By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-May-2006 12:04 Email | Share | Bookmark
Transformasi Bharu

The Kota Bharu Trade Center
The Promotion
The Kelantan Trade Center
The Pelangi Mall & Condo
The Plaza Menang Intan
A future rival for Kota Sri Mutiara ?
Energetic Wakaf Che Yeh ( 24 hours non-stop commercial area )
..are about to change its look again...
..and there is still a lot more coming up..
A close look at Pelangi Mall..
..construction in progress at the main building..
.. this one is also a part of the Mall.
What has became of the once famous Panggung Lido ....
The "best" photo I got of the dead Lido ( shot on film at dusk )
Nota Penulis :
Koleksi foto di atas adalah sekadar makluman
kepada mereka yang jasadnya di kejauhan
tetapi hatinya tertinggal di Kota Bharu.







Aku.
Sebuah bandar.
Dan transformasi.

Bangunan kayu lama berganti konkrit baru
restoran, pasaraya, rumah kedai, bangunan pejabat, banglo ....

Jalan raya sendat dengan kenderaan
entah dari ceruk mana
plet Kelantan, plet luar, plet Siam .....
haruman diesel dan petrol menusuk saraf olfaktori.

Kaki lima lorong sempit bertempek jasad manusia
gesel sini gesel sana..

Rimas
tapi seronok.

Aku ?
Aku masih lagi di sini
menggaru garu kepala
kadangkala tersengih
melihat
Kota Bharu yang berlenggang
dengan gaya tersendiri
ke hadapan.




Psssst :
Aku bangga dengan Kota Bharu yang membangun,
tapi aku cuma khawatir dengan hala tuju pembangunan itu sahaja,
kerana pembangunan ala "copy n paste" semakin galak di Malaysia sekarang.
Tak perlu aku berikan contoh. Berita seharian di dada akhbar, walau apa pun agenda mereka,
sudah terlalu kerap membuktikan !

Bagi aku sesuatu pembangunan bukan sahaja selesai setelah terpacaknya sesuatu projek.
Bukan sahaja kesan ekonomi dan alam sekitar ( yang selalu kita dengar )
malah kesan terhadap aspek sosial, sejarah, budaya setempat,
bahkan kesan terhadap pemandangan sekitar juga perlu diambil kira dan dikaji sedalamnya.

Aku harap Kota Bharu tidak perlu menjadi seperti Lembah Klang.
Aku harap Kota Bharu menjadi Kota Bharu.
Aku harap Kota Bharu membesar dengan imej tersendiri, bijak dan bertanggungjawab
agar sehebat mana Lembah Klang sekalipun
tak akan tertanding dengan keunikan Kota Bharu.





Setuju atau tidak, sektor hartanah di Kelantan jelas semakin pesat berkembang.
Di tengah tengah pusat bandar, projek pembinaan Kota Bharu Trade Center sedang berlangsung,
di atas tapak yang dahulunya pasar malam yang tersohor di Kota Bharu dan pernah terpampang di muka muka brosyur pelancongan.

Dalam hidup, kita selalu terperangkap dengan semudah dua pilihan.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Mungkin itulah yang berlaku dalam hal ini.
Namun, hidup mesti terus. Walau sayang, salah satu mesti pergi.

Oh, pasar malam masih ada, cuma telah dipindah ke satu ruang tersorok berdekatan.







Dalam kekalutan menyelusuri arus kemodenan materialisme,
yang pastinya telah dan akan terperangkap di tengah tengah adalah khazanah nenek moyang yang entah,
bagaimana agaknya nasib mereka kelak.

Sesungguhnya, sepanjang aku membesar di Kelantan, telah banyak aku saksikan struktur lama, unik dan bersejarah
dilenyapkan dari bumi bertuah ini, semata mata bagi memberikan laluan kepada yang baru atau sekadar tanah kosong.

Kalaulah tidak Istana Balai Besar ( gambar atas ), dilindungi dan dipelihara oleh Kerajaan Negeri
melalui pihak Istana, boleh jadi di situ telah lama tercegat sebuah hotel atau pasaraya.



Skim Bacaan Tambahan :

Pembangunan Tebing Sungai Kelantan

A Tribute To Kota Bharu Old Quarters

Tembok Kayu Tiada Lagi



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net