Want your
own Fotopage?






 


By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Aug-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
SIRI MAKLUMAN : Lembah Sireh

Pemaju dari Jepun, Mr. Kobashi, diberi penerangan oleh..
..staff MPKB & pemaju tempatan, tentang selok-belok..
..projek di Lembah Sireh..


Berdasarkan pemerhatian terkini dan sumber langsung ( tapi tak rasmi ) dari Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) :

Jambatan Sultan Yahya Petra * yang menghubungkan bandar Kota Bharu dengan Pasir Pekan (Tumpat) akan diperbesarkan menjadi jambatan 4 lorong. Bagi tujuan ini laluan dari Bulatan Kijang sehingga Bulatan Pasir Pekan akan turut diperlebarkan dan kerja kerja menaiktaraf dan pelebaran sedang giat dijalankan sekarang.

Lihat juga:
Pusat diminta bina Jambatan Sultan Yahya Petra kedua

Sejajar dengan perkembangan tersebut, kerja kerja menebus guna tanah kosong kawasan Lembah Sireh seluas 2000 ekar ( iaitu kawasan tanah kosong di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra ) telah dijalankan. Dalam projek ini, aras tanah kawasan Lembah Sireh akan ditinggikan dan diratakan setinggi paras Jambatan Sultan Yahya Petra dan akan dibangunkan bagi projek rekreasi, perumahan eksklusif (water front), hypermarket, esplanade dan sebagainya bernilai RM 2 billion dengan pulangan keuntungan dianggarkan RM 700 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk memberi status istimewa kepada kawasan yang dimajukan ini, yang akan membolehkan ianya dimiliki oleh warga bukan Kelantan ( dari negeri luar atau warga asing ) bagi tujuan pembangunan *

Projek pembangunan lembah Sungai Kelantan itu dibahagikan kepada 4 zon:

Zon A = Sebuah pulau terbiar di Sungai Kelantan sedikit ke utara dari Kota Bharu
Zon B = Lembah Sungai Kelantan berhampiran Istana Kota Lama
Zon C = Lembah Sungai Kelantan di kawasan Palekbang, Tumpat
Zon D = Lembah Sungai Kelantan di kawasan Kampung Sireh bersama sebuah pulau terbiar di Sungai Kelantan berdekatannya.

Sejauh mana projek ini memberi kesan positif atau negatif kepada penduduk, setakat ini masih belum boleh dipastikan. Namun, bagi sebuah kawasan lembah yang selalu dibanjiri ( natural flood plain : dataran banjir semulajadi ) setiap tahun, dikhuatiri kegiatan meninggikan tanah ini boleh mengakibatkan perubahan abnormal kepada fenomena banjir pada masa hadapan.
Walaupun begitu, memandangkan kelulusan dari Jabatan Parit & Saliran serta Jabatan Hidrologi telah diperoleh, malah projek ini juga dijalankan dengan kepakaran serta pengalaman dari Australia, diharapkan kejadian kalah bertarung dengan kuasa alam seperti yang berlaku di Lembangan Mississippi dan di Belanda tidak berlaku.

Sekian sahaja laporan untuk kali ini,
saya Karam Singh Ray melaporkan untuk AbSoLuTeLy ~ KeLaTTe ~




------------------------------------------------------------------------------




FAKTA CEPAT :

* Jambatan Sultan Yahya Petra :
- dibina 1963 ( ketika kerajaan PAS )
- jambatan dua lorong dua hala
- pernah menjadi yang terpanjang di Asia Tenggara (1960an)
- laluan penting dan utama menghubungkan Kelantan Utara dan Kelantan Selatan. Kedua-duanya berkepadatan penduduk yang tinggi.
- kesesakan semakin teruk sejak akhir akhir ini terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

* Akta Tanah Negeri Kelantan:
Negeri Kelantan, sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu, sebelum merdeka lagi telah memiliki Akta Tanah secara umumnya seperti berikut :
- Lebih 90% dari tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu Kelantan.
- Hanya Melayu Kelantan sahaja boleh memiliki tanah di Kelantan.
- Baki yang bukan rizab pula boleh dijual kepada bukan Melayu dengan syarat dilahirkan atau telah menetap atau dari generasi yang telah menetap di Kelantan sebelum 1930.
- Kelulusan khas dari Exco Negeri diperlukan bagi membenarkan pemilikan tanah oleh mereka yang tidak menepati syarat di atas.


Lain-lain berita sahih yg masih "belum pecah" :
* Projek memperbesarkan & memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bagi pendaratan pesawat kelas B-747(?) telah diluluskan tetapi belum pasti bila bermula. Dengan itu, kelak ia akan dinaiktaraf menjadi status airport antarabangsa.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net