By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Sep-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
SALAM 1RAMADHAN ( 4 ) : Berbuka Dengan Tuak !

.




SALAM 1RAMADHAN (4)


Berbuka Dengan Tuak !





Berbuka puasa dengan menghirup Tuak ...

Waah !

Bagi mereka yang pertama kali mendengar pernyataan sedemikian, boleh jadi akan
menggeleng kepala. Barangkali akan ada yang bengang, lebih lebih lagi dalam bulan
Ramadhan sebegini ...

Oit, nanti dulu !

Ini bukan lawak atau pernyataan suka-suka yang ' tasteless ' ~

Sebenarnya di Kelantan dan Terengganu, perkataan ' Tuak ' merujuk kepada apa yang
di negeri-negeri lain sebut sebagai ' Air Nira ' , iaitu sejenis nectar drink dari jenis
palm nectar yang diminum sebelum ianya menjadi masam dan beralkohol.

Dalam keadaan biasa, Air Tuak sememangnya cenderung untuk menjadi masam
melalui proses penapaian semulajadi ( natural fermentation ) melalui tindakan
bakteria atau yis yang sedia terdapat dalam udara dan pelbagai permukaan, angkara
kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi di dalamnya.

Tak hairanlah mengapa di Pantai Timur, ianya dipanggil Air Tuak ! ( Get it ? Eheh ~ )






* Tuak dan Cuka Nipah.

Terpampang di pokok kelapa menuju ke rumah seorang pengusaha Air Tuak di
Kota Bharu. ' Nipah ' kerana Air Tuak yang dijualnya hanya bersumberkan dari
pokok Nipah.

Sekadar makluman, Tuak yang diperam lebih lama, akan menjadi berasid dan
dijual sebagai cuka. Di Kelantan, cuka nipah kerap digunakan sebagai bahan
perubatan ...





Perlu dijelaskan bahawa Air Tuak bukan hanya ada di Kelantan atau di Malaysia.

Bahkan ia juga dinikmati di lain-lain lokasi di Asia Tenggara, di India malah di Afrika
sekalipun. Mudah kata, di mana ada pokok spesis palma di situ ada pengusaha Tuak.
Yang menarik, perkataan ' Nira ' dalam bahasa Melayu sebenarnya berasal dari istilah
dari benua India iaitu " Neera ". Oleh yang demikian, mulai tika dan saat ini, anda
disyorkan agar tidak lagi menggunakan perkataan " Nira ", sebaliknya menggunakan
perkataan " Tuak " bagi menonjolkan semangat 1Malaysia ... yeaaarghh !

Malah, di India, apabila air nira menjadi beralkohol, ianya tidak lagi dikenali sebagai
Neera tetapi disebut sebagai Todi. Mudah kata, kalau sekarang sudah ada ' Beer Halal '
yang tidak beralkohol
, maka air Tuak Kelantan ini boleh dikatakan Todi Halal !
Ha ha ha ha ( sarkastik ) !

Baiklah ... berbalik semula kepada Air Tuak di Kelantan ...

Sejak adanya peti sejuk, bekas kedap suhu dan ais, Air Tuak tidak lagi mudah rosak
dan mula dijual jauh dari kawasan pengeluarannya. Apa yang saya perhatikan di
Kelantan, penjualan Air Tuak akan meningkat mendadak setiap kali masuk bulan
Ramadhan. Tempat-tempat yang pada kebiasaannya tidak termimpi akan adanya air
Tuak, akan dijajah lelaki atau wanita yang terkebil-kebil di samping kotak Styrofoam
atau Polystyrene bertulis atau bergantung label perkataan ' Air Tuak ' padanya.
Di dalam kotak itu terisi bungkusan-bungkusan plastik berisi Air Tuak bersama ketulan
ais yang membantu mencegah Tuak dari rosak. Biasanya mereka ini akan bertumpu di
sepanjang pinggir pinggir jalan dan laluan utama, dengan kotak yang sudah cukup
menjadi ' signature ' kepada aktiviti mereka.






* Seorang penjual Air Tuak sedang melayan pembeli di sebatang jalan di Kota Bharu.

Di dalam kotak itu ada Air Tuak, dan padanya tertulis ' Tuak Asli '.

Kata orang, semata-mata mengejar keuntungan, penjual yang cilik dan khianat akan
mencampurkan air tuak dengan air kelapa atau air biasa. Jika ini berlaku, barangkali
hanya peminum tegar sahaja yang bisa membezakan !




Pada firasat aku, umumnya, Tuak dari pokok Kelapa ( Cocos nucifera ) atau di Kelantan
disebut Tuwwok Nyor adalah lebih banyak dijual memandangkan pokok kelapa
boleh didapati hampir di mana-mana sahaja, baik di kawasan pesisir pantai mahupun
di pedalaman. Kini sudah ada, walaupun tidak banyak, Tuak Kelapa dari pokok Kelapa
Pandan / Wangi. Orang kata, aroma dan rasanya lebih menggiurkan berbanding kelapa
biasa ! Aku pernah sekali mencuba tapi terlupa pula di mana bezanya !

