By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Feb-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Mythbusting KeLaTté (2) : Kelantan dan Rial

.



Mythbusting KeLaTté (2) :


Kelantan dan Rial ...






KATANYA .....


Quote:

    " Rial " atau " Ghiyaa " adalah sebutan orang Kelantan
    bagi " Ringgit Malaysia " yang unik bagi negeri Kelantan ...





Kenyataan di atas disokong ramai, baik oleh orang Kelantan sendiri atau bukan Kelantan, antaranya berdasarkan artikel dan entri-entri blog yang berikut :


Quote:

    I was exposed to its maximum effect during a walkabout in its city main market.

    “Limo kilo sepuluh ghia!” shouted a young man selling Siamese
    mangoes – my favourite fruit.

    It took me a few minutes to learn that the local version of ringgit was “ghia”.
    Sounded quite exotic. I zeroed in on that mango stall. “Sepuluh ghia untuk limo kilo,”
    the man told me. After I said “yeah” to his “ghia”, we closed the deal satisfactorily.
    Money often transcends all language barriers.


    Source : Philip Lim - " Charming secrets of emerald ‘Kelate’ "

    ( via NST Online, 12 Jul 2007 )



Quote:

    3. Kelantanese have their own currency.

    Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang
    RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu
    Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi 'ghiya'
    . Walaupun 'ghiya' kelantan tidak
    diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara'ghiya' dan RM
    adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah
    lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan.


    Sumber : Internet - " 10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT A KELANTANESE "

    ( Disebar luas di alam internet. Jurublog / penulis asal tidak diketahui / gagal dikesan )



Quote:

    By the way, people in Terengganu and Kelantan are not in the least concerned
    whether the ringgit is going to be de-pegged, devalued or whatever. We use
    riyal not ringgit, what.


    Source : Pok Ku Bustaman - " PITIH, PITIH, PITIH "

    ( via Pok Ku's blog, Di Bawah Rang Ikan Kering, dated 3 Dec 2004 )




Quote:








WALHAL ~ !



Memang sudah diketahui dan diterima umum bahawa istilah ' rial ' atau ' riyal ' ini sebenarnya berasal dari Timur Tengah.

Namun begitu, di sebelah sini Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, istilah ' rial ' memang sinonim dengan negeri Kelantan kerana orang Kelantan lebih gemar menggunakan istilah tersebut berbanding perkataan ' ringgit ' yang digunakan di negeri-negeri lain bagi RM atau ' Ringgit Malaysia '.

Begitu juga dengan negeri yang ber " dae'paek " dengan Kelantan iaitu Terengganu yang turut menggunakan ' rial ' ( walaupun selama bertandang ke sana, saya lebih kerap mendengar ' ringgit ' berbanding ' rial ' ... emm .. mungkin ' rial ' hanya terpakai di sebelah Republik Besut sahaja kot ? Eheh ~ )

Tetapi tidak ramai yang tahu sebenarnya istilah ' rial ' turut digunakan secara meluas di seluruh Tanah Melayu suatu masa dahulu sehinggalah penggunaannya lenyap dari kamus seharian mereka dan yang tinggal hanyalah di kalangan orang Kelantan ( dan juga Terengganu ... )

Ini dapat dibuktikan melalui catatan-catatan Abdullah Munshi sekitar pertengahan abad ke-20, contohnya dari tulisan beliau tentang lawatan ke Kelantan dalam tahun 1837, yang mana antaranya dipetik :





* Teks asal di muka 82 ( versi format .pdf di muka 87 )




* Teks asal di muka 30 ( versi format .pdf di muka 139 )




* Teks asal di muka 114 ( versi format .pdf di muka 55 )




* Teks asal di muka 154 ( versi format .pdf di muka 15 )


* Sila klik, bagi carian lain-lain istilah " Rial " dalam buku ' Kisah Pelayaran Abdullah bin AbdulKadir Munshi Dari Singapura ke Kelantan '.

* Selain itu istilah " Rial " juga turut digunapakai oleh Abdullah dalam karya-karya beliau yang lain, sebagaimana boleh dilihat melalui carian ini



Baiklah.

