Want your
own Fotopage?













 


By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
A Tribute to Kota Bharu Old Quarters ~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
.


A simple presentation of Kota Bharu Old Quarters,
using Adobe Photoshop CS2 with Poster Edges filter effect. *


* my first time experimenting with Adobe Photoshop in this fotopage,
photos were taken from around Kubang Pasu and Jalan Post Office Lama in Kota Bharu town centre






Deretan rumah kedai di Kota Bharu sebagaimana 100 tahun yang lampau.
Tidak dapat dipastikan di bahagian manakah di Kota Bharu sebenarnya gambar ini dirakamkan.

Sumber : " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " oleh W.A Graham.
Diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908)






Rumah kedai lama dari awal abad ke-20, hanya menanti roboh ditelan zaman di suatu ceruk di tengah bandar Kota Bharu.




=================================


Aku bosan..
dengan bangunan bangunan konkrit
diciplak dari Barat
kononnya berseni
namun hakikatnya tandus tak bererti
acuh tak acuh
sekadar mengejar
nama milik orang

Aku gemar...
akan bangunan kayu
tinggalan datuk nenek
panel berukir jiwa raga
atap bata Singgora
dinding bersilang teguh
hasil keringat semangat tukang dulu dulu
sejuk mata memandang
bangga anak bangsa



=================================



Aku harap bangunan bangunan lama sebegini dipulihara .....

Bukannya disuruh " robohkan sahaja kerana cacatkan bandar "
( seperti yang aku ada terbaca dalam satu artikel Utusan Malaysia suatu masa dahulu, aku syak si penulis itu ber " mala fide " ).

Kemudian,
dijadikan satu "perkampungan" khusus di tengah tengah Kota Bharu,
yang unik, bila jejak sahaja, terasa kembali ke masa lampau yang penuh romantika ~
untuk tatapan generasi mendatang dan pelawat ke bumi Kelantan.

Bukan mustahil,
bukan juga kerja bodoh,
kerana Jepun sudah lama membuktikannya.

Pergi sahaja ke Kyoto atau sekurang kurangnya ke Bikanchiku di Kurashiki City, Okayama, nescaya kamu bisa terlopong kagum.

Bak kata Bob,
"sensei" Mat Salleh ngajar English semasa di Jepun dulu ( katanya asal dari Isle of Mann, UK ) :


    " Pelancong datang jenguk tempat kamu bukan nak cari binaan moden
    sebab kat tempat diorang pun apa kurangnya. Mereka nak cari benda unik
    yang ada pada kamu sahaja. Maka jagalah warisan binaan lama kamu baik baik
    kerana ia sangatlah tak ternilai ~
    ".



Aku tak tahu apa nasib kamu kelak,
tapi biarlah fotopage ini jadi saksi,
sekurang kurangnya kamu pernah wujud.

Sekurang kurangnya aku tidak pernah malu dengan kamu.



=================================


Inginkah kalian aku khabarkan
bahawa aku bermimpi
akan pada suatu masa
bangsaku terngadah
dari lena modernisasi
lantas cuba menggapai kembali
khazanah nenek moyang
yang sudah hilang
dilarikan angin alpa
nun
entah ke mana ~


