By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Sep-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
SALAM 1RAMADHAN ( 2 ) : " Disini orang panggil timon " !

.




SALAM 1RAMADHAN (2)



" Disini orang panggil Timon " !













" Disini orang panggil timon " !

Seorang petani bergaya dengan buah-buah tembikai merah yang baru dikutip dari
ladang yang diusahakannya di Kampung Banggol, Kota Bharu. Hasil yang sengaja
disasarkan bagi kutipan dan pasaran dalam bulan Ramadhan ...

Berbuka puasa memang satu pengalaman yang menarik sekiranya ada bersama sajian
buah tembikai. Lebih nikmat sekiranya ia disajikan dingin dari peti ais ! Selain itu, buah
tembikai sering saja menjadi sajian di kenduri-kenduri dan keramaian di Kelantan.
Seolah-olah tak sah kalau tak ada !

Di Kelantan, buah tembikai dikenali sebagai " buwwoh timung " atau lebih tepat lagi
disebut sebagai " Buwwoh Timung Chino " atau Buah Timun Cina ... Kalau ada di
Kelantan yang menyebutnya sebagai ' tembikai ', yakinilah bahawa dia adalah
' orghae luwaa ' atau ' orghae Kelatte Murtad ' ... eheh ..

Bersama-sama dengan foto di atas, saya sengaja selitkan sebagai pembuka bicara,
petikan dari buku " Kesah Pu-Layar-an Abdullah Ben AbdulKadir Munshi Deri
Singapura ka-Kalantan ", karya Abdullah Munshi, si Bapa Kesusasteraan Melayu
Moden. Diterbit di Singapura pada tahun 1838, ianya merupakan sebuah jurnal
pengembaraan Abdullah dalam suatu misi khas ke negeri Kelantan yang berlangsung
dalam tahun 1837 - ketika Kelantan sedang dalam kancah Perang Saudara ! *

( * Sumber rujukan ihsan laman Sabri Zain. Sila lawat & beri sumbangan kepada usaha murni beliau )

Apa yang disebut Abdullah sebagai " mandikei " sebenarnya merujuk kepada buah
" tembikai ". Barangkali perkataan lama dari bahasa Melayu Johor-Riau yang Abdullah
sememangnya sangat terbiasa ( dia kelahiran Melaka dan membesar / bekerja di Singapura ).
Bahasa perantara utama yang digunakan dalam setiap penulisannya.

Ketepikan itu semua !

Yang penting, apa yang saya mahu tegakkan di sini adalah, orang Kelantan memang
terbukti bijak dari segi ilmu botani kerana sudah awal-awal lagi mengerti bahawa
buah tembikai itu sebenarnya dari spesis mentimun ( Cucurbitaceae ) dan
kerana itu ianya tetap disebut " timung " atau dieja Abdullah sebagai " timon ".

Ha ha ha ha ha ~

Oh yer, tak lupa juga kepada lain-lain yang bernama " Timung " bagi Orghae Kelatte
iaitu Timung Battae ( Cucumber ), Timung Chino ( Watermelon ), Timung Wongi atau
Timung Susu ( Musk Melon ) dan entah apa lagi .....

( Mohon maaf kerana entri kali ini berunsur ' masuk lif tekan sendiri ' !! Ha ha ! )

Akhir kata, Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa !!


Nota Lutut :

Di Kelantan, " Buwwoh Timung " atau spesis buah mentimun banyak diusahakan di
sepanjang Sungai Kelantan ( dataran banjir / flood plain ) terutamanya di Kota Bharu,
Tumpat dan Pasir Mas. Juga diusahakan di kawasan berpasir ( tanah beris ) di
kawasan Bachok dan Pasir Puteh ...

Paling banyak adalah Tembikai, Tembikai Wangi / Susu dan Labu.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net