By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Jun-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
FILLER ENTRY : Darghi Koto Barghu ke Djakarta ~ Bandoeng

.


FILLER ENTRY :

Darghi Koto Barghu

ke Djakarta ~ Bandoeng






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Entri ini diadakan sebagai merealisasikan hasrat aku,

untuk menambahkan lagi kata carian ' Malaysia ', ' Indonesia ' dan ' Kelantan '

yang sejak dua tiga menjak ini semakin menjadi jadi di alam saiber ...

Maka, dengan segala hormatnya

aku bawakan satu perkongsian pengalaman dan pandangan,

dari apa yang lahir dari pengamatan peribadi,

tentang satu perjalanan yang baru aku tempuh,

darghi Koto Barghu

ke Djakarta ~ Bandoeng .....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~











Malaysia di Indonesia.

Papan iklan Visit Malaysia ' Malaysia Truly Asia ' ( foto paling atas ) dan bangunan Kedutaan Besar Malaysia yang
tersergam ( foto tengah ) di tengah-tengah ibukota Indonesia, Jakarta.

Manakala di Kota Bandung, yang terletak kira-kira 180 km ke tenggara Jakarta, aku terserempak pula dengan
stesen minyak Petronas ( foto paling bawah ).

Satu manifestasi hubungan baik sesama bangsa serumpun yang pada masa yang sama, juga satu pelaburan
yang aku kira agak berisiko tinggi di negara yang kadang-kala terbakar ( atau sengaja dibakar ) dengan api
sentimen anti-Malaysia ....








Karenah manusia di hadapan Pasar Baru Bandung.

Pasar Baru Bandung, satu destinasi popular khususnya bagi warga Malaysia yang bertandang ke Kota Bandung,
Jawa Barat, Indonesia. Sebuah pusat membeli-belah berasaskan tekstil yang menjadi syurga bagi kaum wanita
tetapi neraka bagi kaum lelaki ....

Kota Bandung berada pada ketinggian yang boleh dikatakan sama aras dengan Lojing Highlands di Kelantan
iaitu sekitar 800 meter dari aras laut ( sekadar perbandingan, Cameron Highlands berada sekitar 1100
meter ) dan terletak di kaki gunung berapi tidur - Gunung Tangkuban Parahu. Merupakan bandar
yang paling nyaman di Indonesia disebabkan faktor geografi tersebut. Menurut Pakcik Wikipedia, populasi
Bandung kini adalah sekitar 2 juta orang. Lebih kurang populasi Kuala Lumpur juga agaknya ..

Apa yang menarik, sepanjang aku di sana, aku rasa seperti di Kuala Lumpur dan lebih menghairankan
berada di Kuala Lumpur pula terasa seperti berada di Bandung ! Hahahaha ~

( Hanya mereka yang bisa mengungkap yang tersirat sahaja yang bisa faham ! )








Karenah ' pedagang ' atau penjaja yang begitu agresif dan ' provokatif ' ...

... tetapi pada masa yang sama, juga kreatif dan inovatif !

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian dan wang anda.
Dari menjaja beg kain ( bagi mengisi barang yang kita baru sahaja borong ) kepada jurukamera yang
mengambil gambar anda tanpa dipinta ( kalau gambar lawa takper ler gak ! ) ~

Agaknya tidak keterlaluan jika saya nyatakan, hanya mati sahaja yang bisa memisahkan anda dengan
mereka ! Either you or them ! Golongan ini selalu menyasarkan golongan pelancong dan pelancong Malaysia
bagi mereka umpama uncang wang yang padanya berjuntai sepasang kaki dan tangan.

Di China, mungkin kerana masalah komunikasi, mereka tidak begitu agresif dan tak pandai meratap merayu.
Di Jepun pula langsung tiada amalan sebegini ( orang Jepun terlalu hormat 'privacy' ).
Di Malaysia ? Emmm ... tak nampak lagi setakat ni ....

Kalau tidak kerana kemahiran luar biasa aku dalam amalan Tai Chi ( hikmat aura tempis cermin kayangan
peringkat ke-8 ), sudah pasti mereka langsung menerobos kocek aku dengan mudah.

( Namun, dalam satu dua keadaan ... aku tertewas juga .... Emm .. mereka ni ada pakai ilmu ape-ape ker ? )








Nombor pendaftaran kenderaan di Bandung bermula dengan kod huruf " D ".

Sama seperti Kelantan ! Juga bermula dengan huruf ' D ' !

Kalau tidak kerana gaya susunan yang berbeza, pastinya rasa sama sahaja seperti di Kota Bharu ...

Kalau di Malaysia, boleh jadi Toyota Avanza ( model yang bersepah-sepah di Jakarta ~ Bandung ) di atas akan
bernombor plet DBX 1818 dan setakat entri ini dibuat, nombor pendaftaran kenderaan di Kelantan sudah pun
mencecah DBL XXXX dengan trend peningkatan yang deras ...

