak aku kenali ..
Suatu ketika dahulu, aku kerap berlegar di sini ...
Bangku kayu antik yg aku fikir dari era 60s (?) masih di sini ..
Tengku Mahaleel adalah hasil keluaran maktab ini ..
.. begitu juga Pengerusi Transnasional, Dato' Nadzmi .
Aku hampa kerana pintu ke dewan besar terkunci rapat ..
Seperti bangku itu, pintu dewan besar ini juga cukup antik ..
Kanan, kaki lima dewan besar. Kiri, dulunya bengkel Kem. Hidup..
Kaki lima yg dulunya menuju Pusat Sumber & Makmal .. Kini ?
Laman ini lebih hijau berbanding dulu, depan Dewan Besar ...
Dulu beranda ini diguna utk ke Kelas Lukisan dan Bilik Komputer
Dulunya library & bilik guru, sekarang pula ?
Blok akademik terakhir aku di SIC ...
Tentang dia. Blok tambahan ini dibina akhir 1960s ..
.. dan di tengah foto ini adalah kelas terakhir aku, 3 Jujur ..
.. sekarang sudah jadi 4 Beta, tapi sejak bila ?
Dan sejak bila pula ada LCD Projektor dan papan putih ?
Kerusi dan meja itu adalah tempat ku yang terakhir di SIC ...
.. dan di luar tingkap dari meja aku, nampak Dewan Besar ..
Sejalur laman pemisah dewan dan blok akademik ....
Seorang kenalan sebaya meninggal dunia setelah kemalangan disini
Di satu sudut yg lain, ada kantin. Masih kantin yang asal ...
.. cuma dulu, di sinilah tempat membeli makanan ..
Di sebelah kantin, aku terlihat risalah ini ...
Kawasan asrama putera. Itu blok akademik pertama aku di SIC !
Masa kat Tingkatan 1, jenguk luar tingkap, nampak Asrama Putera
Aku dulu pelajar harian, asrama hanya utk pelajar dr jauh ..
Tiada kenangan di asrama tetapi ada di sini, bekas musalla SIC
.. yang kini sedang diubah suai ...
... kata si penjaga asrama, sebagai perpustakaan ? ...
Musalla ( atau "Masjid" ? ) baru SIC letaknya di sini ...
..di depan Asrama Puteri ( puteri SIC = girls Tingkatan 6 STPM )
.... sekali tengok macam banglo pun ada ! he he ...
Dan, tak spt masa aku dulu, SIC dah ada bas sendiri ... hebat !

( Satu kesinambungan dari entry " Kembali Ke Sekolah " ( 10 Apr 2006 ).
Sebagai mengenang ulang tahun ke - 10, aku meninggalkan zaman PMR.

Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada para pelawat ke situs ini kerana lagi sekali, entry ini bersifat peribadi. )






" AKU DATANG, AKU SINGGAH, AKU PERGI DAN HAMPIR SAHAJA AKU TERUS BERLALU TANPA MENOLEH ... "


Kata orang,
Hari Raya adalah hari yang terbaik bagi mengukuhkan semula ikatan yang longgar,
menyambung semula yang telah putus dan menjejak semula yang terabai.

Bersama dengan seorang rakan, aku ke Jalan Telipot, sebatang jalan utama di bandar Kota Bharu, ke sebuah sekolah menengah bernama Maktab Sultan Ismail.






Tiada sesiapa pun di situ pada musim perayaan begini.
Itu aku tahu dan aku tak kisah kerana sasaran aku bukanlah manusia, tetapi sekolah itu sendiri.

Ya, dia sekolah lama aku.

Sekolah terkenal di Kelantan, menghimpunkan pelajar dari tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 6. Sekolah khusus bagi pelajar lelaki sahaja ( kecuali Tingkatan 6 ).
Sekolah yang hampir hampir sahaja lenyap dalam kekalutan memori ini.

Bagi aku,
peringkat awal memasuki Maktab Sultan Ismail, yang juga dikenali secara manja sebagai Sultan Ismail College atau S.I.C, merupakan suatu pengalaman yang unik.

Kisah bermula setelah 6 tahun minda aku dibasuh, diproses, dipaketkan dengan rapi
dan dilabel halal UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail ( 1 ).

Walaupun sejurus setelah itu aku dipelawa ke sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij di Kuala Lumpur, atas sebab sebab yang sebenarnya boleh dielakkan, pelawaan itu aku serkup rapat rapat tanpa diberi peluang bernafas.

Seingat aku, aku terus alihkan tumpuan, yang tika itu masih keliru, kepada Maahad Muhammadi dan Maktab Sultan Ismail, kedua duanya terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Tika itu, pengaruh rakan sebaya memang dasyat.
Sedasyat aura Ji Fat semasa bertarung dengan Maharaja Zhou dalam komik Alam Perwira.

