By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Jul-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Distinctively KeLaTte : Tok Perghaih Mah

Dealers waiting in front of the pawnshop & goldsmiths...
..one was even sighted reading Harakah to pass the time !



Tok Perghaih Mah

( Panggilan tempatan )

Satu lagi keunikan Kelantan, lahir dari sikap rakyat Kelantan terhadap emas....

Definisi :
"Broker" barang kemas yang membeli barang kemas ( emas ) dari orang perseorangan
dan memperoleh keuntungan dengan menjualnya pula kepada pihak ketiga.

Ciri ciri :
Wanita.
Kebanyakannya agak berumur.
Duduk di atas kerusi di kaki lima kedai pajak gadai dan kedai perhiasan emas
sambil memeluk beg tangan besar.
Biasanya menegur orang yang lalu lalang dengan ayat seperti :

" Ado nok juwaa barghae mah kor ? "

( Ada nak jual barang kemas ke ? )


Di dada akhbar :









KELANTAN DAN EMAS :


Bagi masyarakat tradisional Kelantan,
tanah dan emas dilihat sebagai satu pelaburan.
Biar rumah tak megah, biar perabot tak menarik,
asalkan ada tanah berkeping keping, atau ada barang kemas berkerat kerat,
di Kelantan,
seseorang itu sudah dikira berharta.

Dan berikut merupakan sekilas trivia tentang emas di Kelantan :

1) Kelantan memiliki sumber emas yang berpotensi tinggi untuk dikomersilkan.
Malah aktiviti melombong secara kecil kecilan sudah berlangsung sejak ratusan tahun.
Pekan Pulai di Gua Musang, contohnya, memiliki komuniti kaum Cina yang datang ke Kelantan (sebelum campur tangan Inggeris di Tanah Melayu), semata mata untuk melombong emas.

2) Matawang emas pertama yang diperkenalkan di Tanah Melayu adalah dari Pattani-Kelantan seawal abad ke-15.
Padanya tertera motif "Kijang" yang akhirnya berakhir menjadi logo rasmi Bank Negara Malaysia.
( Kesultanan Melaka yang tersohor itu pun sekadar memperkenalkan wang timah ! )

3) Salah satu faktor penting bermulanya campur tangan Inggeris di Kelantan adalah kerana penglibatan Syarikat Duff melombong emas di Ulu Kelantan.
( akhirnya membawa kepada Perjanjian Bangkok 1909 yang menyebabkan Pattani terus merengkok di bawah Siam sehingga kini )

4) Sindrom meng"emas"kan diri telah dikesan di kalangan kaum wanita Kelantan.
( khususnya para peniaga di pasar pasar ) yang ghairah memperagakan emas berurat urat, berketul ketul tanpa segan silu.

5) Kerajaan Kelantan bakal memperkenalkan penjualan Dinar Emas melalui kedai Ar-Rahnu bagi menggalakkan masyarakat Kelantan
menyimpan dalam bentuk emas ( sejenis pelaburan ) dan dilihat sebagai suatu langkah berkesan menangani inflasi.
Bukan untuk menggantikan Ringgit Malaysia tetapi sekadar menyerupai konsep Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ). ( berkaitan : Statistik Bulanan Nilaian Kijang Emas )





BERKAITAN :

Wonder women of Kelantan ~




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net