By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Apr-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
KEMBALI KE SEKOLAH

Pengalaman asrama bermula di sini
Ada Pesta Type III ( Thesis )
Kedai Koperasi baru
Macam Seven Eleven !
Computerized beb !
Bertemu guru lama di Pondok Jaga
Nostalgik betul Taman nih
Bangunan Admin & Dewan Besar
Laluan harian ke kelas
Ini kelas lama aku, for 2 yrs, DINAWARI
Dalam seolah olah tak pernah berubah
Cuma dinding saja kaler lain, dulu putih
Bangunan lama dah berganti baru
Bahagian ini tak banyak berubah
Pengetua dapat rumah baru
Apa yang dahulunya koperasi dan kafeteria
Kafeteria dah pindah ke bangunan baru, khas utk staff
Dewan Makan, or nama femesnya " D.S "..
Seluar dalam tak boleh masuk dobi tapi ada jugak yg pernah masuk
Jumpa guru lama ( Lot Digital )
Jumpa guru lama ( Pengajian Am )
Jumpa guru lama, ( Matematik )
Perasmian Pesta Type III ( Dewan Terbuka )
Segalanya bermula di sini
Kaki Lima Dewan Besar, mereka sibuk dgn Type III
Kat MRSM, wajib buat thesis sbg syarat graduat dan kena present
Budak sekolah rendah dan menengah berhampiran pun dtg melawat..
Wahh ! Aku suka kajian nih ! Bijak !!
Ape punye kajian, ntah. Aku lupa.. Initial D kot.
Yg nih pun sama.. apedia, aku lupa.
Laluan ke Asrama Bahagia
Dulu ada pokok pelam, skang dah jadi wakaf
Pernah beramai ramai dikerah berkumpul di sini oleh warden
Asrama ku memang bahagia..
AKu pernah terbongkok bongkok di sini membasuh baju
Bilik B1 sebelah kiri dah tinggal kenangan
Bilik B2. Mereka ini ditangkap kerana lepak dorm time skolah..
...dan telah di "lecture" oleh abang Ultra Senior
Bilik B4. Ini katil aku, dulu satu, skang jadi kembar?
Mamat ni la duk kat ex-katil aku skang.
Dasyat btol budak MRSM skang. Atap pun jadi mangsa !
Okeh ! Lunch time !! Aduhai nostalgik nye tray besi itu.
Dongak sebab dulu TV cabuk jer. Skang dah ade ASTRO !
Tray tetap besi, menu sama jek dr dulu !
Time balik, aku nampak ini di meja taman
( mengingati Ulang Tahun ke - 8, aku meninggalkan zaman SPM. Maaf, entry kali ini agak bersifat peribadi )



" Tempat jatuh lagi dikenang...

inikan pula tempat ambik SPM... "






Pengalaman pertama aku berasrama adalah di sini ( yer, berasrama, susunan huruf yang selain ini adalah tidak diterima ).


Keputusan PMR
telah membawa aku keluar
dari keserasian di Maktab Sultan Ismail ( SIC ), Kota Bharu, Kelantan
tanpa kerelaan aku ke

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa ( MRSM PC ),

yang juga di Kota Bharu, Kelantan.

Tanpa kerelaan hati kerana aku hanya mengisi borang
dan bukan aku yang meminta ditempatkan begitu dekat dengan rumah
walau jauh dalam hati, aku mahu pergi jauh.

Dan di MRSM PC,
aku tergolong dalam etnik pelajar separa skima yang berwasatiyyah.
Akibatnya, aku tenggelam dalam khalayak.
Kerana hanya pelajar yang paling skima tetapi gedebe
dan paling nakal ( dan juga gedebe ) sahaja
yang menjadi perhatian rakan rakan dan guru guru
sekaligus juga berpotensi tinggi untuk dikenang dan diingati.

Kisah panjang tetapi dipendekkan,
aku akhirnya meninggalkan MRSM PC dengan keputusan SPM warna berterbangan
( kamu akan faham maknanya bila kamu terjemahkan ke bahasa Inggeris )
seterusnya membelanjakan usia aku di Bangi dan Osaka selama beberapa tahun
sebelum kembali semua ke pangkuan Che Siti Wan Kembang.

Aku tidak ingat bilakah kali terakhir aku datang semula ke sekolah itu.
Sekiranya tika peninggalan pertama aku itu, aku ada menerima cahaya mata
pastinya dia sekarang sudah bersekolah Darjah 2.

Tetapi hari ini
walau terasa berat kaki ini..
aku kembali juga.