Tanpa fikir panjang, aku abaikan panggilan dari Maahad Muhammadi semata mata untuk menyertai bekas rakan sepersekolahanku yang rata rata ingin menyerbu Maktab Sultan Ismail. Lagipun, apa yang " mainstream " itu terasa seperti lebih afdhal ...

Penantian aku berhasil, bila mana aku berjaya disahkan tempat di situ.





Sebenarnya,
pandangan awal aku terhadap alam persekolahan menengah tidaklah manis.

Stereotaip aku tika itu adalah, sekolah menengah adalah sekolah yang tiada masa berseronok sebagaimana sekolah rendah, serba susah serta sentiasa ditekan dan dikongkong secara fasis.

Maka, tidak segan aku akui yang tika itu, aku amat takut menghadapi hakikat berpindah ke sekolah golongan remaja. Lebih lebih lagi pengalaman aku di "trauma" kan semasa berada di " sekolah transit " ( lihat penjelasan di nota kaki ) seolah olah telah membuktikan sangkaan aku sebelum itu.

Kalian bayangkanlah,
tidak pernah dalam hidup aku melainkan di " sekolah transit " itu,
aku diajar bahawa selain lantai, meja juga boleh dijadikan alas berdiri atas kemahuan guru, dijerkah dengan falsetto ber " desibel " tinggi dari jarak jauh, minit perhimpunan mingguan yang menyeramkan serta penuh adegan suspen dan segala macam perkara yang bagi aku, suatu kejutan budaya yang jika dikenang kembali sekalipun, masih tetap tidak boleh diterima akal ini.

Mengambil iktibar,
aku fikir Maktab Sultan Ismail pastinya lebih brutal dan lebih traumatik.
Almaklumlah wujudnya sejak 1936 lagi. Jauh lebih awal dari " sekolah transit " itu.
Lagipun, jaraknya dengan " sekolah transit " itupun hanyalah sekangkang Ultraman Taro.

Tetapi sangkaan aku meleset sebaik sahaja aku memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail. Aku dapati mudah sahaja jiwa aku sebati di sekolah itu. Suasana persekitaran juga santai dan tidaklah setegang sebagaimana sebelum. Para pendidik tetap dengan pelbagai ragam namun pendekatan mereka ternyata lebih mudah aku hadhamkan.
Rakan rakan juga pelbagai ragam dan gaya tetapi mereka saling mewarnai suasana.
Perhimpunan mingguan pula sering diserikan dengan tepukan selingan yang sarkastik biarpun si pengetua masih belum habis berucap.

Yang pasti,
tahun demi tahun aku di situ,
dirasakan semakin bermakna dan serasi.
Semakin seronok.









Sedikit Catatan :
Foto kedua dari bawah adalah kelas pertamaku di Maktab Sultan Ismail, Tingkatan 1 Perdagangan 4 atau mudahnya " 1 P 4 ". Susunan meja dan kerusi agak kacau, mungkin para pelajar tak sabar sabar nak cuti beraya agaknya ?

Mengimbau kenangan silam, meja dan kerusi aku dahulu berada lebih kurang bersebelahan bingkai tingkap ke-5 ( dari sudut belakang ).
Jengah sahaja ikut tingkap, terus nampak Asrama Putera. Kalau kebetulan ke kelas pada sebelah petang ( bagi aktiviti ko-kurikulum dsb ), boleh nampak warga asrama terjerit jerit, mundar mandir dengan pelbagai ragam dan gaya.
Kenangan terindah ? Pernah muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 1. Satu penghormatan seumpama itu yang pertama dan terakhir di Maktab Sultan Ismail.





Aku meninggalkan Maktab Sultan Ismail tidak lama setelah mendapat keputusan PMR, tiga tahun selepas hari pertama aku di situ.

Ya, tiga tahun yang amat bermakna.
Pangkat, jawatan, aktiviti sana sini.
( Kalau aku terus tinggal, agaknya aku boleh upgrade jadi Pengawas Maktab pulak kot !? )

Tetapi sudah menjadi tradisi ahli keluarga aku untuk ke Maktab Rendah Sains MARA selepas Tingkatan 3 dan sememangnya aku berjaya mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa ( MRSM ).

Walaupun aku akhirnya pergi meninggalkan Maktab Sultan Ismail, jauh di lubuk hati aku, teramat berat aku rasakan. Dan betapa dekatnya hati aku dengan Maktab Sultan Ismail,
sehingga pernah satu masa di awal tahun pertama MRSM, aku mempertimbangkan untuk pulang semula ke Maktab Sultan Ismail. Kalau tidak kerana Ibu yang keberatan, pastinya aku sudah kembali. Dan boleh jadi juga, jika tidak kerana aku bersetuju untuk terus bersabar, pastinya aku tidak akan tercongok di depan komputer untuk menaip setiap perkataan yang kalian sedang baca ini.

    I shall be telling this with a sigh
    Somewhere ages and ages hence:
    Two roads diverged in a wood, and Iā€”
    I took the one less traveled by,
    And that has made all the difference.

    ( Robert Frost (1874ā€“1963) : The Road Not Taken ~ 1916 )


Huuuuuuuuuhhhh ....

