By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Sep-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
DEMO SERGHO NYAE KITO MULO, MAKKAA LAGU MANO ?

DEMO SERGHO NYAE KITO MULO,
MAKKAA LAGU MANO ?


Terjemah:
Kamu rasa, nenek moyang kita dulu dulu, pakai macam mana?


Haaah ni dia !
Pakaian " kasual umum " bagi majoriti lelaki Kelantan sehingga 100 tahun lepas. Kain pelekat lepas, kain basahan, semutar ( sejenis lilitan kain di kepala ) dan keris :





Penjelasan :





* Gambar dan petikan dari buku " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " hasil catatan Penasihat British yang dilantik Siam, W.A Graham dan diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908).


Sebenarnya,
mereka ini bukan tidak mengenal baju atau seluar.
Bagi mereka, praktikaliti dan ringkas adalah segalanya.
Simpan sahaja baju dan kain pelekat lawa untuk majlis istimewa.
Simpan sahaja pakaian kemegahan bagi golongan bangsawan.
Bagi mereka,
keselesaan di bendang.
keselesaan di laut.
keselesaan di kebun.
keselesaan di hutan.
keselesaan di pasar.
Cukuplah sekadar,
semutar, kain pelekat, kain basahan dan keris sebagai teman.




NOTA LUTUT :


* Pada akhir abad ke-19, setelah menyedari betapa ramai rakyat Kelantan lebih gemar tidak berbaju ke sana sini, Sultan Kelantan pada ketika itu, Muhammad II telah mengarahkan rakyat jelata supaya berbaju. Bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi, baginda telah mengarahkan pengawal supaya menunggu di tepi jalan dan menyapu belangkin ( sejenis minyak tar ) pada belakang mereka yang masih berdegil.

* British, setelah bertapak di Tanah Melayu, sebagai langkah "menjaga keselamatan awam". telah mengeluarkan arahan melarang orang Melayu membawa keris apabila keluar rumah. Sekaligus menghapuskan amalan yang beratus tahun lamanya dipertahankan orang Melayu.

* Pakaian kasual bagi kebanyakan lelaki Kelantan masa kini ( circa 2005 ) :




BERKAITAN :




* Petikan : " Kelantan : A State of The Malay Peninsular "
Chapter V : The People, page 18 ( W.A Graham, 1908 )



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net