By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-May-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Sedikit berita dari Kelantan





Sebuah menara jam sedang didirikan di Laman Siti Khadijah, di antara Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.
Menara jam? Kecik nyer.. bukan menara KL pun.. aper klaaasss?
Mungkin ramai yang berfikiran sedemikian.

Yang pasti,
menara jam tersebut adalah sumbangan dr Mr. Yosuke Yoshioka, seorang tokoh yang berpengaruh dari Kasaoka City, Okayama Prefecture, Jepun. Mr. Yoshioka juga pernah menerima pingat Seri Mahkota Kelantan dari Sultan Kelantan suatu ketika dahulu.
Sebagai makluman,
Kota Bharu dan Kasaoka City telah dimasyhurkan beberapa tahun lepas sebagai "sister city" bersama sama sebuah lagi bandar di Sweden, Morbylanga.

Akhir Mei ini,
upacara perasmian dijangka berlangsung dan dijangka dihadiri oleh perwakilan Majlis Perbandaran Kota Bharu serta rombongan Kasaoka Municipal Council beserta lain lain jemputan khas. Menara jam ini mungkin akan dirasmikan oleh Raja Perempuan Kelantan.

Apabila siap nanti,
motif belangkas akan menghiasi salah satu dinding menara tersebut, belangkas (horse-shoe crab) iaitu maskot bagi bandar Kasaoka, satu satunya tempat di Jepun di mana belangkas masih ditemukan.
Di Kasaoka, terdapat mungkin satu satunya Muzium Belangkas di dunia.



Quote:


Sedikit Fakta : Sekadar Perbandingan

Kota Bharu, Malaysia - population : 425, 294 , land area : 409 km²
Kasaoka, Japan - population : 58, 185 , land area : 135.97 km²
Morbylanga, Sweden - population : 13, 442 , land area : 667 km²





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net