By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Feb-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Distinctively KeLaTte : BAEKWOH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAEKWOH.
Atau " Kenduri Kahwin " dalam bahasa suratnya.

Maaf.
Aku tak mampu menghiasi fotopage ini dengan foto perkahwinan yang romantis dan menyentuh perasaan.
Cukuplah aku mencederakan minat kalian terhadap rakaman sedemikian dengan olahan imej digital yang buruk ini dan aku sertakan celoteh berikut untuk menambahkan penderitaan kalian.
Jemputlah kalian membaca seterusnya sekiranya kalian sanggup menempuh dugaan.

Baiklah. Aku mulakan.

Pengalaman aku berkelana (walau tidak seberapa), mengganggu majlis kahwin mereka yang aku kenali, dari Utara sampai ke Tengah, dari Selatan sampai ke sebelah Timur ( Semenanjung Malaysia sahaja, bukan Malaysia Timur ! ), telah menyebabkan aku menyimpulkannya seperti berikut :

( sila leraikan simpulan ini sekiranya kalian tidak bersetuju, di dalam ruangan komentar di bawah )


DI KEBANYAKAN NEGERI DI MALAYSIA :


    PERLAKSANAAN :
    Majlis dibuat secara gotong royong penduduk kampung / perumahan dari bab memasak, menghidang sehinggalah mencuci perkakas kenduri.

    Diserikan dengan paluan kompang, DJ Pemutar Lagu dan Tukang Karaoke yang diiringi kugiran terpilih dari tetamu jemputan sehinggalah ke artis jemputan ( dikira bertuah sekiranya sekampung dengan artis popular ).

    JAMUAN :
    Makanan dihidang di meja atau secara buffet dan makan di meja.

    Tiada pengasingan atau pengkhususan tempat makan melainkan meja pengantin atau tetamu kehormat.

    Nasi minyak atau beriani suatu kemestian ( paling menarik, ada Acar Buah yang bubuh Asam Boi ! )


.... TETAPI DI KELANTAN :


    PERLAKSANAAN :
    Majlis dibuat secara upah tukang masak atau pakai khidmat catering atau kalau rajin, masak sendiri, tak ada konsep gotong royong sebagaimana di Pantai Barat.

    Tiada paluan kompang, ataupun deejay upahan, mahupun kugiran dan artis jemputan. Atau mudahnya, tiada bentuk hiburan.

    JAMUAN :
    Makan secara layan diri ( buffet ).

    Tiada peruntukan meja. Sahabat makan cumalah kerusi dan tangan kiri buat menadah pinggan, atau makan bersila di dalam rumah beralaskan kain saprah ( sejenis kain alas, itu pun diutamakan bagi kaum Hawa. Kaum Adam pula mesti kelihatan macho dengan menopang pinggan sebelah tangan. )

    Nasi Putih adalah No.1 dalam carta, dengan diikuti menu kegemaran :
    KARI KAMBING, KARI SAYUR ( GULAI DALCHA ), AYAM PERCHIK dan IKAN KERING.

    Pembasuh mulut utama : Beleddo ( Agar - Agar ! ), Timung Chino ( Tembikai ! ), Akok ....

    TEMPAT JAMUAN BERASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN ! !



Tidak.
Aku bukan ingin mengagungkan yang separuh dan merendahkan yang separuh lagi.
Kalau begitu sekalipun niat aku.
Aku yakin kalian sudah akan terlebih dahulu dapat membaca fikiran aku sekaligus menjadikan
celoteh aku ini tidak suspen lagi.
Bagi aku,
setiap perbandingan yang tersebut di atas pastinya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri maka
sewajarnya tak layak bagi aku menilai semudah itu.

Yang pasti, apa yang dapat aku lihat adalah,
majlis kahwin di kebanyakan negeri di Malaysia dianggap sesuatu yang perlu dimeriahkan semampu mungkin ( aku kagum bab amalan gotong royong, ada tukang hidang dan nasi beriani ! ) manakala di Kelantan, majlis kahwin dilihat sekadar memenuhi syarat walimatul urus dan dibuat semudah mungkin, bagi tidak membebankan pengantin, keluarga dan jiran tetangga.

Perbezaan sebegini menjadikan setiap dari kita menarik dan unik,
lalu membuka peluang bagi kita untuk belajar dari satu sama lain.

Dan perbezaan ini juga menghasilkan kepelbagaian rasa (di hujung lidah) yang gemar aku terokai di setiap kenduri.

Ok. Itu sahaja. Terima kasih atas masa kalian.





Exclusively for Men Only. Suasana biasa di sebarang kenduri di Kelantan.
Walaupun tiada tercatat dalam undang undang tempatan dan tiada juga diarahkan berbuat sedemikian oleh tuan rumah,
amalan menikmati jamuan berasingan jantina telah diamalkan orang Kelantan sejak zaman berzaman dalam menghadiri majlis kahwin, aqiqah, kesyukuran ataupun jemputan makan. Dan seolah olah telah menjadi satu kemestian bagi tuan rumah mengadakan tempat jamuan berasingan.




DISCLAIMER : Kisah berikut tiada kaitan dengan kejadian sebenar dan tiada kaitan antara yang sedang hidup atau yang sedang mati ~

Tok Kadi : Aku nikoh kae kamu nga Jamilah binti Mat Zain nga mah kawin... bla..blaa.. blaa

Pengantin X : Aku terghimo nikohnyo Ja..mi.. ek ? Chopp..chopp.. Gappo Tok ghoyyak tadi ? Jamilah ?

Tok Kadi : Hor laa.. Jamilah.. bakpo nyor ? Bakal bining demo kaeh ?

Pengantin X : Eh ! Setahu ambo jak dullu lagih namo dio Nadimah .. Bilo masso jadi Jamilah nih? Pah tuh namo Pok dio pong bunying laing kakloh ~

Tok Kadi : Eh ? Yor lor ko ? Mettaa ambo nok check... * pause * ... . Laaa.. bakpo barghu ghoyak nyor.. hok allooh la wei.. salloh ghummoh doh laa . . .

Pengantin X : . . . . . .



Nota :
Selamat Pengantin Baru buat Mohd Naziz dan Nik Nadimah.
Semoga berbahagia ke anak cucu, ke akhir hayat harapnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net