Berdasarkan bukti yang ada ini, maka terbuktilah dengan jelas bahawa penggunaan istilah " Rial " bukan sejak dahulu lagi hanya terhad bagi Kelantan dan daerah sekitar tetapi juga merupakan satu kebiasaan di seluruh Semenanjung. Namun begitu, penggunaannya di luar Kelantan telah merosot sehingga hanya terus digunapakai di ceruk Pantai Timur Semenanjung itu sahaja, sehingga ramai generasi muta'akhir ini yang terpedaya menyangka ianya " uniquely Kelantan " ( seperti dipetik di atas ) walhal hakikatnya bukanlah sedemikian.

Saya amat percaya bahawa sebenarnya tidak sedikit istilah Bahasa Melayu yang kini hanya digunakan di Kelantan dan dikaitkan dengan masyarakat Kelantan dan sekitarnya, sebenarnya pernah digunakan secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dan juga di banyak tempat lain di Kepulauan Melayu.

Cuma, globalisasi khususnya yang dibawa menerusi penjajahan Barat telah menyebabkan banyak istilah-istilah tersebut lenyap dan digantikan dengan istilah Barat. Mana yang tidak lenyap pula, akan terkepung dan hanya tinggal digunakan dalam kalangan kelompok-kelompok tertentu di daerah masing-masing sehingga ianya dilihat sebagai sebahagian daripada bahasa daerah atau dialek, dan terus dianggap sedemikian sehinggalah bukti-bukti sebegini dijumpai.

Melalui siri-siri pengamatan peribadi semenjak kecil sehinggalah sekarang, saya dapati Melayu Kelantan sebenarnya banyak mengekalkan istilah, tatabahasa, gaya, lenggok dan bunga bahasa Melayu Klasik dalam perbualan harian yang dahulunya pernah ada tetapi kini sudah hilang di negeri-negeri Melayu lain. Ironinya, Bahasa Melayu Kelantan atau dipanggil manja oleh Orghae Kelate sebagai " Kae'chaek Kelatté " ini cenderung dipandang majoriti umat Melayu di negeri-negeri lain sebagai " aneh " dan " asing ", tanpa mereka sedari, bahawa tidak sedikit daripadanya pernah digunakan oleh datuk nenek mereka sendiri ! Eheh ~

Saya gemar mengambil contoh perkataan ' tubeik ' yang berasal daripada perkataan 'terbit' yang membawa maksud ' keluar ' atau ' muncul '. Dalam karya Abdullah sendiri sering istilah tersebut ( terbit ) diguna pakai, seperti dalam salah satu petikan yang sedia ditayang di atas iaitu, " Maka jikalau bulih, kira-nya tuan-ku tulung tǔrbit-kan rial itu " .

Walaupun dalam Bahasa Melayu Standard / Moden, perkataan ' terbit ' memang masih ada bahkan selalu digunakan, juga diterima umum sebagai perbuatan keluar atau muncul, namun ianya kini seolah-olah disempitkan bagi merujuk mentari pagi, bahan bercetak dan seumpamanya sahaja, dan sama sekali janggal apabila digunakan bagi kelakuan manusia atau haiwan seperti, " Emak terbit ke kedai " atau " Musang terbit dari celah genting ". Apatah lagi nak diguna seperti kata Abdullah, " tǔrbit-kan rial " !

Namun begitu, di Kelantan, aplikasi sedemikian adalah perkara biasa !
Kata ' terbit ' atau ' tubeik ' di Kelantan digunakan untuk apa sahaja yang membawa maksud keluar atau muncul, penggunaan yang tidak pernah berubah semenjak malah sebelum zaman Abdullah Munshi lagi !! Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kelantan itu bukan sahaja memelihara sesuatu istilah klasik bahasa Melayu tetapi juga turut mengekalkan kaedah guna pakai dan maksud asalnya sehingga kini.

Sesungguhnya saya melihat Kelantan sebagai satu kotak khazanah yang mengumpulkan serta mengekalkan bukan sahaja banyak warisan kebudayaan silam Alam Melayu seperti amalan hidup seharian dan senibina, tetapi juga keaslian Bahasa Melayu itu sendiri !