=================================







UPDATED ~ 11 OCT 2005 : ~



* Even Dato' Lat agrees with me ! He he he




tadaima..akak dah kembali..koho lawa tag atas tuh...byknyo tertinggal nok kelih..nanti akak kelih skit2 dulu! Sun 25-Sep-2005 22:10
Posted by:oshin  - [Link]
horr kak oshin blk doss tu,abih arr mung zarir....btw hok nih ko wok orang duk sebuk2x "Kedai Lalat" tu? Sun 25-Sep-2005 23:49
Posted by:Sakon @ TNBG  - [Link]
Setuju.... elok dipelihara a.k.a dibaik pulih dr dirobohkan Mon 26-Sep-2005 00:43
Posted by:Ibuyasmin  - [Link]
mak aikh ..hantu pon takut nak duk kat kawasan ni ...baik aa robohkan buat bangunan baru ...lawa skit kota baru heheheheh Mon 26-Sep-2005 01:49
Posted by:juan
pelancong yang buta mata ajer sanggup pi bandar macam ni..kalau nak cari kelainan pon, pelancong tu mungkin nak tulis bende buruk2 bukan nak tulis bende baik2 pon...kesimpulannya jangan percaya pada cakap orang.. Mon 26-Sep-2005 05:26
Posted by:shar  - [Link]
Bangunan2 lama ni masih boleh dipelihara / dipulihara... kalu Ayoh Ray tak keberatan nak hantar gambar bangunan2 lama sekitar KB nih ke Pusat KALAM, Fakulti Alam Bina, UTM Skudai, for sure diorg leh amik tindakan utk buat measured drawing (lukisan terukur) utk bangunan2 tersebut, so after this kalau bangunan2 bersejarah ni nak dihapuskan atau terhapus, still ade blueprint utk dibina semula atau bukti tinggalan sejarahnya sbb measured drawing ni bukan shj ukur bangunan kemudian diblueprintkan, student2 yg buat measured drawing ni akan cari ke akar umbi sejarah2 pasal bangunan yg akan diukur... just a suggestion... Mon 26-Sep-2005 05:51
Posted by:DqNa  - [Link]
Bangunan lama dah jadi sejarah, bangunan baru...pun akan jadi sejarah jugak. Kesimpulannya, tak kisah lah bangunan tuu baru atau bangunan lama - kedua-duanya simbol ketamadunan masyarakat pada zamannya. Ia simbol kepakaran anak-anak tempatan selari dengan masa. Ayat lain - jgn kata klcc tak penting...tak sesuayy maa... Mon 26-Sep-2005 05:55
Posted by:jentayar
ye betol...patutnye jaga bangunan lama ni...
mcm kita ni kalau jln2 pegi tpt pun expect nak tgk tinggalan sejarah tempat tu..bukan nak tgk bangunan moden...
Mon 26-Sep-2005 10:44
Posted by:Iva  - [Link]
Oshin ==> Ohh.. Akak Chendana, lama tak "nampak" Gerangan ke mana selama ini berdiam diri ? Menang takarakuji ker ?

Ibuyasmin & Iva ==> Terima kasih atas keprihatinan anda. We Malays need, from within ourselves, those who are proud of their own heritage.

DqNa ==> Cadangan yang bernas itu. Terima Kasih.
Sejauh manakah keberkesanan Pusat KALAM ini ? Adakah Pusat KALAM ini memiliki databank "blueprint" seluruh warisan bersejarah di Malaysia? Namun, walau dibina semula sekalipun, yang asal tetap tidak ternilai, tak ubah seperti kisah Masjid Lama Kampung Laut

Jentayar ==> Terima kasih saudari Jentayar kerana selalu berkunjung ke situs saya dan saya amat bersetuju dengan komen saudari ~ sebenarnya, bukan soal bangunan "baru menjadi lama" atau "kepakaran semasa" etc yang ingin saya tekankan di sini tetapi hasil seni halus cermat, penuh keaslian, warisan dari bangsa Melayu zaman lampau yang jelas terserlah pada binaan lama tersebut, yang mana tidak lagi dapat ditemukan pada binaan moden zaman sekarang, yang rata rata dibuat tergesa gesa untuk mengejar "deadline kontrak binaan" dan "fast cash" semata .
Ayat lain - KLCC itu walau dicanang sebagai kebanggaan Malaysia namun ironiknya ia bukan hasil cipta orang tempatan.
Tak ubah lagaknya seperti memasang kereta Mercedes Benz di Malaysia. Adakah saudari bisa menangkap maksud sebenar saya ?
Terima kasih kembali atas komen anda.

Sakon ==> ishh, engko lagi ~ shooh shoohh, pi update fotopage nuh, dah lama dah tak update tu. Kalu takde idea, bubuh gambar pengerusi TNB pun dah okay wut ?

Juan ==> hantu takut duduk di kawasan ini pastinya kerana ia dihuni oleh golongan yang bertakwa, beriman dan beramal soleh Sebaliknya aku cadangkan agar bangunan "mansion" belakang Supermarket 24 hrs SAKAE di Nagase dirobohkan segera bagi memberi laluan kepada kombini baru. ( di samping dapat mengusir hantu Ju-on )

shar ==> Ya betul.. kesimpulannya jangan percaya pada cakap orang.. ( orang = shar )
Mon 26-Sep-2005 16:20
Posted by:Ayoh Ray  - [Link]
..As soon as construction work began in early 1630, sculptors, masons, craftsmen, calligraphers..were called from Persia, Ottoman Empire and Europe to work on construction of the Taj...

Itu cuma satu contoh. Biasaleh incik ray, it takes more than two to create great buildings. Tuhan jdkan kita berbeza spy kita belajar antara satu sama lain. Yg membezakan kita bukan hanya faktor geografi. KB Old Quarters itu juga bg saya sesuatu yg kaya...campoq² mcm air batu campoq dgn siam old house skit². KLCC from what i heard, ketuanya org luar Cesar pelli associates with arkitek klcc sendri. The raw mat. pun...>>60% local. Adakah KLCC tidak boleh dibanggakan walaupun sedikit?

