By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Mar-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
SELINGAN : Hari lembaran hidup dibelek

TENTANG AKU :
Aku dikirimkan ke dunia tanggal 13 Haribulan 5, 1401.

Bukan.
Bukan zaman Melaka.
Tetapi zaman awal pendudukan Soviet ke atas Afghanistan.

Tanggal tarikh itu juga
jika dipadankan dengan kiraan putaran bumi
matahari tepat di atas garisan Khatulistiwa.
Ekuinoks musim bunga kata mereka
dan
pada kiraan yang sama juga
adalah ulangtahun ke-3
tentera gasar Amerika

menunggang demokrasi tajaan mereka
memporak perandakan bumi Iraq.

Ironik.

Dan hari ini

sehelai lagi lembaran hidup aku dibelek.

Menurut Rasul Akhir Zaman, aku ada 38 lagi helaian untuk dihabiskan.

Itupun andainya aku tidak akan khatam awal separuh atau sesuku jalan.

Atau aku juga mungkin dikurniakan helaian tambahan untuk terus dibelek.

Apa apa pun, catitan mesti terus

biarlah catitan aku hari ini lebih baik dari hari semalam

dan yang esok lebih baik dari hari ini.

Semoga setiap lembaran yang aku bakal belek nanti

bermakna

di sisi Ilahi.



Pssst !

Lagi lagi tentang aku.
Takwim Cina. Ayam Jantan.
Astrologi. Ikan Berkembar.

Aku kata :
" Kalaulah umur manusia ini dihitung dalam saat, dimanakah agaknya kita sekarang ? "


*Tiramisu by Secret Recipe, KB Mall, Kota Bharu, KeLaTTe


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net