By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Jan-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1425 HIJRAH

Saudara kita di Iraq dan di serata dunia masih lagi menderita tatkala kita gembira berhari raya.
Dunia sudah sampai akhir zaman, satu renungan dari hadis Rasulullah S.A.W ~


Dari buku " Empat Puluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman", susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi, terbitan Khazanah Banjariyah (Pokok Sena, Kedah), cetakan tahun 1995 .

Hadis Rasulullah S.A.W itu sememangnya tepat dan mengagumkan dan ini memang tidak boleh dinafikan kerana tiadalah Rasulullah S.A.W itu bertutur melainkan apa yang diwahyukan oleh Tuhan sahaja. Tetapi saya amat tertarik bilamana si penyusun buku himpunan hadis ini, menggunakan istilah "akan" apabila menyebut bahawa perang merebut kekayaan bakal terjadi di bumi Iraq. Buku ini diterbit pada tahun 1995 dan 8 tahun kemudian, 2003, ia benar benar berlaku apabila Amerika menceroboh Iraq. Walau apa alasan yg dikemuka oleh Amerika, sebab sebenar pencerobohan itu sudah pun terbongkar ke pelusuk dunia, tidak lain tidak bukan adalah semata mata untuk merebut minyak (kekayaan) Iraq.

Kesimpulannya, apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun dahulu tentang dunia akhir zaman menjadi kenyataan satu persatu dalam zaman kita sekarang.

Semoga bermula dari hari yang mulia ini, kita tergolong dalam golongan yang beruntung di sisi yang Maha Kuasa.

Amiin...

WalLahu a'laam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net