By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Nov-2009 08:00 Email | Share | Bookmark
Salam Aidil Adha 1430 H : Kakkah Dalae

.



SALAM AIDIL ADHA 1430 H



... dan salam hari Jumaat ...


( hari raya teragung jatuh pada hari teragung ... wow ~ ! )


.... kepada para penjenguk laman ini & sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup mahupun yang akan mati ~ !





* Gambar Hiasan .....



Serta setinggi ucapan salam dan tahniah kepada para Tetamu Allah yang sedang menyempurnakan ibadat haji di Tanah Suci, semoga dikurniakan Haji yang mabrur ....

.... dan tak lupa, salam dan tahniah juga buat kalian yang melaksanakan ibadah korban, semoga korban kalian diterima Allah hendaknya !

Jika tahun lepas aku beraya nun " tak berapa jauh " di perantauan dalam kedinginan hujan bukit yang turun dengan lebatnya, tahun ini pula aku kembali beraya di Kelaté dalam keadaan cuaca cerah dengan langit biru terang benderang walaupun baru kelmarin hujan dan banjir ...

Masya Allah ~ Alhamdulillah !

Rabbul A'lameen telah mengizinkan cuaca yang baik bagi Aidil Adha kali ini ....


( hari raya teragung jatuh pada hari teragung yang cerah berlangit biru biarpun baru kelmarin banjir ... dua kali wow ! )



... tetapi itu tidaklah bermakna bahawa hujan dan banjir bersifat tidak elok kerana sesungguhnya setiap kitaran alam semulajadi yang telah ditetapkanNya memang ada rahmat yang terselindung buat mereka yang ingin berfikir, lebih-lebih lagi dalam bentuk air dari langit yang tidak dinafikan mendinginkan suasana dan menyuburkan tanaman ! Jika ingin tahu apa akan berlaku sekiranya nikmat ini ditarik Allah, lihat sajalah Gurun Atacama di Chile, gurun terkering di dunia yang ada bahagian buminya dilaporkan tidak pernah dijamah hujan selama 20 juta tahun !!

Apa apa pun yang pasti, Aidil Adha ( Ghayyo Aji, kata orghae Kelaté ) kali ini sebagaimana yang lepas-lepas, pastinya akan meledak dengan bermacam jemputan makan dan undangan baekwoh yang bertemakan daging ! Kena pula dengan cuti sekolah yang sudah sinonim dengan baekwoh, maka akan makin menjadi jadilah nampaknya ~ ! Kata orang, inilah antara ciri-ciri istimewa Ghayyo Aji di Kelaté yang tiada di tempat lain ... Sejauh mana kebenarannya, itu tidak dapat pula aku pastikan ...

Bukan setakat kenduri kendara bahkan menu makan seharian di Kelaté selama seminggu ini pastinya akan sarat dengan pelbagai resipi berdaging, dari jenis bersup seperti singgang daging dan sup " gear box " sehinggalah kepada yang pekat bersantan seperti gulai kurma dan gulai kawah " tohouk belakor " ... Dan sebagaimana kebiasaan, nanti akan adalah yang mengadu " mabuk daging " dan mula teridam-idamkan " total liberation " daripadanya !

Aku bukannya peminat daging dan selalunya lebih gemar menjauhi daripada menjamah. Namun, pada musim sekarang, seolah-olah menjadi satu " taboo " jika tidak diterima pelawaan memamah daging-daging lembu kampung yang empuk sambil memberi peluang kepada " kolestrol jahat " untuk melakukan insurgency ..

Tak apa lah ... sempena hari raya yang penuh keberkatan ini, aku ingat nak tutup bicara kali ini dengan menjemput kalian menghadap hidangan Kakkah Dalae ( lebih kejam " kolestrol jahat " nya ) yang sempat aku sediakan di bawah, yang aku agak tidak asing di Kelaté tetapi sesetengahnya tidak berapa nak ada di sebelah luar, buat santapan kalian di kala Aidil Adha ini !

Sila .. sila .. jemputlah ....

( di rumah ini tetamu tak boleh makan, ambil gambaran sajaaaaa ~ )

Eheheh ~






* Perghouk Mudo / Usus Lembu ( kiri ) dan Kerabu Perut / Perghouk Kitab ( kanan )






* Paru-Paru @ Pelepong Goreng

Sebelum ( setelah direbus terlebih dahulu ) dan selepas ( setelah digoreng ) ...







* Lidah Masak Merah ( kiri ) dan Lidah Roasted ( kanan )






* Hati dan Limpa Goreng ( kiri ) dan Gulai Otak Lembu ( kanan )






DAN DALAM PERKEMBANGAN YANG LAIN ....






* Golden Arches Over Wakaf Che Yeh

Ramai Anak Kelantan yang pulang berhari raya dari perantauan, dilaporkan terlopong
dan terkesima sejenak dengan kemunculan Pokchik Ronald di sini ....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net