By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Oct-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
AKU TAHU KAMU SUKA MAKAN !


Perhatian.

Bahan bahan berikut
mampu membuatkan perut anda maju ke hadapan
sekiranya diamalkan selalu
lebih lebih lagi pada Ramadhan ini

Semoga kalian berhati hati.





TUP'AK SUTONG :
Sotong Masak Kicap ?
Oh, tidak .... jangan tertipu dengan rupa kerana rasanya manis dan tak sesuai dimakan bersama nasi kosong !
Itu Ketupat Sotong Kelantan.
Berbeza dengan Ketupat Sotong Terengganu yang tidak menerima kehadiran Gula Melaka ( Kelantanese : Nnisae ) sebagai rakan karib, Ketupat Sotong Kelantan pula adalah sebaliknya.
Biasa dijual di pasar-pasar malam sebagai pembasuh mulut, harganya berlegar dari serendah RM 1 kepada RM 2.50 seekor, bergantung kepada saiz dan nafsu semasa peniaga ....

The above Tup'ak Sutong were bought from a stall at a Pasar Malam in Kota Bharu.
( Click image for the " Pasar Malam ". )





" KELANTANESE MUFFIN " :
Suatu nama yang aku gemar fikir apabila merujuk kepada kuih Piyana ( bukan Piyena yer ! ).
Bukan apa, tekstur dan bentuknya saja sudah cukup mengingatkan tentang Muffin walaupun hakikatnya Piyana ini lebih manis dan lebih lembap ( very moist ) .... dan lebih menarik, bahagian yang kehitaman itu ( atau dengan bahasa yang lebih sopan, bahagian yang hangit itu ) pula rasa macam karamel ( gula hangus ).

Nice to be eaten warm or cool.
To describe the Piyana, though probably inaccurate, just think of moist Bahulu but with springier buttery texture. Excellent !
( These Piyanas are Nik Yae's. Click image to know more about Nik Yae )





" AKOK ORGHAE SSOLAEK " :
Akok, kuih tradisi Kelantan yang boleh jadi antara yang tersohor di kalangan rakyat Kelantan.
Apa yang paling menyerabutkan minda semasa memilih Akok adalah apabila memikirkan kualitinya yang bagi aku, selain rasa, juga tertakhluk kepada teksturnya.

Setakat ini Akok bikinan Nik Yae Jalan Kelochor dan kaum kerabatnya memang menepati kualiti yang aku harapkan dari sekeping kuih berwarna coklat ini !

"Akok Orghae Ssolaek" or " High Society Akok " as they were originally made to cater to the demand from the upper classes. Best eaten warm, the best Akok should melt in your mouth the moment you sink your teeth in it !
( These Akoks are Nik Yae's. Click image to know more about Nik Yae )




UPDATED 22 OCT 2006 :




" DEFINITELY NOT GROWN ON TREES " :
Buah Tanjung.
Nama yang dikira agak menarik bagi sejenis kuih tradisi Kelantan yang tiada kaitan langsung dengan Pokok Tanjung ( Mimusops elengi ). Boleh jadi dinamakan begitu disebabkan rupa dan saiznya yang mirip buah pokok tanjung.

So, Buah Tanjung is actually a misnomer for something that as far as I think I know, is made almost entirely from egg yolk ( of duck eggs ), which is immersed, cooked in a boiling thick syrup and shaped into a teardrop.

An excellent and authentic Buah Tanjung would come in small size, quite exactly the size of the Tanjung fruit where the name was derived, and the texture should be sturdy, silky and not showing signs of crumbling when picked up but would simply melt in your mouth. The above image is an excellent example of a superb quality Buah Tanjung.

( These Buah Tanjungs are Nik Yae's. Click image to know more about Nik Yae )





Nota :
Walaupun aku dan Kelantan adalah sinonim,
itu masih tidak membuatkan aku meminati setiap jenis kuih Kelantan.

Aku memilih berdasarkan kehalusan pembikinan, kualiti dan kreativiti rasa yang aku fikir menepati citarasa sendiri yang aku kira agak cerewet.
Maka, sekiranya aku ingin sekalipun menyenaraikan perihal kuih Kelantan di situs ini,
itupun hanya bagi yang berjaya melepasi tembok yang aku tetapkan itu.

Bagi aku,
kuih Kelantan boleh dimaniskan lagi sekiranya
kualiti diseragamkan dan gaya persembahan dinaiktaraf
ke peringkat yang paling kurang, boleh diterima pemikiran Dunia Pertama.
Tidak mustahil.

Dan seruan aku kepada para penggiat pastri sekalian.
Demi dijadikan modal meminang si komersialisme, wajarkah warisan sendiri digadai ?


SELAMAT BERBUKA PUASA

( Makan biar berkadar kadar. Ibadat biar berganda ganda. )




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net