By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jan-2010 00:00 Email | Share | Bookmark
Mythbusting KeLaTté : Kelantan = Negeri Kerat Lintang ?

.



Mythbusting KeLaTté :


Kelantan = Negeri Kerat Lintang ?






KATANYA .....


Quote:

    Bahawa nama " Kelantan " itu mula muncul sekitar akhir abad ke-18 daripada
    perkataan " Kerat Lintang " atau " Negeri Yang Dikerat Lintang " .....

    ( atau dalam sebutan KeLaTté : ' Kerghak Laettae ' )




... dengan berdasarkan kepada dakwaan-dakwaan berikut :


Quote:

    Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan
    Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang".

    Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan.
    Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di
    Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang
    Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar
    dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah
    Sungai Pasir Tumboh.


    Sumber : Wikipedia - Perbandingan Raja Kelantan Long Gaffar dan Long Yunus



Quote:

    Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama "Kelantan", yang dikatakan
    berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" antara Raja yang memerintah
    iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan
    sempadannya ialah Pasir Tumbuh.


    Sumber : Wikipedia - Sejarah Kelantan - Kekaburan Sejarah Kelantan




.... dan juga berdasarkan kenyataan berikut pada pagar Makam Long Gaffar yang terletak di Kampung Limbat dalam Daerah Limbat, Jajahan Kota Bharu :







* Makam Long Gaffar di Kampung Limbat

Terletak di kawasan perkuburan lama yang menempatkan kaum kerabat Long Gaffar,
berhampiran Pasir Tumboh, tidak jauh dari Kubang Kerian. Diukir dari batu pejal
( granit ) dengan gaya mirip dengan apa yang terdapat di Perkuburan Banggol
dan Makam DiRaja Langgar.

Long Gaffar hidup sezaman dan dikatakan bersaudara / berhubung kait dengan
Long Yunus, pengasas dinasti Kesultanan Kelantan Moden.





WALHAL ~ !!



Pertama sekali, perlu saya tegaskan di sini bahawa nama " Kelantan " bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah dikenalpasti muncul lama sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dikatakan bahawa perkataan " Kelantan " sudah diceritakan orang lebih 1000 tahun yang lampau berdasarkan pernyataan berikut :


Quote:

    Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China Shenyao (414-512) dalam
    Sung Shunya sudah mencatat nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai
    sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.


    Sumber : Muzium Negeri Kelantan




Dan pada zaman Dinasti Ming pula ( iaitu masih lagi sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka ), nama " Kelantan " telah sedia diketahui umum bahkan turut disebut beberapa kali dalam catitan dan laporan perjalanan para pedagang dan utusan kerajaan China ke Kepulauan Melayu.

Dalam himpunan catitan-catitan mereka yang dirujuk pakar sejarah sebagai ' Míng Shí Lù ' @ 明實錄 , atau ' Rekod Kerajaan Ming ', nama " Kelantan " dinyatakan sebagai " 急蘭丹 " atau disebut sebagai " Ji-lan-dan " *


* dalam bahasa Jepun pula, ianya berbunyi " Kyuu-Ran-Tan " !

* pada masa sekarang, ejaan Cina bagi ' Kelantan ' adalah ' 吉蘭丹 ' ( ki-lan-tan / ki-lan-dan ).


Sebagaimana dibuktikan melalui sumber berikut :


Quote:










Selain itu, nama " Kelantan " juga ada disebut dalam satu karya Melayu Klasik yang amat dikenali ramai iaitu ' Sulalatus Salatin ' ( bahasa Arab yang bermaksud : " Salasilah Sultan-Sultan " ) atau lebih dikenali umum sebagai ' Sejarah Melayu '.

' Sejarah Melayu ' merupakan sebuah kompilasi kisah-kisah kegemilangan raja-raja Melayu yang disempurnakan pengumpulannya dalam tahun 1612 oleh Tun Sri Lanang, hasil karangan raja-raja Melaka dan Johor serta beliau sendiri, iaitu lebih 100 tahun sebelum kelahiran Long Gaffar dan Long Yunus !!

Berikut merupakan petikan daripada manuskrip asal Sulalatus Salatin yang bukan sahaja terang-terangan malah berulang-ulang menyatakan nama " Kelantan " :


Quote:






    " ... orang menyembah padanya maka Tun Aria Bija DiRaja berpaling menyembah
    mengadap ke Melaka katanya Daulat Sultan Mahmud Syah ( ? ) maka Sultan Mahmud
    pun menitahkan Seri Maharaja menyerang KELANTAN pada ( ? ) negeri KELANTAN
    itu terlalu besar daripada Patani, Sultan Mansur Syah nama rajanya anak saudara
    sepupu pada Sultan Iskandar Syah, tiada baginda mahu menyembah ke Melaka
    asalnya daripada anak cucu Raja Cholen maka Seri Maharaja pun pergilah dengan
    beberapa puluh hulubalang setelah datang ke KELANTAN maka orang Melaka
    pun naiklah ke darat maka dimelawannya oleh orang KELANTAN lalu berperang
    beramuk amukan terlalu seberupa kilat cahaya senjata seperti kilat di langit sabung
    menyabung gemuruh bunyi.

