By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-May-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
FILLER ENTRY : Kelantan Yang Panas !!

.



FILLER ENTRY :


Kelantan Yang Panas !



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lama sungguh tak update ...

Makin lama rasa makin tak bersemangat ... hemmmm ...

Moga ' filler entry ' ini mampu ' membakar ' semula apa yang telah ' malap ' !


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Fuuuhh ....

Panas sungguh Kelantan sekarang ...

Maksud aku ... cuaca panas berbahang !

Kata orang Nippon, 「  蒸し暑い  」 = ' Mushi Atsui ', atau " steamy, unforgiving heat ", bak kata orang Eskimo ~

Bukan luar biasa, bukan juga bala bencana ( naudzu billah ! ) kerana memang setiap tahun antara Mac hingga sekitar Jun, setelah Monsun Barat Daya menerajang Monsun Timur Laut tersungkur, cuaca di Kelantan akan berubah dari ala ala Cameron Highlands kepada panas berbahang macam padang rumput Savana. Cuma zebra dan zirafah jer yang tak ada ...

Musim ini, angin jadi bertiup malas atau langsung out of service, hujan pulak akan pergi bercuti panjang, langit cerah secerahnya dan si laut jadi tenang hampir tak berombak ( tapi sarat dengan sotong yang tak sabar-sabar untuk dicandat ... waaaahhh ! )

Walaupun aku memang tewas dengan cuaca panas sebegini, lebih lebih lagi dalam keadaan tidur malam tak lena dan agak terganggu gara gara rimas dan banjir peluh, aku tetap ternanti dan tertunggu saat dan tika ini kerana padanya ada ...

..... Buwoh Timung ( tembikai ) yang beraneka dan banyaaak !!

Aku memang gilakan buwoh timung .... lebih lebih lagi dalam keadaan panas sebegini, kerana buwoh timung dingin yang baru dikeluarkan dari peti ais sememangnya satu santapan dari menu syurga duniawi !! Ewwah !

Percaya atau tidak, Kelantan merupakan antara pengeluar buwoh timung yang terulung di Malaysia dengan kawasan dataran dan lembangan yang amat sesuai bagi spesis tersebut. Tambah pula musim panas sebegini adalah musim terbaik bagi menghasilkan buwoh timung dengan kualiti yang terbaik !

Bercakap pasal jenis buwoh timung, yang paling banyak ditanam di Kelantan pada musim sekarang adalah tak lain tak bukan adalah dari jenis Buwoh Timung Susu = tembikai wangi @ honeydew @ muskmelon ! Semasa aku masih berhingus dahulu, ianya merupakan varieti yang amat jarang dilihat atau boleh dikatakan tada langsung di kedai atau pasar di Kelantan tetapi kini telah ditanam meluas dan dijual berlambak lambak sampai tak habis, khususnya pada musim sekarang !

Walaupun aku paling minat varieti Kuning Jati yang sangat sedikit ditanam di Kelantan, aku tetap tidak tolak ke tepi Buwoh Timung Susu kerana masing-masing ada daya tarikan tersendiri ...

Sebagai ' tribute ' kepada Buwoh Timung Susu, berikut adalah apa yang sempat aku rakam dari perjalanan kisah hidup varieti itu di sebuah ladang berkelompok di Kampung Banggol, Jajahan Kota Bharu ...

.. where the best Timung Susu in Kelantan grows !!

I could assure that !

Ha ha ha !



* Nota Lutut :

Lebih kurang 3 bulan masa diperlukan dari mula menyemai sehingga boleh menuai ..

























View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net