Deadlines and fast cash?? Mmg lah dunia sekarang macam tu...kalau lambat org kata terbengkalai pulak...U kinda missed its rythm yea incik ray? The slower the better? Bg saya semua usaha walau pun sedikit, tetap layak diberi penghargaan.
Tue 27-Sep-2005 01:29
Posted by:jentayar
Thats it...kena ke KB juga ni...byk yg menarik ni... Wed 28-Sep-2005 00:08
Posted by:Jeff  - [Link]
satu2nya negeri kat semenanjung yg x pernah jejak kaki lagi ialah Kelantan...teringin nak pi, tapi bila kah masanya.... Wed 28-Sep-2005 05:47
Posted by:mamaalyssa:  - [Link]
setuju setuju.. Wed 28-Sep-2005 09:58
Posted by:iztoy  - [Link]
sepatutnya baiki untuk mengekalkan ke unikkan bangunan, pelancong dari luar lagi suka... Thu 29-Sep-2005 01:09
Posted by:mie  - [Link]
suka... suke... ....sukerrrrr..sngat2
smpaikan takleh nak digambarkan ngan kate2 love kalate..lurv koto bharu...sayng sokmo2 muahhhhh2000x
Thu 29-Sep-2005 04:01
Posted by:apple_kana ginger_redcolour@yahoo.com
setuju..

orang kita ni teruja dan taksub sangat dengan bangunan tertinggi..terbesar..terpanjang bla bla bla

padahal warisan yg lame2 tak nak dipertahankan..atas alasan pembangunan material
Fri 30-Sep-2005 05:35
Posted by:kamal  - [Link]
Rasanyo gambar ni demo ambik dideretan kedai lama disepanjang tepi sungai kelantan menghala ke Kg. China or lebih tepat lagi berdekatan Lorong Tok Semian. Tue 4-Oct-2005 07:50
Posted by:naiban naiban@gmail.com
mcm slalu je lalu jalan kat sinih
selamat berpuasa ray!
Wed 5-Oct-2005 00:40
Posted by:qisS  - [Link]
Kartun Dato' Lat terjemahan saya: Ada lakaran bangunan lama, ada jugak lakaran bangunan baru. Takde bangunan lama, takde jugaklah bangunan baru. Sebab nanti masa kita dah tua kalau bangunan baru takde, nanti bangunan baru yang lebih baru takkan ada. Eh, fenin dh ni.

Apapun, Selamat Berpuasa Incik Ray. Saya sememangnya amat mengagumi hasil kerja anda.
Sat 15-Oct-2005 12:29
Posted by:jentayar
Silalah surf ke laman web PUSAT KALAM,UTM. Thanx. Wed 26-Oct-2005 07:23
Posted by:wan wann_297@yahoo.com  - [Link]
Pusat KALAM, UTM http://kalam.edu.my Wed 26-Oct-2005 07:24
Posted by:wan wann_297@yahoo.com
Keep up the good work. Since u r allready in the subject of historical and ancient buildings, i'll like to introduce u a place in Kandis (on the way to To'Bali).about 4 km from Sudara Beach Resort ..called 'Kandis Resourse Centre' ...visit the place and you'll be amased how such tresure remains undicovered. Sat 26-Nov-2005 08:21
Posted by:fullmoon maimun@sudarabeachresort.com
Wan:
Terima kasih kerana memperkenalkan situs yg begitu membuka minda. Cuma, situs itu seolah olah tidak berapa ingin untuk memberi kerjasama kepada saya. Saya dapati keterangan dan maklumat padanya tidak begitu memuaskan perasaan ingin tahu saya. Tidak kurang juga ada pautan yang tidak berfungsi dan tidak begitu memainkan peranan. Walau bagaimanapun, saya rasa kagum akan aktiviti pusat itu.

