By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Konsert Tautan Kasih

~ bersama Mawi di Kota Bharu

Konsert diadakan di Padang Perdana ( berdekatan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, bersebelahan Perpustakaan Awam & Gelanggang Seni ) sempena sambutan pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam yang bakal berlangsung secara rasmi tanggal 1 Oktober 2005.

Nota : Hadirnya aku ke situ sekadar pemerhati bebas semata. Sekadar mahu melihat sendiri gerangan apakah Mawi yang digilai mereka.


Majlis bermula dengan tazkirah oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, setelah selesai solat Isyak berjemaah di dataran yang sama.~ * maaf, kualiti foto kurang baik


Mawi memberi persembahan yang bertenaga dalam kehangatan malam, dalam keadaan kurang sihat katanya ( sakit tekak ). ~ * maaf, kualiti foto kurang baik

Kesimpulan Observasi :
Konsert yang boleh dianggap bersejarah kerana bukan mudah bagi artis hiburan untuk mengadakan konsert terbuka di Kelantan ( sedangkan Siti Nurhaliza pun hanya mampu mengadakan konsert tertutup di Istana Kelantan ).
Hadirin diasingkan kepada 3 kumpulan : - lelaki, perempuan dan berkeluarga.
Jelas sekali, mereka beramai ramai datang hanya nak tengok Mawi.
Terbukti apabila belum sempat kumpulan nasyid Mestica habiskan 5 buah lagu, segelintir sudah terjerit jerit panggil Mawi dan apabila tamat persembahan Mawi, semua angkat kaki.
Juga, tak boleh nafi, Mawi memang ada bakat dan miliki gaya serta personaliti yang unik sekaligus menjelaskan sebab kewujudan "kultus Mawi".
( Pengacara konsert juga mengkhabarkan ada 24 wakil dari media massa hadir sama pada konsert ini, daripada Utusan Malaysia, Nanyang Siang Pao, Mangga sampai ler Majalah Mastika ( betul, tak tipu ! ), dan akhir sekali, malam besok pula ada acara perasmian Kota Bharu Bandaraya Islam di stadium, kali ini, Mawi bakal adakan persembahan bersama Sifu, M.Nasir.. he he.. macam macam laa ~ )

BACA :
Utusan Online 1 Oct 2005 : `Jemputan ke Kelantan penuhi impian saya bertemu Nik Aziz'
Utusan Online 19 Ogos 2005 ( cached by Google ) : Aura Mawi Pengaruhi Pas Kelantan
Utusan Online ( Arkib ) : Pengisytiharan KB Bandaraya Islam bukan retorik politik




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net