By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Sep-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
SALAM 1SYAWAL : Ramadhan Melangkah Pergi ...

.




SALAM 1SYAWAL


Ramadhan Melangkah Pergi ....






Ramadhan melangkah pergi ...

.. sambil memperkenalkan Syawal, kepada yang menangisi pemergiannya.

Syawal melangkah masuk ...

dengan membawa dua khabar gembira, kepada yang telah memuliakan Ramadhan.

Khabar pertama namanya Hari Pulang Ke Fitrah ....

dan khabar kedua,

satu tawaran yang tidak ternilai bagi insan yang yakin dan percaya ~



Quote:


    عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

    أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

    مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


    Abu Ayyub Al-Anshari R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :

    " Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa)
    enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun "

    ( Hadis Riwayat Muslim )






Dan buat kalian,

yang telah, sedang dan akan ( malah, tidak hingin ) mengenali diri ini,

yang setia bertandang dan menjenguk aku di sini ~

Andai ada bahasa yang tidak berlapik, komen yang tidak berbalas, kerjasama yang tak terberi, permintaan yang tidak disempurnakan dan harapan yang tidak tertunai,

maka, sempena tika dan saat yang berbahagia ini,

dengan sepenuh jiwa raga, setulus hati, setinggi ucapan maaf saya rafakkan ~

Maaf Zahir Batin ...

dan akhir kata .....


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H ~


... darghi ambo di Koto Barghu, Kelaté ~









* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan meminjamkan telinga dan lisan kepada ceramah agama dan tadarus.







* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan berbuka puasa beramai-ramai di masjid, sarat dengan semangat ukhuwwah.







* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan solat berjemaah di rumah Allah ~







* Malam Raya di Kota Bharu ...

... boleh dikira lengang walaupun kenderaan di jalan raya memang banyak dari
kebiasaan.

Waktu begini, ramai lebih gemar diam di rumah atau berada di tempat-tempat lain
selain di jalanan, rata-rata sedang bersedia untuk menyambut hari kejayaan yang
dijanjikan besok.

Pada malam ini juga, surirumah akan leka menyiapkan juadah dan menyusun biskut
bagi hari esok, anak muda ( dan juga orang tua ), kalau tidak lepak di rumah menonton
TV, akan duduk di warung bertemu rakan-rakan lama yang baru pulang dari perantauan,
anak-anak kecil ( dan orang berumur pun ! ) pula akan ada yang bermain bunga api dan
mercun biar pun ianya dilarang, manakala ahli ibadah, akan bertamu di masjid dan
surau, berulang ulang mengalunkan tahmid membesarkan Ilahi sambil menyesali
pemergian tawaran hebat Ramadhan yang hanya datang sebulan dalam setahun ...

Agaknya yang mana satukah kita ?









* Malam Raya di Kota Bharu, golongan asnaf duduk menunggu ....

.. dalam kedudukan tersusun, membarisi pinggiran laluan di sepanjang jalan dan lorong
sekitar Padae Baeng dan Masjid Besar Koto Barghu.

Mereka sedang menunggu zakat fitrah yang disampaikan oleh orang perseorangan
melalui akad yang unik, yang boleh jadi hanya dilakukan di Kelantan. Keadaan dan
suasana sebegini berlaku hanya satu malam sahaja dalam setahun di Kota Bharu ..

Blogger Atok ada menerangkan tentangnya, di ' The Day Before '







* Malam Raya di Kota Bharu, zakat dan sedekah bertukar tangan ...

Keadaan yang sama seperti di atas, cuma kali ini ada perhatian yang diberi.

Sebuah kereta berhenti, menyampaikan zakat dan sedekah kepada yang setia
menunggu di pinggir jalan.







* Jangan terkejut jika keadaan sebegini ...

... bukan sesuatu yang luar biasa di Kelantan, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini.

Namun begitu, entah mengapa, tahun ini " suasana " di Kelantan tampak " lebih ganas "
berbanding tahun-tahun lepas !

Masa aku kecil-kecil dahulu, ketika bunga api masih halal di sisi undang-undang,
bermain bunga api sebegini memang satu impian ... yang mustahil.








* Setelah usai Solat Sunat Aidil Fitri ...

... rata rata antara kita akan dihadapkan dengan apa yang telah sebulan ditinggalkan !











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net