    Tempik hulubalang dan gemerenching bunyi senjata seperti akan sampai di langit maka
    daripada kedua pihak ( ? ) itu pun banyaklah luka dan matinya darah pun mengalir di
    bumi maka dengan tolong Rabbul Alamin patah lah perang orang KELANTAN
    maka Kota KELANTAN pun alah maka segala orang Melaka pun masuklah ke
    dalam kota merampas terlalu banyak beroleh rampasan maka anakanda Raja
    KELANTAN tiga orang perempuan dapat yang lelaki seorang lepas Raja Kambau
    namanya maka anak raja KELANTAN yang perempuan itu ketiganya tertawan
    oleh orang Melaka seorang bernama Onang Kening, seorang bernama Chufa, seorang
    bernama Chufuk maka ketiganya dibawa oleh Seri Maharaja kembali ke Melaka
    setelah sampai ke Melaka maka Seri Maharaja pun mengadap Sultan Mahmud
    maka puteri .... "


    Sumber :
    Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu / The Malay Annals ( 1612 )
    - Manuskrip halaman 193 ~ 194

    Melalui laman web Sabri Zain : Manuskrip (1) & Manuskrip (2)

    * Iktiraf usaha murni saudara Sabri Zain dengan menderma



    * Transliterasi ke bahasa Melayu tulisan rumi di atas adalah daripada usaha saya
    sendiri. Mungkin ada bahagian yang saya tersalah baca atau faham. Malah, apa
    yang saya nyatakan sebagai " ( ? ) " adalah bahagian ayat yang gagal ditafsir
    kerana kekaburan teks / tidak dapat menangkap maksud sebenar penulis.
    Diharap sesiapa yang mahir, dapat perbetulkan atau tambah yang mana kekurangan.

    Manuskrip Jawi di atas ditulis dengan menggunakan dakwat hitam, sesekali berselang
    dakwat merah bagi menandakan nama orang-orang berpangkat dan nama penting
    manakala perkataan " Kelantan " sengaja saya " highlight " kan demi memudahkan
    pembaca mencari perkataan tersebut dalam teks usang di atas.




Manakala yang berikut pula ' Sejarah Melayu ' yang diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris oleh Dr.John Leyden, diterbitkan di London pada 1821 dengan judul " Malay Annals ".

Ianya merupakan terjemahan langsung daripada teks asal bertulisan Jawi berbahasa Melayu Klasik " Sulalatus Salatin " ( Sejarah Melayu ) oleh Tun Seri Lanang, sebagaimana di atas.

Perhatikan bahawa " Kelantan " dieja " Calantan " :


Quote:





Bukan itu sahaja, nama " Kelantan " turut disebut oleh ahli maritim Portugis dan Belanda semenjak awal abad ke-16 lagi malah turut diabadikan dalam peta-peta mereka pada ketika itu berdasarkan kenyataan daripada W.A.Graham ( 1908 ) dan contoh peta Belanda tahun 1606 sebagaimana berikut :


Quote:



    Sumber : W.A.Graham's,
    " Kelantan A State Of The Malay Peninsular " ; Glasgow, 1908 - History ; 39





    Sumber :
    Mercator-Hondius, " India Orientalis "
    ( from the Latin folio atlas published in Amsterdam, 1606 )

    * Perhatikan perkataan, " Calatao " pada peta Semenanjung Tanah Melayu yang
    sengaja saya " highlight " kan.

    " Calatao " adalah sebutan Belanda bagi apa lagi, kalau bukan ... KeLaTté !!






Maka, al-kesimpulannya ...

.... berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan di atas, maka saya amat percaya dan yakini bahawa dakwaan nama " Kelantan " berasal dari perkataan " Negeri Kerat Lintang " yang bertitik tolak daripada satu peristiwa pada akhir abad ke-18 sebagaimana dalam petikan dan papan kenyataan nun di atas sana .....

... adalah TIDAK BERASAS dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI !


Bak kata Jamie & Adam dalam Mythbusters,

" Busted ! "





* Nota Lutut (1) :

Walau bagaimana pun tidaklah dapat dipastikan dengan jelas asal-usul
nama " Kelantan " ini, dan sejak bila sebenarnya dinamakan sedemikian.

Apa yang sering digembar-gemburkan adalah, perkataan " Kelantan " berasal sama
ada daripada, " Kilatan ", " Gelam Hutan ", " Kolam Tanah ", " Kalatana ( Tanah Kala ) "
dan entah apa lagi.

Yang pasti, kesemua dakwaan tersebut tidak dapat disokong dengan bukti yang jelas.

Wallahu a'lam bis sawaab ~



* Nota Lutut (2) :

Setahu saya hanya satu sahaja yang benar-benar berasal daripada perkataan
" Kerat Lintang " atau ' Kerghak Laettae ' dalam dialek Kelantan, iaitu .....

buah ' Asae Lima Kerghak Laettae ' !

He he he ...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net