By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Sep-2006 11:00 Email | Share | Bookmark
The Day The Sandman Returns

The rocks were the last stronghold for the onced dying beach...
..as waves after waves thumped and scrapped the sand away...
..but the sea surely knew when to repay the debt.
Fishing tournaments are ocassionally held at PCB...
Immortalised in this banner is the past champion ....
..but the champion for today, should go to Pantai Cahaya Bulan !


Siapa menduga siapa menyangka
ku sangka cempedak rupanya ungka.

Aku fikir Pantai Cahaya Bulan sudah tinggal kenangan.
Aku fikir perginya menggilap memori silam.
Aku fikir hilangnya tidak kembali.

Boleh jadi aku terlupa
Chinta Berahi apabila sudah terhakis, perginya sukar kembali.
Tetapi Cahaya Bulan
walau sinarnya disusuli malam gelap gelita
sampai masa
ia tetap bersinar kembali.

Orang kata,
apa ada pada nama ?

Aku kata,
pada nama ada doa.



DAHULU ( 31 DEC 2004 )


Masalah hakisan Pantai Cahaya Bulan ( PCB ) pada peringkat kritikal.

Sebagai langkah segera bagi mengelakkannya dari terus merebak, Kerajaan Negeri telah membina benteng dari batu-batu kuari
( ketika foto ini dirakam, kerja pembinaan benteng baru sahaja berlangsung dan batu baru dilonggok di tepi pantai ).





KINI ( 23 SEP 2006 )


Pasir kembali semula ke Pantai Cahaya Bulan.

Kelihatan barisan benteng dari batu kuari tersusun di sebelah kanan foto, yang sebelum ini
berada setinggi lebih satu meter dan berada di gigi air serta menjadi sempadan antara laut dengan pantai.
Foto 31 Dec 2004 telah dirakam di sekitar sudut atas sebelah kanan foto ini
dan sila bayangkan sebanyak mana PCB telah berubah sejak itu !




Sekali lihat
hamparan pasir itu begitu menggiurkan
menggoda perasaan yang dahulunya
kecewa
berputus asa.

Sabar.

Nanti
bila malam bulan purnama
aku nak ke pantai, bawa tikar
aku mahu terlentang mendongak langit
aku ingin mengira bintang merenung bulan
sambil dibelai bayu
Pantai Cahaya Bulan.


Pesanan Penaja :



SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL - MUBARAK 1427


Semoga amalan anda pada bulan yang mulia ini kembali meriah
lebih baik dari kembalinya pasir ke Pantai Cahaya Bulan hendaknya.

Wallahu a'lam....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net