By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
LAGI LAGI SELINGAN

Ahhh.. selingan lagi...

Ini ada sedikit laporan terkini dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ( ohh.. itu nama lain bagi Kelantan )
khas buat rakyat marhaen kelahiran Kelantan yang berada
di kejauhan sana, nun di negara orang atau di negeri orang
( yang tak dapat balik atau tak mahu balik Ghayyo Haji )

Sebuah papan billboard gergasi sudah muncul bersebelahan bulatan Jam Besar.
Alaaaa... yang macam kalian selalu nampak kat area Lembah Klang tu laa.
Di Kelantan dan di Kota Bharu khasnya,
billboard sebegini sebelum ini tak wujud
sehinggalah beberapa hari yang lepas menyaksikan yang pertama seumpamanya
mula dicegatkan di tengah bandar ini.
( kecuali ada satu di simpang empat Kubang Kerian, yang tertera " Ini Wilayah Celcom ".
Aaah. Itu Kubang Kerian, "bukan" Kota Bharu )

Bukan apa.
Sekadar makluman sahaja.
Dan sekadar makluman lagi,
dalam kotak hitam aku ini sudah terbayang,
apa lagi agaknya IKLAN UNIK ( yang tidak dapat ditemukan di wilayah Malaya yang lain ) bakal menghiasi muka muka billboard itu.

Dan sambil itu, seandainya minda anda sudah mula berdetik, " Alaaa.. tu pun nak heboh.. ",
anda dinasihatkan agar cepat cepat menghayunkan cursor anda ke tanda X berkotak merah di hujung paling kanan kepala window anda.
Dan sila klik kiri tetikus anda di situ tanpa sekelumit segan.

Sekian. Terima kasih.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net