By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Hari ini Kota Bharu jadi Bandaraya Islam ~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ibu bapa kita menamakan kita
dengan nama yang baik dan bermakna mulia
sebagai bekalan doa,
agar kita menjadi seorang manusia
yang berjaya ~


Begitu juga Kota Bharu
apa salahnya diisytiharkan Bandaraya Islam
kerana rasanya tiada yang lahir di dunia,
terus menjadi sopan, gigih, rajin, bijak, tekun, mahupun berani
melainkan setelah diiringi dengan didikan, usaha
dan doa
dan sesungguhnya nama yang baik itu doa ~

Biarlah Kota Bharu bergelar Bandaraya Islam
biar jadi harapan
biar jadi pedoman
biar jadi ingatan
buat penghuni semua
agar sama sama muhasabah diri
agar sama sama islah diri
ke arah penghayatan Islam yang syumul

Tambah pula
Kelantan sendiri sejak sekian lama
telah dikenali sebagai Serambi Mekah di rantau ini kalau tidak di pelusuk Nusantara
suatu nama, bukan self declared tetapi hadir
dengan sendirinya.
Kalau tiada F = ma, masakan pokok mampu bergoyang.

Saya dengan ikhlas,
tidak mahu mencetuskan polemik tentang kelayakan Kota Bharu diisytihar sebagai Bandaraya Islam,
tidak mahu berdebat siapa yang benar benar Islam
sesungguhnya itu atas pertimbangan dan pendapat dari diri dan ilmu masing masing ~
kerana bagi saya,
usaha itu mencerminkan segala.



Kota Bharu telah selamat diisytiharkan sebagai " Bandaraya Islam " oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra tanggal 1 Oktober 2005, Sabtu, kira kira jam 10 malam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, dengan diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas. ( Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Rabbani dan Akhi Hayy ).
Ruang di dalam stadium terlampau sesak sehinggakan para hadirin terpaksa menonton di luar stadium melalui layar tv yang dipasang di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu.

Bermula tika dan saat itu,
Majlis Perbandaran Kota Bharu ( MPKB ) akan dikenali dengan nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ( MPKBBI ).
Perlu diingatkan,
pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya sebagaimana Ipoh, Kuching ataupun Kuala Lumpur,
tetapi sekadar self-declared dalam erti kata menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net