Fullmoon :
Thanks for the info.
But, what is this "Kandis Resource Center" place ? Is it a museum ? Or some gallery or wut ? Cuz I never heard about that before.. Is it new ? What do you mean by "treasure" ?? Could you please tell me how can I go there ? I mean, ikut jalan mana bagus ? Kalau ikut Melawi ? Sbb tak pnah sampai ke Sudara Beach Resort before, walaupun mcm pnah dengar.. I think I need to pay a visit someday to this Kandis Resource Centre. Apa kelebihan nya ?
Mon 28-Nov-2005 15:34
Posted by:Ayoh Ray
Kandis Resource Center is the centre of reference in the field of art, craft,malay culture spec.. wood curving.Treasures... mention being the collection of kris, artifacts, books, sketches,photoghaphs...check on their website on ;Kayu & Semangat(spirit Of Wood) also on Trevelocity new entry on"Tok Bali Kelantan' its founder the late Nik Rashidi has travel the world, exhibiting.his collection...i like the old trengganu house that he dismentled & brought back to kandis to be put together piece by piece .visit is regrettedly by appointment only... i'll give u km.to km. direction to get there..apparently u'll ve to get to Sudara first...that's my place he..he. Wed 30-Nov-2005 14:48
Posted by:fullmoon maimun@sudarabeachresort.com
rakinzoku san,
just a note, itu wood curving yg. u letak as intro tu adakah pintu istana balai besar?
Sat 3-Dec-2005 14:28
Posted by:fullmoon
Fullmoon:
Oh thank you for the info. Memang saya ada pernah terbaca pasal Nik Rashidin kat internet. Itupun terjumpa dgn tak sengaja semasa surfing suatu ketika dahulu. Dan saya tahu kisah hidup dia melalui pembacaan tersebut. Such a great loss indeed.
Yes, I would appreciate if you could give me the exact location (with landmarks too, thank you) and how to make such appointment. Eh, kamu nih sedara dia ke ? Tahu banyak laa pulak dia.. I asked several of my officemates who live in Bachok area and they have no idea about this Kandis Resource Center thingy.
Btw, rumah terengganu ? lohhh... kalau amik rumah Kelantan kan best. Baru lah authentic ~ a relative of mine had sold a Kelantanese Royal Family old family house in the middle of Kota Bharu to the UKM (lupa plak fakulti apa).
If you go to UKM Bangi, cuba tanya staff kat situ pasal Rumah Tengku Fatimah Zaharah, sure derang akan tau, provided that u ask the right person lah.. The house, dismantled then brought all the way from KB and then was restored at UKM Bangi for the future generation to see. Walaupun dalam hati kecil ini, dirasakan lebih baik dikekalkan di Kota Bharu.

Btw, to answer your question, yes the wood carving is the one you saw on the Istana Balai Besar.
Thu 8-Dec-2005 14:17
Posted by:Ayoh Ray  - [Link]
Raykinzoku san,
The reason I asked you about pintu istana balai besar because masa i visit Kandis resource centre dia punya brochure is the prototype sketches of that pintu, i need to find out samada gemuloh Nik Deen ni terlibat secara langsung dengan ukiran tuh...sebab di KRC tu ada rehah yg gemuloh ukir sendiri (being a sculptor) and very unique. ado jugok mimbar masjid langgar yg.gemuloh ni ukir...pada satu ketiko maso di masjid langgar membar ni dicuri tapi dapat balik. now it is being proudly displayed in Nik Deen"s KRC Trengganu house ..
I know a lot about him because when I was looking for a land to built a resort he sold me his. I would sit with him for hrs. listening to his story and the spirit of wood..looking at your potopages i tahu u pencinta seni and like u said he was a great loss. Tengoh jaln u nok gi Tok Bali tu u pass by Sudara Beach Resort pah tuh u akan jumpa pondok moden.,3km dari situ u ake jumpa deretan barn tembakau yang usang (tok pakai doh) sebeloh kiri jale ado signboard resort danilliah ...u masuk jale tu ..about 200 meters sebeloh kiri ado kubor (kubor Nik Deen dok sorang dio luar kawasan kubor) next tu the empty lot of land is KRC no signboard.!!.u"ll akan kenal bila u tengok romoh usan Trengganu tuh...happy searching and i "ll look for rumoh tg. fatimah11
Thu 15-Dec-2005 14:20
Posted by:fullmoon
footnote:
for appointment to Kandis RC call Pn. Rosmawati Othman 012 6847350
Thu 15-Dec-2005 15:12
Posted by:fullmoon
laku giler fotopages demo loni weh! kawe turut bangga se-bangga-bangga-nye

way to go gu kawe weh!!!
Tue 24-Jan-2006 04:22
Posted by:budd_redmoto  - [Link]
Fullmoon :
Thanks a lot. I will look into that. I think I know where is Sudara Beach Resort but I still have no idea where is Nik Rashidin's house. I will try to locate it somehow. Thanks.

