By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Sep-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
SALAM 1SYAWAL (2) : Alahai Gerghetock ....

.




SALAM 1SYAWAL (2)


Alahai Gerghetock ....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gerghetock

[ Kaechaek Kelaté ]

\Ger-ghe-tock\ , kata nama / noun / 名詞 :

~ Jambatan ( Bahasa Melayu ), Bridge ( English ), 橋 ・ はし ( 日本語 )


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Alkisah sebuah Gerghetock

tersohhor di Kelate

yang amat aku kasihi dan sayangi

dan juga bikin hati kecil ini tersentuh

setiap kali Hari Raya ........







* Lumrah Setiap Kali Hari Raya di Kelantan

Kenderaan bersusun-susun dari arah Pasir Pekan, Jajahan Tumpat untuk
menyeberang masuk ke Kota Bharu, sambil bekerjasama membentuk formasi
' leher botol ' di kepala Jambatan Sultan Yahya Petra.

Nun di hadapan sana, tiga aliran ini akan berubah pula kepada empat aliran
( betul, tak tipu ! ) dan akhirnya menjadi hanya satu aliran sahaja apabila tiba di kepala
jambatan. Foto ini dirakam pada hari raya kedua, dari atas jejambat di hadapan
Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan. Bagi yang tahu atau sudah biasa, akan mudah
mengerti magnitud sebenar masalah kesesakan ini ! Bagi yang tak nampak dan perlu
bantuan, boleh tengok melalui wikimapia dan cuba bayangkan ....
Kalau nak tau lagi, sebenarnya ia bermula dari Bulatan Pasir Pekan !

Jujur saya nyatakan, masalah kesesakan ini bukan hanya berlaku pada setiap kali
musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri sekarang, malah berlaku juga pada setiap
hari bekerja, setiap pagi dan petang. Pagi, dari Tumpat untuk masuk ke Kota Bharu
dan petang, dari Kota Bharu menuju ke Tumpat.

Oh yer, bandingkan dengan laluan di sebelahnya ....

Lengang kerana keadaan yang sama juga berlaku di sebelah Kota Bharu sana !






* Satu Lagi Projek ....

.... Jabatan Kerja Raya Malaysia !

( Ha ha ha ha ~ Aku tahu apa korang fikir !! )

Alkisah, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah
merasmikan majlis pecah tanah jambatan ke-2, kalau tak silap, pada 2 Ogos 2007
dan aku masih ingat lagi ketika itu akhbar, radio dan televisyen begitu ghairah
melaporkannya. Khabarnya ( dari yang aku tengok pada papan pernyataan projek )
ia akan siap menjelang akhir 2009. Aku juga ingat, di tapak perasmian itu ada
tersergam sebuah papan besar tertampal gambar dari imaginasi si ilustrator yang
merujuk kepada bentuk jambatan yang bakal terbina.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangga, gembira dan berterima kasihnya aku
masa itu !

Ya, memang ! Ketika itu, pembinaan jambatan ke-2 menjadi bahan bualan sensasi
yang sarat dengan harapan, kesyukuran dan penghargaan sehinggalah 2009 datang
dan kini, sudah hampir berlalu dan kelibat jambatan masih lebih jelas di atas kertas
berbanding di tempat yang sewajarnya. Lebih ironik, tiada lagi papan gambar yang
dulunya megah berdiri di situ dan tiada lagi cakap-cakap bangga melainkan bunyi
rungutan dan teori konspirasi di sana sini.

Aku ? Kini aku lebih suka tunggu dan lihat saja !

Baca :

" Pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra dilancar "

" Tempoh siap Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dilanjut "


Cakap tentang rasmi merasmi, tetiba aku teringat akan satu dialog yang amat tersohor
dari salah satu filem arahan Gemuloh Tan Sri P.Ramlee :





Quote:

    " Berapa senang beta punya hati, beta lah yang digelarkan Sultan Aminur Rashid !
    Wahai Dato Perdana Menteri ... "

    " Ampun tuanku .. "

    " Adakah perkhabaran yang baik hari ini ? "

    " Ada tuanku.. Semalam seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku
    bukakkan kandang harimau nya ! "

