By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Aug-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
( 2 ) MENJEJAK KISAH AL-HADID : ~ Dari Temangan ke Jubakar ~

Jubakar is a kampung between Tumpat and Pengkalan Kubor.
Drive from Pengkalan Kubor & you'll be greeted by this sight
Strange structures on the lagoon, like a lost work of art ....
..which is actually a remnant from our lost past..
.. forgotten by many and long dead...
as dead as this horse by the shore, nearby..
Temangan and Jubakar whereabout with Google Earth...
Somewhere near the river mouth, lies Tumpat town and Jubakar....
Zoomed in, the Ore Bridge ( Jambatan Bijih ) is clearly visible
SIRI MERDEKA : Menjejak Kisah AL-Hadid ( 2 )


Aku kata :


Mengenal sejarah

adalah menyesali diri

menyedari

akan setiap hari yang berlangsung

hanyalah

hari silam

yang berulang.







Pekan Temangan : Landasan Keretapi Pantai Timur

Foto dirakamkan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Temangan ( suatu ketika dahulu
menempatkan loji memproses bijih ).

Landasan ini pernah digunakan untuk menghantar bijih besi ke Pelabuhan Tumpat.

Temangan => Jambatan Guillemard






Jambatan Guillemard ( atau " Ghertock Kusiyya ", panggilan tempatan ).

Merupakan jambatan keretapi terpanjang di Malaysia yang dibina merentas Sungai
Kelantan antara Paloh Rawa ( Jajahan Machang ) dan Kusial ( Jajahan Tanah Merah ).
Jambatan ini terletak di pertengahan laluan Temangan ~ Tumpat dan berhampiran
pekan Temangan.

Bijih besi yang dilombong di Temangan dihantar ke Pelabuhan Tumpat melalui
jambatan ini yang mungkin menjelaskan mengapa British sanggup membina jambatan
sepanjang ini yang pastinya ketika itu, memerlukan kos yang amat tinggi.

Jambatan Guillemard => Tanah Merah => Pasir Mas => Wakaf Bharu => Tumpat => Jambatan Bijih di Jubakar






Jambatan Bijih di Kampung Jubakar, Tumpat.

Dibina sekitar awal abad ke-20 bagi memindahkan bijih besi dari landasan keretapi
ke bot transit sebelum seterusnya dihantar ke kapal pengangkut yang berlabuh jauh
di tengah laut.

Dilaporkan bahwa kesemua hasil lombong Temangan dihantar ke Jepun, yang pada
ketika itu amat bergantung kepada industri besi dan keluli. Apabila Perang Dunia
ke-2 meletus, tentera Jepun telah mengambil alih aktiviti perlombongan dan
penghantaran bijih bagi memastikan bekalan ke Jepun tidak terputus.

Kini yang tinggal dari aktiviti tersebut hanyalah barisan tiang penyokong konkrit yang
mengunjur ke laut, yang mungkin suatu masa nanti akan turut lenyap ditelan masa.






Imej Satelit kawasan Kampung Jubakar

Imej ihsan dari Google Earth.

Jambatan Bijih jelas kelihatan sebagai titik titik hitam di atas permukaan lagun.






Rumah Api di Kuala Tumpat.

Foto dari buku " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " oleh W.A Graham, terbitan James Maclehose and Sons, Glasgow (1908).

Semasa era pendudukan British, pernah wujud sebuah pelabuhan kecil di Tumpat.
Malah, landasan keretapi Pantai Timur yang bermula dari Gemas juga berakhir di
Tumpat ( tidak termasuk landasan yang mengunjur ke Selatan Thai ).

Dengan kemudahan yang ada, Tumpat telah berkembang maju menjadi sebuah
bandar. Namun kini, seperti mana pekan Temangan, masa seolah olah terhenti di bandar Tumpat.




RELATED SOURCES :

The Railway To See Malaysia ( ktmb.virtualmalaysia.com )

kelantan.gov.my : Jambatan Bijih






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net