Walaupun saban hari aku melintas di depannya, entah mengapa, tiba tiba aku memilih untuk bersemuka dengannya semula hari ini.

Dan pagi itu, pagi yang cerah, tanpa jerebu, aku kembali sekali lagi.
Oh, tidak. Jika aku bisa undur masa dan umur sekalipun,
pastinya tidak untuk bersekolah kembali, mustahil !

Tetapi sekadar mahu menggilap memori silam
mengimbas segala sesuatu yang membawa kepada sesuatu yang lain

dan berterima kasih ........

Alhamdulillah ~

Terima Kasih Sultan Ismail College.






Kini, tingkatan 4 Beta. Zaman aku dulu, tingkatan 3 Jujur.
Walaupun kerusi dan meja jelas sudah bertukar, namun posisi dan gaya asal susunan nampak tidak berubah langsung.

Sebaik sahaja aku merebahkan punggung ke kerusi itu, kenangan silam kembali datang berkejar kejaran.

Aku masih ingat, Omar Khan Rahmatullah Khan duduk di belakang aku dan sepupunya, Shahrullah Khan duduk di sebelahnya. Di sebelah aku, Wan Hilmi Wan Hussin. Di depan pula, Azran Edie Ariffin dan Ahmad Alfishahrein Abdullah Fadzil. Selebihnya, aku ingat ingat lupa.

Oh tidak, aku ingat nama mereka sehingga ke nama bapa mereka bukan setelah merujuk majalah sekolah tetapi telah menjadi trend kami ketika itu untuk memanggil rakan yang lain dengan nama bapa mereka. Walaupun tidak semua dipanggil begitu, ternyata dengan mengambil tahu, dapat dijadikan senjata apabila " digempur " !
He he .. maaf, sekadar terkenang.

Emm ... Sepuluh tahun berlalu, and I wonder, where are they now ?





DALAM MEMORI

Aku tujukan entry ini khas kepada bekas penuntut Maktab Sultan Ismail aka Sultan Ismail College ( SIC ) dan juga kepada semua guru guru dan staff yang telah menyerikan hidup kami selama 3 tahun di sana pada 1994 ~ 1996, walaupun hakikatnya guru yang masih mengajar semenjak itu, hanya tinggal 5 ~ 6 orang sahaja sekarang.

( Kalau tak silap, Cikgu Siti Rekiah yang mengajar Bahasa Melayu dan Ustaz Nazir yang mengajar Pendidikan Islam semasa di Tingkatan 3, adalah dua orang guru yang pernah mendidik aku, yang masih tinggal )

Dan Entry ini aku tujukan juga kepada semua pelawat Fotopage ini yang pastinya turut memiliki kenangan zaman sekolah menengah rendah yang tak boleh dilupakan ( zaman PMR / SRP, boleh lupa ke ? ), tak kira di sekolah mana anda pernah belajar.

Terima kasih semua.





SEKADAR REKOD :






DI SATU SUDUT BENAK KU, MEREKA BERLEGAR - LEGAR :




Class of 1996 ( Form 3 Jujur )

Class Teacher : Mrs. Lim Wan Chu
Class Head : Ahmad Fahmi
Asst. Class Head : Rashdin

Kelas terakhir di Maktab Sultan Ismail.
Sekadar trivia, dalam kelas ini saja, 5 orang telah ke MRSM Pengkalan Chepa. Mana satu aku yer ?

( Tips : Aku adalah yang paling hensem dalam ramai-ramai )





NOTA KAKI :

" Sekolah Transit " :

Istilah aku sendiri bagi merujuk kepada sekolah menengah yang secara otomatik ( tanpa permohonan khas ) menerima pelajar sekolah rendah yang lulus UPSR, dari sekolah tertentu, mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan.

Walaupun ia bukanlah sekolah transit atau sementara dalam erti kata sebenar, bukan aku saja bahkan kebanyakan pelajar baru Tingkatan 1 yang aku kenali ketika itu menganggap sedemikian kerana masing masing tidak berhajat untuk terus di situ dan dalam proses memohon untuk ke sekolah yang lebih " ternama ". Memandangkan panggilan rasmi dari sekolah berkenaan pada masa itu adalah lambat, pelajar baru diletakkan di sekolah berkenaan atas saranan Jabatan Pendidikan, agar tidak ketinggalan pelajaran.

Seingat aku, pada masa itu, lepasan SRK Sultan Ismail ( 1 ), ( 2 ) dan ( 3 ),
dimasukkan secara " default " ke Sekolah Menengah Sultan Ismail.

Aku tidak pasti sama ada kaedah ini masih dijalankan atau tidak pada masa sekarang.




BERKAITAN :


ENTERFRAME : Berjalan Ke Sekolah Lama ...








* Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot ( bangunan lama, 1937 ? )




HARIAN METRO ( Fri 3 Nov 2006 ) : Maktab Sultan Ismail lahir atlit cemerlang bola sepak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net