Kemudian, disusuli pula Tuak Nipah ( Kelantanese : Tuwwok Nipoh ) dari pokok Nipah
( Nypa fruticans ). Di Kota Bharu, Tuak Nipah banyak dijual di tepi-tepi jalan menuju
Pantai Sabak kerana di sekitarnya memang banyak pokok Nipah dan tidak sedikit
yang mengusahakannya. Yang menarik tentang Tuak Nipah adalah pokok yang
menghasilkannya hanya tumbuh di kawasan paya air masin / payau, iaitu berhampiran
laut, dan kerana itu hanya mereka yang tinggal berhampiran sahaja yang selalu
menikmatinya. Khabarnya, nira lebih mudah diperoleh dan lebih banyak dikeluarkan
pokok Nipah berbanding pokok Kelapa. Sejauh mana benarnya, tidak dapat dipastikan pula ...





* Menjual Tuak dari rumah.

Peminum tegar akan mencari Tuak sampai ke rumah pengusaha.
Di rumah pengusaha ini contohnya, ianya boleh dibeli sama ada dalam bungkusan plastik atau dalam botol !!






* Air Tuak dan peti ais.

Tanpa peti ais, mustahil Tuak boleh dijual sebanyak ini !




Jarang-jarang sekali ada juga Tuak Kelapa Laut ( Kechaek Kelate : Tuwwok Tal ) yang
diperoleh dari pokok Kelapa Laut ( Borassus flabellifer ) atau Tal dalam dialek Kelantan.
Versi ini amat jarang dijual. Kata orang, di Kampung Tal Tujoh di Jajahan Pasir Mas,
ada yang menjualnya. Tetapi sejauh mana keasliannya tidaklah pula dapat dipastikan.
Berlainan pula di Thailand, Tuwwok Tal dikatakan mudah diperoleh dan begitu diminati.

Yang pasti, setiap jenis Tuak memiliki rasa dan aroma yang berbeza serta memiliki
peminat yang tersendiri ....

Dan aku ....

Aku sebenarnya bukanlah peminat Tuak kerana airnya tersangatlah manis
( rasa macam minum madu ) dan silap haribulan, kalau dah jadi masam, boleh jatuh
haram pula hukumnya ! Jujur saya katakan, di Kelantan ini pun masih ada
penyalahgunaan Air Tuak ... if you know what I mean ~

Walau bagaimana pun, aku tetap tabik kepada minuman ini kerana ianya sukar untuk
diperoleh dan sukar pula disimpan, dan mendapatkannya memerlukan kepakaran khas
seorang Tok Nyaddak yang berpengalaman luas bagi memperoleh tuak yang
banyak dan tidak cepat masam. Jika memetik kelapa boleh diwakilkan kepada beruk,
mendapatkan Air Tuak pula hanya boleh dilakukan oleh manusia yang berakal dan
waras ( kalau disuruh orang gila, mahunya benda lain yang kena sadak ! ). Oh yer, jika
sudah ada beruk yang mampu berbuat demikian, sila maklumkan kepada aku.
Nak tahu juga sekolah mana dia pergi !






* Foto Tok Nyaddak sedang beraksi !

Ihsan dari blog Bustamann ( Pokku ).
Pokku ada bercerita lebih lanjut tentang aktiviti Tok Nyaddak di blognya.
Sila klik foto di atas untuk dibawa ke sana ~





Dan kini, sudah ada ( walaupun masih jarang-jarang ) di pasaran, air tuak yang
dibotolkan secara bersih ke dalam botol kaca dan diawetkan secara ' pasteurization '
seperti susu segar. Aku pernah mencuba Air Tuak Kelapa Wangi yang dibotolkan
dengan kaedah sedemikian. Rasanya tidak lari dan manisnya memang ketara.
Cukup menarik dan wajar untuk terus dipromosikan kerana setakat ini masih belum terlihat di mana-mana kedai atau pasaraya biasa.

Apa apa pun, kita minum dulu !

( masa bukak puasa laaa ~ )






* Air Tuak Nipah

Tuak Nipah on the rock ~ ! Ha ha ha ~

Air Tuak asli biasanya berupa keruh keputihan, kadangkala sedikit keperangan.






BERKAITAN




* Kerghabu Bungo Nipah.

Atau dalam bahasa standard, Kerabu Bunga Nipah atau Nipah Bloom Salad.

Satu kerja tangan orang Kelantan yang memang lazat dan mengujakan !

My personal favourite ! Jarang dijumpai di bandar Kota Bharu tetapi mudah didapati di
pasar-pasar sekitar dan berhampiran Kuala Besar di Jajahan Kota Bharu.

Aku tak pasti adakah Kerghabu Bungo Nipoh ini satu hasil sampingan dari aktiviti
mendapatkan Tuak Nipah ?

Aku harap ada yang boleh membantu menjelaskan persoalan aku ini ....








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net