By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Mar-2006 22:30 Email | Share | Bookmark
DiKiR BaRaT : Antara Semangat dan Realiti

 


Tempoh hari,
ada pertandingan dikir barat seluruh Kelate
lima malam berturut turut
bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu.
Masuk percuma.

Dalam keadaan orang menyalahkan kerajaan negeri kerana melemaskan
Mak Yong, Menora, Wayang Kulit dan lain lain yang sekapal dengannya
Dikir Barat tetap
dengan bergaya berenang melawan arus zaman
menyesuai dengan citarasa terkini
dan ragam politik kontemporari
menguasai corong corong radio dan
pembesar suara penjual muzik jalanan
mudah dihayati si tua dan si muda
digemari dan diikuti
berstatus evergreen walau iramanya tiada jauh beza.

Namun bagi aku,
Dikir Barat itu hidup
ada roh tersendiri
pembakar semangat si penyampai dan si pendengar
seolah olah satu cetusan realiti
alunan ragam kehidupan
dari album pahit manis
hidup rakyat Kelate.


Pssst...

Orang kata,
" Budaya yang hidup adalah budaya yang sentiasa beradaptasi dengan perubahan zaman dan kehendak semasa ".

Apa kau setuju ?




BERKAITAN :

Bagi aku, Dikir Barat yang disampaikan, tidak dengan loghat Kelantan, umpama makan nasi tidak berkuah.

" ..Yet, to the accustomed ear, this dialect is a musical one ... "



Petikan : " Kelantan : A State of The Malay Peninsular " Chapter VIII : Language, page 34 ( W.A Graham, 1908 )



* The New Straits Times, Saturday, April 1 - 2006, page 19.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net