By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Distinctively KeLaTte : KEKUDA


*Kampung Surau Kota, Kota Bharu, Kelantan.


*Pantai Kuala Pak Amat, Sabak, Pengkalan Chepa ( Kota Bharu ), Kelantan.

Kekuda.
Tidak. Bukan bangku.
Tapi rekaan sendiri apabila perkataan " kuda " dijamakkan.
Almaklumlah, semenjak berkenalan dengan lidah baru, aku semakin rajin menjamakkan perkataan dengan sesuka hati.


Kenalan saya (walaupun dia tak kenal saya), Mendiang Encik Graham, pernah menukilkan tentang kekuda di bumi Kelantan,
baginya kekuda adalah, Horses, ohh.. itu jamak kuda dalam bahasa Ibundanya :

Quote:

" Horses. The only horses in the State are imported. The Siam pony, the Deli pony, and the Australian cob all thrive in the country ; but there are very few of them, and they are not much in request except for the stables of H.H. the Raja and amongst the small European population. "

W.A Graham ( 1908 ) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " Chapter XIII : Live Stock, page 89 ~ 90


Dia kata Pony.
Saya kata Kuda Padi.
Tak apalah. Asalkan kuda. Jangan kambing.
Tapi itu dahulu. 100 tahun yang lepas.
Kini,
jika kalian berkesempatan menghayunkan kaki kalian melalui kampung kampung Melayu di Kelantan.
Lontarkan pandangan kalian ke sisi rumah mereka,
tidak melampau sekiranya aku katakan yang kalian akan ternampak kandang kandang kuda ( di Kelantan, lembu dan kambing tak kenal kandang, mereka pengamal demokrasi tulen )
walaupun tidaklah di setiap rumah, tetapi bilangannya jelas tak boleh diabai..
Dan lagi, bukan sahaja Kuda Padi, malah Kuda Gandum ( kuda Arab ! ) pun dah melata.

Ohh ! Tidak. Ini tidak bermakna Kelantan dipenuhi Pekan Koboi.
Di mana pekannya hidup segan mati tak mahu dan penghuninya mengunjungi bar ( baca : kedai kopi ) yang kadang kadang berbalas tembakan sesama sendiri.
Tidak sama sekali !
Penduduk penduduk di sini yang memiliki kekuda
hanya mengambil kesempatan ke atas makhluk berkaki empat itu untuk menyepah nyepahkan pasir di pesisir Laut China Selatan sahaja. Dari Pasir Puteh sampailah ke Tumpat, rata rata mereka lebih memilih untuk berkelakuan sedemikian dan rata rata mereka adalah anak anak sekolah ! Menakjubkan !

Tetapi ada juga pada lain masa,
mereka akan memperalatkan kekuda
untuk berebut mengejar bola di tengah padang
sambil berbekalkan batang kayu panjang.

Kalu kalian mahu lihat tempat mereka beramal. Nah ! Lihatlah di bawah ini.



* Kemumin, Pengkalan Chepa ( Kota Bharu ), Kelantan.


Akhir kata, tak payah jadi seperti Wan Zaleha Radzi untuk bersukan kuda di Kelantan !


RELATED :

Kuda Di Kelantan

TRAVELOCITY : Island In The Sun


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net