By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Aug-2010 16:00 Email | Share | Bookmark
KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah (1) : LOJING DAY !

.


KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah (1) :


LOJING DAY !




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari ini ......

Khamis, 24 Syaaban 1431 @ 5 Ogos 2010, jam 12:25 t/hari

Pentadbiran Jajahan Gua Musang telah dipecahkan,

lalu melahirkan Jajahan Kecil Lojing.

Perasmian disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan,

Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

bertempat di Kampung Penangau, Jajahan Kecil Lojing

yang juga merupakan tapak Masjid Keputeraan Lojing ...


Dalam erti kata lain, hari ini adalah LOJING DAY !!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






* Pelancaran Jajahan Kecil & Pengasasan Rumah Allah

Rasulullah S.A.W mengasaskan Negara Islam Madinah dengan terlebih dahulu mendirikan masjid.

Mematuhi sunnah, Jajahan Kecil Lojing telah dirasmikan serentak dengan perletakan batu asas Masjid Keputeraan Lojing di Kampung Penangau, Sempadan Kelantan-Pahang.







* Panorama Tanah Tinggi Lojing ...

.. sebagaimana dirakamkan menghadap bahagian yang masih " belum disentuh ".






* Panorama Tanah Tinggi Lojing ...

.. sebagaimana dirakam menghadap bahagian yang telah diusahakan / kawasan jalan raya utama Lojing-Cameron.




Quote:

    Lojing pusat pertumbuhan baru Kelantan

    Oleh RAHANA MD
    utusankelantan@utusan.com.my




    PEMANDANGAN salah satu kawasan Lojing yang sedang dibangunkan. - UTUSAN/Hafiz Johari

    --------------------------------------------------------------------------------



    GUA MUSANG 16 Ogos - Terletak di barat daya negeri ini dan bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Lojing hanya dikenali sekitar 1980-an apabila dikaitkan dengan aktiviti pembalakan.

    Tanah tinggi Lojing berada pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut dan mempunyai bentuk muka bumi berbukit-bukau dengan suhu antara 18 hingga 27 darjah Celsius.

    Kedudukannya umpama 'bumbung negeri' dilitupi Bukit Senjort, Bukit Pangas, Bukit Tajam, Gunung Tangga, Gunung Chall dan Gunung Warpu (puncak) yang mengalir di antara Sungai Belatop dan Sungai Nenggiri.

    Pengisytiharan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra baru-baru ini bakal menjadikan kawasan seluas 181,700 hektar itu melibatkan tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar, sebagai pusat pertumbuhan baru di wilayah Kelantan selatan.

    Secara keseluruhannya, Lojing mempunyai seramai 5,613 penduduk dengan hampir 90 peratus adalah masyarakat Orang Asli, selebihnya terdiri daripada kakitangan dan keluarga pelbagai agensi kerajaan termasuk guru-guru serta pekerja asing.

    Lojing yang kaya dengan khazanah hutan termasuk balak, flora dan fauna, bakal mengalami perubahan apabila sebahagiannya telah dibangunkan untuk tujuan pertanian komersial dan pusat agrokultur.

    Seluas 13,063 hektar kawasan tanah tinggi itu telah diwartakan sebagai hutan simpan, tidak termasuk kawasan seluas 25,824 hektar yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Sungai Brooke sejak 11 Mei 1989.

    Menurut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, pengisytiharan Jajahan Kecil Lojing (JKL) akan melonjakkan kawasan tersebut sebagai bandar baru dengan kewujudan pelbagai infrastruktur.

    Baca Lagi di :

    Utusan Online ( Timur ) 17 Ogos 2010 : " Lojing pusat pertumbuhan baru Kelantan "







TRIVIA LOJING ( 1 ) :

KETINGGIAN DARI ARAS LAUT / ELEVATION



Walaupun selatan Jajahan Kecil Lojing merupakan kawasan tanah tinggi yang dipanggil Tanah Tinggi Lojing, namun ianya tidaklah setinggi Tanah Tinggi Cameron Highlands yang hanya terletak bersebelahan dalam Negeri Pahang.

Berkenaan itu, saya ada membuat " sedikit ujikaji " menggunakan Altimeter Barometrik bagi membuktikannya, sebagaimana ditunjukkan dalam foto-foto di bawah :




* Tapak perasmian, Kampung Penangau, Jajahan Kecil Lojing.

Ketinggian di Kampung Penangau, di sempadan Pahang-Kelantan, dicatat pada 1366 meter dari aras laut. Ini boleh dianggap sebagai aras tertinggi di Tanah Tinggi Lojing.

Secara purata, Tanah Tinggi Lojing bolehlah dikatakan berada pada ketinggian sekitar 900 ~ 1100 meter sahaja.





* Pasar Sayur & Buah di Brinchang, Cameron Highlands.

Bukan di Tanah Tinggi Lojing tetapi di Daerah Cameron Highlands, Pahang.
Dinyatakan di sini sekadar perbandingan.

Cameron Highlands berada pada ketinggian antara 1300 ~ 1500 meter iaitu lebih tinggi dari Tanah Tinggi Lojing dengan lokasi paling tinggi dihuni manusia adalah di Brinchang pada ketinggian sekitar 1500 meter.

Di pasar sayur ini, altimeter barometrik mencatat 1557 meter dari aras laut.




TRIVIA LOJING ( 2 ) : PEMASYHURAN


Mengadakan sesuatu Jajahan baru bukanlah sesuatu yang remeh atau kecil.

Publisiti mestilah perlu dirancang pada tahap yang lain dari kebiasaan. Lebih-lebih lagi yang bakal menyempurnakan pelancarannya adalah pemerintah tertinggi sesuatu negeri.

Dalam hal Jajahan Kecil Lojing, publisiti majlis merentas dari Kota Bharu sehinggalah ke Cameron Highlands, di dalam Negeri Pahang !

( Kata " pemasyhuran " digunakan kerana majlis yang diwar warkan, akan disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan )






* Banner Pemasyhuran Majlis Pelancaran / Perasmian Jajahan Kecil Lojing ...

.. terpasang di satu sudut Cabang Tiga yang menghubungkan Kampung Raja ( Cameron Highlands ) - Kampung Penangau ( Lojing ) - Simpang Pulai ( Perak ). Cabang ini sendiri berada dalam Negeri Pahang.





* Banner Pemasyhuran Majlis di Tanah Rata, Cameron Highlands

.. pendek kata, kain rentang pemasyhuran sebegini " memenuhi " segenap ceruk Daerah Cameron Highlands ( yang dihuni manusia laa .. ).





* " Red Warriors " Sejati !

Anak-anak sekolah dari masyarakat Orang Asli sedang mengambil tempat bagi menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja Kelantan. Pakaian merah khas dibekalkan oleh pihak urusetia majlis.

Nun jauh di belakang, billboard khas kelihatan tegak berdiri " memasyhurkan " majlis.





* Paparan Elektronik Pemasyhuran Majlis Perasmian / Pelancaran Jajahan Kecil Lojing

... sebagaimana terpampang pada skrin LED gergasi berdekatan Bulatan Tuan Padang ( Bulatan Jam Besar ) di Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net