By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Dec-2009 13:00 Email | Share | Bookmark
FILLER ENTRY : Monograf Bersiri Warisan Kelantan

.



FILLER ENTRY :


Monograf Bersiri Warisan Kelantan









Tajuknya dua patah sahaja,

" Warisan Kelantan " ...

Sebuah monograf, yakni satu koleksi kertas kajian, esei akademik dan seumpamanya tentang sesuatu topik oleh berbilang pengkaji dan pakar akademik dari pelbagai latarbelakang, kepakaran, pengalaman, gaya pemikiran dan kepercayaan ! *


* kepercayaan, bukan ' agama ', tetapi dalam erti kata, " historical outlook " dari kepercayaan peribadi ...


Keluaran pertama terbit pada tahun 1982 dan ayahanda saya pernah mengikutinya.
Tetapi tidaklah setiap keluaran. Kalau tak silap, hanya sempat dua atau tiga keluaran awal sahaja. Itu pun tidak berturutan, atau pun yang lain telah hilang ?

Semasa muda-muda dulu, saya gemar juga membeleknya.
Bukan kerana saya minat bacaan berat sebegini, cuma ketika itu saya dapati gambar foto dan lakaran yang dipaparkan, adakalanya menarik perhatian. Begitu juga dengan sesetengah isi kandungannya yang mudah diproses oleh saya masa itu. Begitu membuka minda.

Meningkat umur, saya hilang minat dan hampir-hampir terlupa tentang kewujudannya.

Sehinggalah saya terdorong kepada, " self rediscovery " ini, barulah saya teringat akan buku ini kembali. Namun begitu, apa yang sedia ada dalam simpanan tidak cukup memuaskan tetapi tidak pula saya cenderung mencari yang selebihnya, sehingga suatu hari baru-baru ini, bila mana saya melintas di hadapan meja jualan buku sejarah di satu program anjuran pihak muzium. Saya tidak pasti apa yang berlaku setelah itu, hanya tersedar tidak berapa lama kemudian, dengan tangan ini membimbit dua beg kertas bertali mengandungi 20 keluaran Warisan Kelantan dan dompet yang agak mengempis .. he he ~ ( katanya dah special price ! )

Tapi, bagus juga !

Kerana hanya sekarang, saya mula belajar untuk lebih menghayatinya.
Lebih-lebih lagi foto-foto lama yang sesekali dipaparkan, walaupun tidak banyak, adalah amat menarik dan lebih bererti.

Walaupun dirasakan kualiti foto yang dipaparkan umumnya tidaklah yang terbaik dan begitu juga dengan kualiti cetakannya ( saya rasa, cetakan-cetakan awal lebih baik dari segi kualiti paparan berbanding yang terkini ), saya berpendapat bahawa monograf Warisan Kelantan ini amatlah wajar dan perlu dibaca seterusnya dihayati oleh mereka yang mengaku Anak Kelantan ...

Kalau tak salah, harganya ditetapkan pada RM 15 senaskah, dan boleh didapati dari Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, terus melalui kaunter Muzium Negeri, di Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu ..*


* saya tidak berniaga dan tidak juga menerima komisen, tiada sebarang keuntungan yang saya peroleh hasil dari " promosi " di atas, melainkan rasa bangga jika semakin ramai di kalangan kita yang menjadi celik sejarah dan peka warisan melalui penulisan sedemikian ~ !


Setakat ini, saya telah menemui beberapa perkara menarik dalam bentuk foto-foto lama yang amat membantu dalam " self rediscovery " ini. Terima kasih kepada monograf Warisan Kelantan ~ Jujur saya akui, tak rugi sungguh saya beli ....

.... bak kata kucing saya, " beli buku, tak akan rugi, meow ! " ... *


* Kalau kita tak baca pun, anak cucu kita atau orang lain akan baca dan dapat manfaat dan ilmu yang bermanfaat merupakan antara penyambung amalan anak Adam di alam barzakh bila mana amalan-amalan lain sudah terputus ~ !


Berikut saya paparkan foto-foto yang saya maksudkan di atas bagi mereka yang berminat dan ingin tahu. Saya juga ada memasukkan foto-foto berikut sebagai item kemaskini ke dalam entri-entri lepas yang berkaitan dengannya.

Kalau berminat, tak cukup hanya tengok di sini sahaja, dipersilakan klik pada setiap foto untuk dihalakan ke setiap entri yang dimaksudkan ..

Okeh ! Cukup takat itu sahaja kali ini !

Wallahu a'laaam ....







* Adakah ini bangunan Masjid Lama Mulong ....

.... semasa dijadikan balairung seri Raja Muda aka Raja Dewa ?

( klik foto untuk keterangan lanjut )

Sumber :
Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, " Bandar Kota Bharu : Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangannya "
- Warisan Kelantan III ( Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984 ) ; p.98







* Istana Tengku Seri Akar .....

.... semasa saat-saat akhir sebelum dirobohkan.

( klik foto untuk keterangan lanjut )

Sumber :
Warisan Kelantan XIII ( Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1994) ; p.135







* Masjid Langgar ....

.. yang asal sebelum adanya masjid binaan konkrit sebagaimana sekarang, dibina 1871.

( klik foto untuk keterangan lanjut )

Sumber :
Warisan Kelantan XV ( Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1996 ) ; p.134 ~ 135







* Kubu Kotak / Kebal British ( Pillbox ) di Taman Bendahara ( kini ) ....

.... yang sudah tiada, tak jauh dari Menara Jam sumbangan veteran tentera Jepun yang
melakukan pendaratan di Pantai Kuala Pak Amat ( dalam buku teks sejarah sekolah
disebut " Pantai Sabak " satu misnomer ) ...

( klik foto untuk keterangan lanjut )

Sumber :
Salleh Mohd Akib, " Kubu Kebal British di Kelantan "
- Warisan Kelantan XIV ( Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1995 ) ; p.29








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net