By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Nov-2004 00:00 Email | Share | Bookmark
Suatu hari di hari rayaaaa~

One day before raya, Kota Bharu..
.. ada laa jammed jugak...
...malam raya makan steamboat..
..illuminations biasa jer..
..yang pasti tiada budaya pasang pelita mcm P.Barat..
..so area rumah cerah dgn lampu jalan jer..
..kuih & biskut biasa biasa jer..
..sekali sekala kerabat bertandang..
..meriah lah jugaak..
..raya tahun nih banyak yg baru, heheh..
..and kebetulan ada sorang tuh sambut b'day...
..walaupun diramalkan hujan tak henti , langit cerah jugak...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to all ! Hari Raya Aidilfitri kat Kelantan boleh dikatakan simple sahaja lebih lebih lagi bagi orang tua (dewasa) yang tak layak lagi menerima skim bantuan duit raya.. Bebudak? Meriah giler kot !

Bukan itu sahaja, tiada jugak amalan pasang pelita & panjut pada malam tujuh likur sebagaimana yg selalu dilihat di sebelah Pantai Barat (or even kat Terengganu! ) Lemang pulak merupakan suatu hidangan yg cukup asing di bumi Kelate ini dan baru akhir akhir ini mula mendapat perhatian orghe Kelate.. Selalunya kat Kelate, ketupat daun palas bentuk tiga segi dan tapai pulut (*read: "tappe puluk") memang femes buat raya sejak dulu dulu lagih..
Furthermore, raya Aidilfitri tak der lah pulak Orghe Kelate raya sampai sebulan (open-house etc) mcm kat Pantai Barat, cuma paling lama beraya (dgn meriah) pun seminggu jer (itupun kalau tidak 3 hari ! ) Okey lah tuh, kat negara-negara Arab pun bukannya orang beraya puasa sebulan pun! Hehehe..

By the way, ada orang kata, kat Kelate lebih pentingkan Raya Haji (lebih meriah) .. emm.. entah laa, tak pernah membandingkan benda nih secara mendalam ngan negeri Pantai Barat, however masa aku kecik kecik dulu, memang Raya Posa laa best, dapat duit raya, dapat main bunga api (masa tuh tak haram lagi ) , dapat melaram ngan baju baru etc.. However, bagi aku, Raya Haji kat Kelate memang best sebab cuti 2 hari dan selain orang ajak makan kenduri daging korban (musim mabuk daging) , masjid yg banyak di seluruh negeri selalu mengalunkan takbir hari raya (yg bagi aku, cukup syahdu) for days (raya puasa sehari jer!) And therefore, Raya Haji at Kelate has it own charms.. Wallahu a'laamm...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net