By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
AdA ApA DeNgAn SeJaRah ?

Now, at a place known as Taman Bendahara..
..the 17 yrs old clock tower..
..is still standing despite the bad condition..
..with the main inscription in Japanese..
..followed by the translation in English..
..and Malay..
..there was a pillbox nearby, at the onced empty area..
..later destroyed to build this hypermart & shopping district..
Meanwhile,in Kota Bharu, there's an obelisk-shaped cenotaph..
..obviously built by the former colonialists..
..to honour their dead..
.maybe, exactly like this one ( from: petrofsky.fotopage.com)

Kedua-dua bekas penjajah..
Satu menyatakan "penyesalan"
Satu lagi tiada menyatakan yang serupa
bahkan seolah "berbangga" kerana menjajah..
Tapi biasalah tu,
adat dunia
kalau kamu kuat
kamu bisa menulis sejarah bagi manusia menyanjung kamu...
tapi kalau kamu lemah,
kamu bisa menjadi sejarah ( * tersenyum sinis )..


Bukan apa,
kekadang mahu sahaja aku tersengih seorang apabila terbayang
andainya pada menara jam itu
sebaliknya tercatat,
" To Our Glorious Dead " atau sekurang kurangnya
" In Memory of Those Who Went From ( err..let's say, Osaka ! My "former kampung" lah ) and lost their lives in the Great War, 1940 ~ 1945 "
Agaknya apa yang bakal terjadi ?
Cukup sahaja kita lihat kesan dari kunjungan Koizumi ke Yasukuni Jinja,
yang pastinya tidak mungkin disamakan dengan kunjungan Bush ke Arlington Cemetery.

Bahawa jika kamu kuat, kamu bisa merampok harta kekayaan orang lain, lalu menggunakannya di jalan kamu dan berbangga pula dengan mereka yang terkorban mencapai matlamat kamu.
Tapi jika kamu lemah,
aaaahhh tak payah lah aku sebut...

Maka, siapa kata undang-undang rimba sudah tidak relevan lagi di zaman ini ?

Kesimpulannya ? Kamu fikirlah sendiri...

Yang pasti, aku bukan machiavellian atau nasionalis buta.
Aku cuma mahu nyatakan, bahawa aku bersetuju dan akur dengan .... hukum alam !



Kiri, "dipinjam tanpa izin" dari situs Fotopage Encik Petrofsky, dan kanan, dirakam dari sebuah tugu peringatan di Padang Bank, ironik sekali, selama ini aku tak tahu apa pun signifikan nya tugu itu tercegat di situ .... ohhh..






Ei-en ni heiwa to jiyuu no toki wo kizamu wo inoru ~ 1988 nen 2 gatsu ~

( Ei-en = Forever, Heiwa = Peace, Jiyuu = Freedom, Toki = moment,time, Inoru = Pray, Seng kyuuhyaku hachi jyuu hachi = 1988, Ni = 2, Nen = year, Gatsu = Month )


Ada Apa Dengan Menara Jam " Taman Bendahara "

( Menara jam ni takde kaitan ngan menara jam satu lagi aaar.. he he )

Menara jam ini telah didirikan hasil sumbangan dari bekas tentera Jepun
( veteran perang) sempena mengingati peristiwa pendaratan pertama mereka ke bumi
Malaya (Pantai Padang Pak Amat) semasa Perang Pasifik ( Perang Dunia ke-2 di
timur ).

Ia dibina berhampiran lapangan terbang Pengkalan Chepa, tidak jauh dari
tapak pendaratan mereka dahulu, dan telah disiapkan mungkin sekitar 1988.
Padanya terdapat inskripsi menyatakan "penyesalan" mereka terhadap bahana
peperangan dan penjajahan serta mendoakan agar dunia akan terus aman dan bebas.

Beberapa langkah sahaja dari menara jam tersebut pernah terdapat sebuah pillbox tinggalan askar British dari era perang dunia ke-2 semasa mereka mempertahankan Malaya dari serangan Jepun.

Dan kini, kawasan tersebut telah dibangunkan, dari sebuah kawasan kosong yang
terbiar ( yang hanya menempatkan menara jam ini ), kepada Taman Orkid Tengku Anis
dan akhirnya kepada " Taman Bendahara " ( sebuah kawasan membeli belah,
menempatkan rumah kedai dan sebuah hypermarket ).

Walaupun menara jam ini tidak diapa-apakan sepanjang transformasi tersebut
(walaupun jelas tidak dipedulikan, tidak terjaga), pillbox yang pernah berada di sebelahnya telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek " Taman Bendahara " berkenaan.

Sayang sekali ~ bagi aku, kehadiran pillbox itu adalah gandingan yang cukup mantap
bagi menara jam ini, namun, apa boleh buat, setakat itu sahaja kesedaran orang kita
akan kepentingan menghayati kesan sejarah... dan anak cucu kita kelak hanya mampu
terpinga-pinga tatkala mendengar si datuk bercerita.. fikir mereka si datuk telah
nyanyuk.. senyanyuk anak bangsa yang sudah tak nampak asal usul....ohh

Thanks to : http://petrofsky.fotopages.com

Read more :

Yasukuni Jinja ( Yasukuni Shrine ) Official Site

Short info on Yasukuni Jinja

Wikipedia on Yasukuni Jinja

Arlington Cemetery




KEMASKINI 4 DISEMBER 2009 :




* Kubu Kotak ( Pillbox ) Tentera British yang dimaksudkan .....

.. semasa masih tersergam di Taman Orkid Tengku Anis ( nama lokasi pada masa itu )
dan kelihatan samar-samar di sebalik " canopy netting " ( sebelah atas, kiri foto ) adalah
menara jam peringatan yang turut dimaksudkan di atas.

Kubu tersebut terletak memang dekat benar dengan menara tersebut dan
kehilangannya bagi saya adalah satu " personal loss " ( tak kisah lah lah bagaimana
penerimaan orang lain ~ ). Kehilangan yang sepatutnya boleh dielakkan biar apa pun
projek yang ingin dilaksanakan di situ ....

* Foto dipetik dari, Salleh Mohd Akib, " Kubu Kebal British di Kelantan "
- Warisan Kelantan XIV ( Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1995 ) ; p.29






* Lokasi Sama Masa Berbeza .....

Tapak kubu kotak / pillbox pada masa sekarang, Disember 2009.

Dirakamkan dari posisi yang sesama mungkin sebagaimana di atas.

Menjelaskan mengapa aku berpendapat bahawa ianya adalah satu, " kehilangan yang sepatutnya boleh dielakkan ... "









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net