    " Cuuuut ! Bukak KANDANG HARIMAU ? Sekali rimau ngap, kepala engkau hilang !
    Kau nak mampus ? ' Bukak LADANG LIMAU nya ' ! Bodoh, Bahlul ! "

    " Bodoh ! Bahlul ! "

    " Baik tuan ! "

    " Ada tuanku ... Semalam seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku
    meresmikan pembukaan ladang limau nya ... "

    " Bagus ! Dato Perdana Menteri, bagus ! Kalau begitu, besok pagi, sebelum subuh
    beta akan sampai ! "

    " Cut ! SEBELUM subuh kau pergi buat apa ? Orang belum bangun tidur !
    SELEPAS subuh kau pergi ! Bodoh !

    " Yer tak yer ... "





Ha ha ha ha ha ~

Gemuloh Tan Sri P.Ramlee memang genius dan lawak beliau memang ' evergreen ' ..

Gemuloh juga memang terkenal gemar menyelitkan banyak mesej dalam karyanya,
untuk ditelah dan dikaji oleh mereka yang terbuka dan ingin menerima ...

Sesungguhnya aku tak tau apa mesej sebenar yang ingin disampaikan Gemuloh dari
' scene ' di atas, sama ada lawak kosong atau lawak sinis, tetapi setelah menonton
( entah ke berapa juta kali ) dan menghayatinya, sedikit sebanyak terasa diri ini disindir,
betapa, dalam kita memainkan watak masing-masing dalam kehidupan seharian
di atas pentas bernama dunia ini, bukan sekali dua bahkan kerap sangat kita hanya
deras berbicara dan berpolemik, tanpa mengerti atau memikirkan tentang apa yang
sebenarnya sedang berlaku dan akan berlaku ... asalkan semuanya okay bagi diri sendiri !

( Khususnya dalam keadaan apabila kita sudah berada di " atas " ! )

Aku berharap agar apa yang kita usahakan sehari-hari tidak menjadi " kandang
harimau " dalam keadaan sepatutnya ianya " ladang limau " dan tidak juga ianya
menjadi " sebelum subuh " dalam keadaan di mana ia sewajarnya " selepas subuh " !

Maksud terlampau dalam ? Hanya yang ingin mengerti .. bisa mengerti !

Oh yer !

" Perdana Menteri " yang dilakonkan dalam adegan di atas TIADA kaitan sama
sekali dengan yang telah, sedang dan akan memegang tampuk pemerintahan ....

He he he he ....







* Pagar Jambatan Sultan Yahya Petra ....

... dengan berlatar belakangkan pusat bandar Kota Bharu dan Sungai Kelantan
yang ' keemasan ' ( sarkastik ! ) ...

Berdasarkan sumber Arkib Negara Malaysia, Jambatan Sultan Yahya Petra ini siap
dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh baginda Almarhum Sultan Yahya Petra ibni
Sultan Ibrahim Petra. Maka, sedar atau tidak, ini bermakna bahawa jambatan yang
telah banyak berjasa kepada para marhaen di Kelantan ini telah berusia lebih 40 tahun,
atau tepatnya 44 tahun. Lagi 6 tahun, maka bolehlah kita raikan Jubli Emas buat Sang
Gerghetock !

Biar pun begitu, aku berharap agar kita tidak perlu menunggu lagi 6 tahun untuk
melihat pagar lain selain pagar di atas !

Ha ha ha !

Sekadar makluman, sehingga ke tarikh ini, terdapat lima buah jambatan yang
merentangi Sungai Kelantan. *

* Nota : ' Sungai Kelantan ' bagi aku, sebetulnya bermula di pertemuan Sungai Galas
dan Sungai Lebir dan berakhir di Kuala Besar !

Bermula dengan yang paling tua iaitu Jambatan Keretapi Guillemard ( 1925 ),
kemudian Jambatan Sultan Yahya Petra ( 17 April 1965 ), disusuli hampir 30 tahun
setelah itu oleh Jambatan Tanah Merah-Machang ( 1988 ) dan Jambatan Pasir
Mas-Salor ( 30 Mei 1991 ) dan akhir sekali Jambatan Sultan Ismail Petra ( atau lebih
meniti di bibir dengan gelaran Gerghetock Tendong / Gerghetock Berghaeheing Ali ! )
yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra pada 15 Sep 2003, sambil
disaksikan bersama oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz ....







