By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
So, Where DID You ~ Come From ?





Quote:

Mengkaji evolusi menerusi Melayu Kelantan
Oleh Mona Ahmad

BERKULIT sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil. Mungkinkah ini sebahagian daripada rupa asal orang Melayu di Semenanjung Malaysia? Adakah Melayu yang asli masih wujud di negara ini, siapakah mereka dan benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama membuat penempatan di Semenanjung.

Pelbagai kajian mengenai asal usul Melayu di negara ini dilakukan ahli sejarah menerusi pelbagai bukti, termasuk penempatan serta bahan artifak dan kisah yang diperturunkan oleh nenek moyang.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada satu pun kajian genetik orang Melayu yang menetap di Semenanjung dibuat oleh mana-mana pihak. Sehubungan itu, 15 penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Genom Manusia universiti itu mengorak langkah melakukan kajian genetik manusia terhadap orang Melayu di Semenanjung selama tiga tahun mulai tahun ini.

Kajian ini akan melihat evolusi orang Melayu Semenanjung menggunakan pembuktian orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan. Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada bidang perubatan berikutan pengumpulan profil genetik orang Melayu, termasuk mengaitkan profil genetik dengan tindak balas ubat dan kajian penyakit yang sering dikaitkan dengan kaum itu.

Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata pihaknya memilih Melayu Kelantan sebagai asas kajian kerana yakin kumpulan Melayu di negeri itu masih ramai mengekalkan keturunan tanpa campuran dengan kaum lain. Katanya, dengan menggunakan kriteria ditetapkan misalnya bagi Melayu Kelantan, setiap responden perlu mempunyai ibu bapa dan datuk nenek berasal dari negeri itu, tempat lahir di Kelantan, keluarga menetap di Kelantan sejak dulu dan berterusan sehingga kini, Islam dan menggunakan loghat Kelantan dalam komunikasi harian.

"Orang Kelantan lebih tegas dalam memastikan anak mereka memilih pasangan berasal dari negeri ini juga. Berikutan itu, kita yakin kumpulan Melayu di Kelantan masih tidak terdedah dengan perkahwinan campur yang boleh menjejaskan genetik asal mereka," katanya ketika ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.

Dr Zilfalil berkata, dengan kajian menggunakan kaedah pengambilan darah dan calitan sel pipi, pihaknya akan memperluaskan kajian itu kepada orang Melayu lain di Semenanjung seperti Melayu Johor, Melayu Jawa dan Melayu Aceh.

Sumber :
Kampus Kesihatan USM
The Source As Cached by Google

A subscriber with NSTP Online Archive ? Sila rujuk terus ke sumber asal (artikel penuh dr petikan di atas ; Berita Harian, 20 Sept 2005) di SINI.


Nota Lutut :
Oh God, how I wish this research would boil down to a single fact that the Kelantanese are in fact what the researchers had hypothesized in the first place.
He he bukan apa, supaya mulut-mulut mereka yang begitu galak menghina dan mengutuk orang Kelantan itu boleh didiamkan sahaja ( orang Kelantan mundur? kolot? bodoh? asabiyyah? parochial? cakap macam Siam ?? ).
Ye lah, siapa yang mahu hina nenek moyang sendiri kan ?? Ha ha




* Psstt... Jangan tanya, " ape pulak kaitan dengan kucing ? ". Nanti aku sebat 80 kali..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net