budd_redmoto :
Ehh.. laku lagu mano tuh ?? Ado laa orghae marghi singgoh sekali sekalo tapi tok leh panggey laku lagi tuh... hu hu.. ( silap ambo jugok kerana sempitkan fotopage ini khas utk Kelate dan ambo yakin tak ramai yg berminat nak tahu pasal Kelate. Tapi yg pasti, ambo gembira dengan apa yg ambo lakukan sekarang. Sebagai sumbangan kecil tak sehebat mana kpd tanah tumpah darahku.. he he.. chewwaahh.. maaf, aku bukan asabiyyah. Sekadar ingat asal usul. )
Demo bakpo tak update ?
Guano bisnes LED Display demo ?
Thu 26-Jan-2006 06:36
Posted by:Ayoh Ray  - [Link]
sdr ray, abe angkat topi buat sdr sebagai menyatakan kekaguman atas daya usaha sdr,
object yang sehari-hari, namun cukup indah dan eksotis, sdr telah berjaya memertabatkan
sesuatu dari negeri kelahiran kita. tak ramai yang begitu patriotis dan sdr adalah genius.
walauapapun, abe kurang setuju dengan statement yang "dan ambo yakin tak ramai yg berminat nak tahu pasal Kelate", apa yang sdr ray lakukan mampu membuat outsiders ingin kenal,
dan akhirnya jatuh cinta dengan kelate kito. apapun, sekali lagi, tahniah.
nota: sebenarnya, abe selalu mengikuti perkembangan fotopages sdr, cuma tak bagi komen.
Sat 28-Jan-2006 22:53
Posted by:abe
nice blog.......keep it up.......
hope this blog will let malaysia ciizens know more bout kelate.....
Sun 5-Feb-2006 13:35
Posted by:Lee penglg@yahoo.com
memang betui kater ko.. aku pun same
support ah

aper ader pader name,, kater lah pada hati yang sentiasa nan terkunci
Thu 3-Aug-2006 05:34
Posted by:dianne aeriezipple@yahoo.com
no komen ler...tp bg sy elok jgak wat bndr mcm 2 myb akn jd slh sa2 keajaiban di dunia ini. Fri 16-Mar-2007 12:32
Posted by:adam yus_bpy@yahoo.com.my
Kawe lamo dah dok koya ssore kalu jadi jutawan, kawe nak ppulih bangune lamo bia kita rama-rama pakat kaba kita pon ada asal usul hok patut kita saye. Lo ni rama bedooh ore kita raso kito ore Melayu takdo warise, jadi ppakat dok raso hebat kat budaya luar sapa lupa asal usul sdiri. Ado setengah hok rasa kalu buleh nak tukar bangsa dia. Tapi setakat ni kawe raso koho lamo koho saye ko budaya kita, koho rama besaing denge ore Cina, Jepun, ore putih, koho berasa budaya kita pon tak kure hebat, cuma rama tak kenal budaya sediri Sun 15-Apr-2007 13:20
Posted by:MAArif mohdazharariffin@gmail.com
best tgk gmbr lamo coz xhidup lagi zmn 2.hehehe.aritu tnjuk gmbr tu kat ayah kawe hok gmbr bertajuk a street in kota bharu...dio kato tu kat jln post office lamo...dia org lamo,ingat la tmpat tu.. Mon 31-Dec-2007 08:25
Posted by:eily nicque_sloven@yahoo.com
d jakmu kmn sedikit gamba kijo ambo
http://imageevent.com/jassabtr/maik
Thu 10-Jul-2008 22:25
Posted by:shaari ntqt
http://imageevent.com/shaari/kokserayacanaramkelantan Thu 10-Jul-2008 22:30
Posted by:shaari ntqt
shaari ntqt :

Terima kasih kerana memperkenalkan.

Tetapi sebenarnya saya sudah lama bertandang ke laman saudara.
Memang menarik gambar tu semua.

Cuma saya tertanya tanya, kenapa dipadamkan semua gambar kerja kerja pemasangan semula Rumah Tengku Fatimah Zaharah di UKM ?
Thu 10-Jul-2008 23:35
Posted by:Ray Blacksmith
Ray Blacksmith ,
terima kasih, nanti ambo boh semula gambar tu.
Mon 1-Sep-2008 23:18
Posted by:shaari ntqt
hok pagar batu umoh antik tu...umoh moyang aku tu weiii...1889 a.d ado ukir di umoh tu. Sun 25-Jan-2009 15:59
Posted by:Hakimi nhmn81@yahoo.com
waaa...
aKhirnya saye jumpe org yg appreciate bandar kb..
timo kasih banyok..
saye ngah wat kajian pasal reka bentuk bangunan kb..
kaLo ade information pasal banguNan ni..tahun dia n ape2 je..
tLong inform kat saye..

freaky_blitz@yahoo.com

Wed 28-Jan-2009 21:38
Posted by:amaLina freaky_blitz@yahoo.com
apa la1nk cri bgunan bersejarah.spe yg ada mklumat 2 kongsi la yer...nie no fon sy 0179194920 Tue 17-Mar-2009 12:41
Posted by:EIHA eihaa_girzz@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.