BERKAITAN (1) :


Begini agaknya rupa projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, jika segala-galanya
menjadi kenyataan, berdasarkan imaginasi si ilustrator yang saya yakin, telah terlibat
' somehow ' dengan projek tersebut :





* Di kepala gerghetock ( bahagian Kota Bharu, tengok tu, Tesco ! )



* Di pertemuan Jalan Hamzah - Jalan Sultanah Zainab



* Di persimpangan Jalan Hamzah - Jalan Kuala Krai - Jalan Sultan Yahya Petra ( Wakaf Siku )



Bagi yang masih belum tahu, ia sepatutnya melibatkan beberapa fasa dan tidak hanya
terhad kepada pembinaan jambatan tambahan itu sahaja, iaitu turut melibatkan
pembinaan ' flyover ' dari jambatan tersebut sehinggalah, kalau tak silap, ke depan
Bangunan Kota Seri Mutiara di Jalan Sultan Yahya Petra ....

( kalau salah, tolong tunjukkan ! )

Imej-imej di atas bukan aku punya tetapi telah ' dirampok dengan ihsan ' ( camne tu ? )
dari blog Megamaz Studio, melalui entri ini, ini dan ini ....

Terima kasih kepada tuan empunya imej, dengan ucapan,

" Jangan marah ya ! Nanti kena jual ! " .. he he he *


* setidak-tidaknya, aku ' mengambil ' dengan memberikan kredit / menyatakan laman
asal dan sama sekali tidak menjadikan / membayangkannya seperti milik sendiri !

Tuan-tuan dan puan-puan, jadikanlah ianya amalan !





BERKAITAN (2) :


Quote:

    Plan To Build Four-Lane Roads In Kelantan

    PASIR PUTEH, Sept 26 (Bernama) -- Construction of four-lane roads linking the various
    towns in Kelantan is being planned to overcome traffic congestion, especially during the
    festive season like Aidilfitri and Aidiladha.

    Kelantan Umno liaison chief Datuk Mustapa Mohamed said funds for the project,
    especially the road linking Pasir Puteh-Kota Baharu, Machang-Tanah Merah/Kota
    Baharu, would be requested from the federal government.

    The proposed construction of the roads would also link Kelantan to the neighbouring
    states of Terengganu, Perak and Pahang, he told reporters at a Hari Raya gathering
    here on Saturday.

    Roads in Kelantan are heavily congested, especially during the Aidilfitri and Aidiladha
    celebrations, as thousands of Kelantan-born working outside the state return home to
    celebrate the occasion.

    Mustapa, who is also International Trade and Industry Minister, said the roads in
    Kelantan were congested because most of them only had two lanes and could not
    accommodate the increase in population as well as motorists.


    Source :
    BERNAMA.com ; ' Plan To Build Four-Lane Roads In Kelantan ', 26 Sep 2009





Aku berdoa kepada Ilahi agar ianya menjadi kenyataan ! Amii~n !

( Sarkastik !? Well, it depends ... he he )




BERKAITAN (3) :


( Kemaskini 28 Oktober 2009 )


Quote:

    Kerajaan Serius Pastikan Projek Rakyat Siap Ikut Jadual

    GEMAS, 24 Okt (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata
    kerajaan amat serius untuk memastikan semua projek yang dijalankan kontraktor
    terpilih sentiasa menepati piawaan dan siap dibina dalam tempoh yang ditetapkan.

    Katanya, kelewatan kontraktor menyiapkan projek akan mengundang persepsi buruk
    rakyat terhadap kerajaan serta kelambatan ini sekali gus merugikan banyak pihak.

    "Kalau ada masalah dalam projek. Orang akan salahkan kementerian dan masa pilihan
    raya rakyat akan hukum, kita nak elakan dari perkara ini berlaku," katanya kepada
    pemberita selepas melawat tapak Hospital Tampin yang baru di sini Sabtu.


    Sumber :
    BERNAMA.com ; ' Kerajaan Serius Pastikan Projek Rakyat Siap Ikut Jadual ', 24 Oktober 2009











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net