By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-May-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Morning Stunt



Konsep keselamatan tidak berapa ditekankan di negara membangun berbanding negara maju.

Konsep kebersihan pun sama.

Kota Bharu kotor ? Kepialu ? Taun ?

Tak dinafikan ada benarnya, actually sejak saya kecil lagi, apabila tiba musim panas kering dari Mac hingga Jun, emak selalu pesan supaya jangan minum "air batu" dari gerai tepi jalan gara gara musim "taun".
Sehingga sekarang warung minum tepi jalan hilang dari kamus hidup.

Tapi kadang kadang, apa yang dilaporkan dek media massa arus perdana agak keterlaluan apabila memaparkan gambaran semasa di Kelantan.
Sepanjang pemerhatian saya, Kelantan amat menjadi "tumpuan" mereka sehinggakan apa apa sahaja berita "sensasi" tentang Kelantan, pastinya akan memanjat ke "front page"..

Baguslah, sekurangnya Kelantan memang "glemer" ..

Apa apa pun, sejak kepulangan saya dari "short trip" ke Jepun baru baru ini, memang ada perubahan dalam pengurusan makanan di Kota Bharu. Gerai-gerai makanan dah mula tutup makanan, letak dalam peti kaca dan sebagainya. Malah bandar Kota Bharu lebih bersih berbanding sebelum ini, cuma sedikit kesan kesan berdebu dari banjir besar dulu masih lagi tinggal.

Baguslah, sekurang kurangnya ada usaha ke arah itu.

Mungkin ada hikmah di sebalik wabak kepialu ni, sebab manusia ni kena "terhantuk" dulu baru belajar ambil iktibar ~



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net