Guru lama yang aku kenali, ramai yang masih di situ.
Fikir aku, mereka telah lupa siapa aku.
Namun aku tersenyum bila mana guru Matematik Tambahan masih ingat akan aku
bukan kerana aku pelajar terbaik
tetapi kerana aku kadang kadang tidak menghadiri kelasnya.
Tidak.
Bukan ponteng.
Cuma pernah ada sedikit urusan membidik bagi pihak negeri Kelantan.

Cikgu Fizik aku pun begitu. Cikgu Matematik Moden pun sama.

Mereka masih kenal
siapa aku
kerana perkara lain yang tiada sangkut paut.

Ironik.

Namun aku bangga.
Kerana dapat juga aku jejak semula memori lama.
Kerana di sini lah

aku kenal SPM

dan mereka yang membantu mewarnai lembaran hidup ini.





( Sejenak di Pesta Thesis Type III MRSM PC )
Kajian yang paling hebat dalam sejarah Ketamadunan Manusia.
Adik ini, setelah berjalan kaki dari sekolah rendah berdekatan, termenung dalam tafakur setelah meneliti hasil kajian itu.
Barangkali terbayang di benak nya, jenis jenis kecurangan yang dilakukan pelajar MRSM PC selama ini !





" Dongak dik. Nyesal kalau tak dongak. Zaman abang dulu setakat TV cabuk berpakej RTM ngan TV3 sahaja.
Sekarang kamu dah ada ASTRO. Kat Pondok Jaga pun dah ada ASTRO ! Apa lagi yang kamu mahu hah !!?
Psstt.. bilik korang skang dah ada ASTRO gak ker ? "




Kata kata hikmah Pendita Za' Ray :
" Zat besi yang kamu dapat dari bekas santapan kamu itu bisa mengeraskan urat dan tulang kamu,
buat persediaan kamu merempuh zaman harga minyak cecah ke siling kelak ".




Hasil ketekunan kerja tangan para ilmuwan yang vandalis.
Kalau boleh, aku mahu ORKIBAL supaya menukar genre nya kepada seperti ini pula
( Encik Ork, sekiranya anda terbaca, maaf, aku cuma melawak sinis )




DALAM MEMORI

Aku tujukan entry ini khas kepada bekas pekerja Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa aka MRSM PC
( maksud " pekerja " di sini adalah pelajar. ya, pelajar juga adalah pekerja )
dan juga kepada semua guru guru dan staff yang telah menyerikan hidup kami selama 2 tahun di sana pada 1997 ~ 1998.

Tahniah kepada Sleme, ex-classmate aku, kerana baru sahaja dikurnia cahaya mata pertama, Sofiyyah ( betul ker eja ? ).
Selamat Bersara kepada Teacher Nik Faridah
( walaupun saya dah tak berpeluang jumpa Teacher Nik di sekolah, saya yakin saya masih berpeluang terserempak dengan Teacher Nik di Pasar Kubang Pasu pada setiap Jumaat. )
Al Fatihah kepada Gemuloh Cikgu Zamil, bekas Ketua Warden dan Guru Pakar Fizik kami.

Dan Entry ini saya tujukan juga kepada semua pelawat Fotopage ini
yang pastinya turut memiliki kenangan zaman SPM yang tak boleh dilupakan,
tak kira dari sekolah mana anda pernah belajar.

Setinggi phD mana pun kita belajar, sejauh mana pun kita pergi mengaji,
sebesar mana pun pangkat kita sekarang
mungkin
tanpa tiket SPM, aku tak fikir kita mampu untuk ke semua itu.






SEKADAR REKOD :

    Perjalanan alam pendidikan aku :

    1) Tadika Raja Dewa ( Jalan Raja Dewa, fuuh, femes Tadika nih, satu Kota Bharu kenal ! )
    2) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail ( 1 ), Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan
    3) Maktab Sultan Ismail ( SIC ), Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

    4) Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, P.Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

    5) Program Japanese Associate Degree ( JAD ), KYPM Bangi, Kg. Teras Jernang !? , Bangi, Selangor.
    6) Kinki University, Higashi Osaka, Osaka, Jepun
    7) Kelas Malam Bahasa Arab , Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan

    " Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahat " ( Maksud Hadis )


    Rekod manis di MRSM Pengkalan Chepa ?
    Pernah muncul pelajar terbaik subjek Tasawwur Islam bagi peperiksaan percubaan SPM. Skor " perfect " 100 % bagi kertas selaras seluruh MRSM. Seingat aku, kali terakhir kertas jawapan aku 100 % adalah pada satu masa di sekolah rendah !







DI SATU SUDUT BENAK KU, MEREKA BERLEGAR - LEGAR :


* Class of Dinawari ( 1997 ~ 1998 , MRSM Pengkalan Chepa ). Guess which is me ?



BERKAITAN :

4th MAY 2004 : MRSM PC... from outside the fence..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net