By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
DEMO SERGHO NYAE KITO MULO, MAKKAA LAGU MANO ? ( Cont. )









Wanita - wanita Kelantan seperti dirakamkan 100 tahun yang lampau ( 1905 ).

Diambil dari buku berkenaan Kelantan yang ditulis oleh W.A. Graham, seorang pegawai British. Menunjukkan cara berpakaian umum wanita Kelantan sebelum campurtangan rasmi British.

Sejak kedatangan Islam ke Kelantan, bertudung ( kelumbong ) sudah menjadi satu kebiasaan, namun dari segi pakaian secara umumnya, adat dan tradisi ternyata amat sukar dipisahkan dari masyarakat Melayu tradisi.

Cara pemakaian sebegini dikenali sebagai " Busana Che Siti Wan Kembang " *, sekilas pandang seolah olah kelihatan seperti berkemban sehelai kain, yang sebenarnya merupakan paduan dua helai kain. Sehelai diikat di pinggang manakala sehelai lagi dikenakan melingkari dada dan diikat kemas. Kesemua aktiviti harian, sama ada bercucuk tanam, menyediakan makanan, ke pasar, dilakukan dengan selesa sebegini.

W.A. Graham telah menghuraikan di dalam bukunya dengan :






Oh, agaknya nenek moyang siapakah di dalam gambar itu ?

He he




NOTA LUTUT :


* Che Siti Wan Kembang =
Seorang ratu atau raja perempuan yang memerintah Kelantan kira kira 700 tahun yang lampau. Cukup terkenal sehingga turut dicatat oleh pelawat / pengembara China ke Kelantan. Dilaporkan bahawa Ibn Batutta, seorang pelayar Islam yang terkenal telah melawat Che Siti Wan Kembang semasa beliau singgah di Kelantan dalam pelayaran ke China. Dalam catatan tersebut, Che Siti Wan Kembang disebut dengan nama " Urduja ". Walau bagaimanapun, tidak dapat disahkan benarkah Che Siti Wan Kembang yang dimaksudkan oleh Ibn Battuta kerana beliau tidak merujuk tempat pertemuan tersebut dengan jelas. Sebagaimana kisah lampau Empayar Khmer ( terkenal dengan kompleks Angkor Wat di Cambodia ), Kelantan Awal tidak memiliki rekod sejarah yang konkrit untuk membuktikan kisah kisah sebegini, hanya berdasarkan lisan turun temurun dan catitan pelawat asing dan pengembara yang kebanyakannya dari China.


* Gambar lama dari buku " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " hasil catatan W.A Graham dan diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908). W.A Graham merupakan seorang penasihat British yang "dilantik" oleh Kerajaan Siam kepada kerajaan Kelantan dari 1902 sehingga 1909 sebelum Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan Kelantan diserahkan kepada British secara total.
Kelantan mendapat penasihat British yang pertama, J.S Mascon pada 1909.
Perjanjian Bangkok juga merupakan titik tolak perpecahan kerajaan Kesultanan Melayu Pattani dengan Kesultanan Melayu Kelantan yang sudah beratus tahun terjalin.



* Wanita Kelantan masa kini ( circa 2005 ) :







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net