Tetapi malang sekali, sebagaimana warisan senibina, warisan khazanah bahasa ini sedang diancam kepupusan dan hanya menghitung waktu sahaja sebelum segala-galanya hilang dari aplikasi seharian, digempur dan dilanyak dengan penggunaan elemen-elemen bahasa asing khususnya dari Bahasa Inggeris yang makin berleluasa dan mencanak canak - perlahan lahan menjadi seperti Bahasa Indonesia yang kini tersangat " bboloq " dengan istilah Belanda dan Inggeris.

He he he ... Saya malas melencong jauh sebenarnya.

Lebih-lebih lagi bahasa bukan bidang saya, thus I shall leave the rest to the expert ~
*

* Yearghh ! Aku berjaya merojakkan bahasa ~ !


Entri kali ini sebenarnya adalah satu lagi ' pembantaian mitos ' ( mythbusting ) dalam siri Mythbusting KeLaTté ini ...

Bertujuan menyanggah tanggapan popular ( popular belief ) yang lebih kurang menyatakan bahawa istilah ' rial ' bagi Ringgit Malaysia adalah hasil kreativiti dan inovasi orang Kelantan menjadikannya ia unik bagi Kelantan dan sekitarnya sahaja.

Maka, bagi kes kali ini, dengan rasminya saya isytiharkan .... jeng, jeng, jeng ....

( bak kata Jamie & Adam dalam Mythbuster )


...... Busted !



Sekian. Terima Kasih .....





BERKAITAN





" RM 1.50 "

Sebut " serghia setengoh " tak salah. Memang disebut begitu pun di Kelantan.

Akan tetapi, semasa zaman saya membesar dahulu, saya kerap mendengar
anak tempatan khususnya para penjual di pasar ( mokchik atah kedaa ! )
menyebutnya sebagai " tigo amah ".

" Amah " , iaitu terbitan dari perkataan " Samah " yang membawa maksud RM0.50
atau 50 sen di Kelantan, dan didarab " tigo " ( tiga ) untuk menjadi RM1.50 atau
" Tigo Amah ".

Ajaibnya, tidak pernah pula saya mendengar orang Kelantan menyebut " amah "
bagi bilangan selain tiga iaitu dua, empat, lima, enam dan seterusnya atau boleh
jadi saya sahaja yang tidak peka ......

( walaupun ada pernah sekali terdengar orang menyebut, " duo amah " ! Ada ka ? )

Kini, sebutan " tigo amah " makin jarang saya dengar.

Hampir-hampir lenyap agaknya.

Sehampir lenyap spesis nota RM1 dan syiling RM0.50 ( keluaran 1968 ) di atas ...

He he he he ~

( Imej RM adalah hiasan / contoh semata )





DARIHAL KAE'CHAEK KELATTÉ : BACAAN MENARIK !


Raykinzoku 17 Disember 2006 - KELANTAN : Kalu Tock Paehae, Marghi Ambo Wi Ppaehae ~


Siaran Kelantan FM : Kayonyo Bahaso Kito ( Khamis - 5.15 ptg ~ 6.00 ptg )


Meli Kapak Jangak : 9 Oktober 2009 - " Loghat Kelantan ada keramatnya "


Hilmi Hamzah : 22 Oktober 2009 - " Double Consonants in Kelantan "


Sir Hugh Charles Clifford - " The Further Side of Silence " ( 1916 ) :





* Pengalaman pertama Sir Hugh Clifford ber " kae'chaek Kelatté " !

Sebagaimana dirakamkan dalam bukunya " The Further Side of Silence " (1916).

Clifford menceritakan kisahnya bersama seorang lelaki Kelantan bernama Umat,
yang berkhidmat di bawahnya semasa bertugas sebagai Residen British di Pahang
antara tahun 1896 dan 1903.

Dalam buku tersebut, dalam satu bab khas berjudul, " One Who Had Eaten My Rice ",
Clifford memperihalkan Umat sebagai seorang yang banyak mengajarnya pelbagai
perkara baru tentang Tanah Melayu dan yang paling penting, memperkenal
dan mengajarnya ber " kae'chaek Kelatté " !

Perhatikan, betapa kagumnya Clifford !


Petikan :

Sir Hugh Charles Clifford, " The Further Side of Silence " - Doubleday, Page & Company,
New York ( Edisi 1922 ) ; mukasurat 282.

~ melalui perpustakaan maya Sabri Zain.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net