By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Aug-2006 03:25 Email | Share | Bookmark
( 1 ) MENJEJAK KISAH AL-HADID : ~ Dari Temangan ke Jubakar ~

Somewhere by the zig-zagging Kelantan river, is Temangan town...
..where the infamous East Coast Railway line cuts through....
...and where an abandoned iron mine lies.
The mighty Kelantan River as seen in Temangan......
..makes a fascinating 90 degrees turn....
..where just nearby, lies Kampung Bukit Besi.
The kampung is a small inhabitant built around the old mine...
..yes, it was abandoned but there's a sign of re
A interesting sample of iron bearing piece of rock...
... not sure, hematite? Reddish part is unmistakably Iron Oxide.
The old British-built East Coast Single Track Railway Line...
..the track lies next to an old iron oxide mill, now a school.
SIRI MERDEKA : Menjejak Kisah AL-Hadid ( 1 )



And We ( God ) sent down iron ( al-hadid )
in which there lies great force and which has many uses for mankind
"


( The Holy Quran, Surat Al-Hadid 57:25 )




Bercakap tentang besi,
aku jadi cukup nostalgik.

Usia aku di Jepun banyak dihabiskan mempelajari perangai besi dan kaum kerabatnya.
Kultus : Rikou Gakubu (Department of Science)
Mazhab : Kinzoku Kougakka ( School of Metallurgical Engineering )
Ya, Kinzoku tu bermakna " logam ".
Dah, jangan tanya aku lagi apa itu "raykinzoku".

Sekembalinya aku ke Kelantan,
aura besi tetap bersama aku.
selain ion ferum yang sejak azali, mengalir di dalam urat dengan bahtera hemoglobin,
larutan koloid Ferum (III) Hidroksida dari pili juga turut sama memberikan sokongan dari semasa ke semasa.
Dan mungkin,
setelah sekian lama berhimpun,
ion besi itu akhirnya menunjukkan sifat magnetiknya lalu aku kini telah tertarik pula ke Temangan,
sebuah pekan lama di pinggir Sungai Kelantan.

Sebelum aku meleret lebih jauh. Baik aku permudahkan sahaja bicara ini.

Temangan, Jajahan Machang, Kelantan.

Letaknya lebih kurang 60 km ke selatan bandar Kota Bharu, menghala ke Jajahan Kuala Krai.
Sebuah penempatan tradisional di pinggir Sungai Kelantan yang bertukar menjadi
sebuah pekan kecil pada awal abad ke-20, dengan penemuan bijih besi
dan kemunculan laluan keretapi Gemas ~ Tumpat.

Sebagaimana lombong besi di Kemaman, Terengganu dan di Pahang,
Temangan juga merupakan sebuah lombong bijih besi tinggalan zaman British.
Lombong besi di Temangan telah diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun ~ " Oriental Mining Co. "
dan bijih yang diperoleh, dihantar dengan keretapi ke Jepun melalui Pelabuhan Tumpat ( Jubakar ).

Pengeluaran bijih besi akhirnya dihentikan pada tahun 1965
dan semenjak itu,
masa seolah olah terhenti di pekan Temangan ......



Quote:

d. Bijih besi

Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia Pertama di Johor dan Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini kemudian dieksport ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya dari Tanah Melayu.

Petikan dari : http://www.aseannewsnetwork.de/bahasa-malayu/wikipedia/e/ek/ekonomi_malaysia.html








Sungai Kelantan, sebagaimana dilihat dari pinggir sebatang jalan di Temangan.

Pemandangan yang agak menarik kerana di sini Sungai Kelantan membuat pusingan
lipat " maut " 90 darjah, sebelum mengalir ke Kota Bharu.






Papan kenyataan di sebuah kaki bukit di Kampung Bukit Besi, Temangan.

Setelah 40 tahun terhenti, nampaknya kegiatan penerokaan dan penyelidikan tentang
potensi sumber bijih di kawasan berkenaan akhirnya kembali dijalankan.

Menurut laporan terkini, bijih besi di Temangan masih lagi mampu dikomersilkan
dengan kewujudan teknologi terkini ( kos operasi tetap tinggi ).






Cebisan " bijih " yang ditemui di kawasan Kampung Bukit Besi, Temangan.

Lapisan merah gelap menunjukkan kehadiran unsur Ferum dalam bentuk Ferum Oksida ( mineral Hematite ? )




BERKAITAN :

Kenali Bijih Besi : http://www.mii.org/Minerals/photoiron.html

Gambarfoto bekas lombong bijih besi di Temangan :
http://pkukmweb.ukm.my/~zuhairi/Pengajaran/fieldwork/east_coast/out_10.htm
( Imej akan keluar hanya dengan Mozilla Firefox )




HENTIAN SETERUSNYA :

SIRI MERDEKA ~ Menjejak Kisah AL-Hadid ( 2 ) :
Menyingkap sejarah Jambatan Bijih di Kampung Jubakar, Jajahan Tumpat, Kelantan.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net