By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-May-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
AbSoLuTeLy NOT KeLaTTe : Wrapping Up & Going Home

Malaysia 30 C, Jepun 15.5 C
Kelibat makcik ini mengimbau kenangan silam
Tokyo Bay Bridge aka Rainbow Bridge
Nostalgia si Onigiri ku gilap semula
Gumpalan nasi berinti tuna berbalut lumut laut
Makan kak, nanti balik Msia, kempunan
Kusyuk ngan Miso Soup sampai chopstick tak sempat letak
Tendon Teishoku & Udon set
Demonstrasi makan Tendon oleh Prof Anas
Selepas makan, kita ke tandas
Waaa.. Made in Japan nih..
Slalu pakai kertas tapi skang pancur air auto !!
Layan belajar bahasa Korea sambil makan Swiss Roll feberet..
Suatu pagi hujung minggu di Nishi Shinjuku
Shinjuku di kala senja
Mare-shia Taishikan
Malaysia di Jepun ( Nanpeidai-cho, Shibuya )
Bendera Malaysia berkibar di suatu sudut di Akihabara DenkiGai
Job Fair berlangsung di Yoyogi
Mereka yang berharap
Sahabat lama, sdg promote syarikat dia
Rumah Jep & Waniey, belek album kahwin derang...
Jep & Waniey buat makan kesyukuran (kenduri kahwin) versi Jepun
Dihadiri oleh keluarga Malaysia sekitar Gyotoku
Pulang ke Malaysia dengan Singapore Airlines
Singgah di Bangkok sebelum ke Singapore
Melintasi ruang udara Kelantan ( Kota Bharu )
* Wrapping Up my visit and heading home .....( photos posted : miscleneous )



Ambo kelik dulu la daeh ....

Ma'ah laaa
hok ghummoh tanggo mano ambo gi glaewak
Puyok nasik orghae hok mano ambo gi kosek
Poket orghae hok mano wak tubik pitih ko ambo
Kassih orghae hok mano ambo pissoh kachaa

Terghimo kasih banyok laaa
kor Anas Hakase
sebak bui sedikit ruwwae tanoh Kawasaki
buat ambo berlabuh semalae duwwo
Terghimo kasih banyok laaa
kor Aris chan nga Shaf chan
sebak boley wak tupae gi derghak..

Bukae sokmo ambo gi alah Matoharghi nnaik
bukae sokmo ambo tijok kaki atah seming kerghah Tokyo
sekali sekalo tikko ado peluwwae nga rezeki jah
tu pong gi keno tambak kor orghae.

Duk Jeppong lonih, tock supo nga mullor

Dulu tikko jamae kayo ghayo tock kabaa kerghingak
hidup baebah kakloh
blae blae naerghak pong pitih masuk
tapi lonih, duk berghambak gi marghi pong
tock tettuu pokek ado isi
kohhor tubik ado laaa.
Pasaa diyyo doh,
langik tock sokmo cerghoh

Jamae ghitu maemae baeh, sergho nok kelik semulaa pong ado
tapi koyyaa, koyyaa jugok
kaki tuh keno gherti jijjok tannoh..

Ambo kelik dulu la daeh...






Negara Malaysia di negara orang :
Lampu isyarat yang dipasang papan tanda lokasi Kedutaan Besar Malaysia di Jepun
( beralamat di Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo ).

Shibuya merupakan sebuah daerah dalam megalopolis Tokyo, tumpuan paling utama golongan muda mudi Jepun.
Di Shibuya juga terdapat lintasan pejalan kaki bersilang yang diwar-warkan sebagai paling sesak di dunia.





Jalur Gemilang Di Mata Dunia :
Bendera Malaysia berkibar di suatu tiang lampu berdekatan Stesen JR Akihabara.
Turut dikibar (tetapi tiada dalam foto) adalah beberapa bendera negara lain. Oleh siapa dan tujuan apa, tidaklah diketahui.
Sekadar trivia, di Jepun, mengibarkan bendera kebangsaan dianggap sebagai taboo,
khabarnya masing masing tidak mahu dilihat sebagai cuba mengaitkan diri dengan sejarah silam yang berdarah.

Tentang Akihabara, kalau Jepun dikenali sebagai pusat elektronik high tech dunia,
Akihabara pula adalah pusat elektronik high tech bagi Jepun.
Jika dita'akul secara mantik, jika A adalah B dan jika C adalah A, maka C juga adalah B !





Natsukashii Shinjuku :
Suasana di sekitar Stesen Shinjuku di kala senja, pada suatu hari hujung minggu.
Hujung minggu, ramai orang lepak rumah, maka lautan manusia tidak sedalam sebagaimana hari hari biasa.





Secara Literal, Aku Sudah Tiba di Kota Bharu :
Pesawat Singapore Airlines melintasi ruang udara Kelantan ( Kota Bharu )
dalam penerbangan ke Changi Airport Singapura setelah transit di Bangkok.

Di atas kerusi empuk Kelas Ekonomi SIA, aku berangan seorang,
alangkah baiknya jika diadakan suatu hari nanti, "escape pod" dan payung terjun bagi setiap penumpang.
Agar bolehlah aku menjimatkan 8 jam usia aku daripada terbang dari Bangkok ke Singapura, kemudian naik ke Kuala Lumpur, kemudian naik semula ke Kota Bharu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net