( Aku impikan plet kereta DDD 888 ! )








Karenah ayam di Bandung yang menduga keyakinan ...

Kelihatan tergantung di sebuah gerai di pasar tapi tiada pula kesan sembelih !

Aku tak pasti adakah ianya gerai orang bukan Muslim atau sebaliknya !
Yang ajaibnya, setakat yang aku terlihat, rata-rata sedemikian ~

Aku sendiri pun hairan, mengapa sering saja tercetus rasa yang agak kurang senang untuk 'eating out' semasa
di sana. Benar, faktor kebersihan adalah salah satu isu yang kerap terlintas tetapi itu bukanlah sesuatu yang
merunsingkan sangat kerana di Malaysia pun apa kurangnya ...

Agaknya yang jelas paling menduga hati, perasaan dan iman adalah setakat mana status Halalan Toyyiba
ditegakkan di Indonesia. Memikirkan apa yang aku telah lihat, aku secara peribadi berasa cukup ironik
kerana sepatutnya isu sedemikian tidak timbul kerana Indonesia sering digembar-gemburkan sebagai
negara paling ramai umat Islam di dunia. Entahlah .. cukup sukar nak padamkan bisikan hati ini ...

Apa-apa pun, yang pasti, selama aku di sana, hanya Restoran Padang ( Minang ) sahaja yang paling meyakinkan ...

( sekadar pandangan peribadi aku semata ~ )








Di Indonesia, ikan ini memang cukup popular !

Jika anda dihidang dengan ikan yang sekali imbas seperti ikan bawal, dua kali imbas seperti ikan Tilapia, tiga
kali imbas macam tak tergamak nak makan, jangan segan untuk bertanya. Jawapan yang mungkin diterima
adalah ' Ikan Gurame ' !

Bukan ikan yang aneh bagi orang Malaysia. Bukan ikan yang tiada di Malaysia.
Di Malaysia, ikan ini dikenali ramai dengan nama Ikan Kaloi atau dalam lidah saintifiknya, Osphronemus goramy
atau Giant Gourami dan biasa ditemukan di kedai-kedai akuarium sebagai ikan hiasan akuarium ( harganya
tidak murah dan oleh sebab itu, amat jarang berakhir di atas meja makan ).

Mengulas tentang hidangan Ikan Kaloi ini, dengan ikhlas aku katakan bahawa aku ini bukanlah peminat ' ikae
darghak ' ( keli, puyu, haruan etc .. juga termasuk Kaloi ! ) walaupun aku penggemar ' ikae sungaa ' ( kelah,
patin, tenggalan, jelawat dan seumpamanya ). Hampir-hampir sahaja aku tolak ikan ini ke tepi atas dasar
selera peribadi tetapi darurat punya pasal, tambah pula perut tengah Keroncong untuk Ana, aku rembat saja ~ !

( Tapi ... Boleh tahan jugak rasa Ikan Kaloi nih ! )








Antara peminta sedekah yang cukup ramai beraksi di Kota Bandung.

Modus operandi yang cukup konvensional dan popular, merayu kasih ( dinilai dengan wang ) sambil mendukung anak kecil.

Mahu saja aku sarankan mereka agar menghantar anak-anak itu ke sekolah atau tidurkan sahaja di rumah
( mereka perlukan cukup tidur ! ) dan sebaliknya, jika mereka masih ingin mengemis sedemikian, buatlah
sambil mendukung ayam, anak kambing atau biawak hidup sebagai ganti ... sesungguhnya itu lebih afdhal !

Hairan sekali kerana apa yang aku lihat, majoriti peminta sedekah atau pengemis ini adalah masih muda
remaja, terlalu muda dan tidak sedikit kanak-kanak. Aku kagum juga dengan anak-anak kecil, khususnya
kanak-kanak perempuan yang menjadi penghibur jalanan, merayau-rayau hingga lewat malam sambil
memetik gitar dan memalu gendang serta berlagu dengan suara mengalahkan Rossa dan Bunga Cinta Lestari.

Aku yakin pendapatan mereka sebulan dengan aktiviti begini pastinya jauh lagi banyak dari gaji aku sebulan !
Barangkali dengan perolehan sehari pun sudah menjangkau lebih gaji aku sebulan !?

( Kempen Facebook Warga Indonesia ' Hentikan bayi (anak kecil) dibawa buat ngamen/ngemis! ' )








Rumah-rumah di pinggiran jalan menuju ke Tangkuban Parahu, Bandung.

Sepanjang berkenderaan antara Jakarta dan Bandung, mata ini tak lekang dari memandang dan meneliti setiap
atap rumah penduduk-penduduk sekitar.

Apa yang aku perasan, dari semegah-megah rumah di bandar sehinggalah kepada seringkas-ringkas rumah di
desa, majoriti mengenakan pada atap kediaman masing-masing, sejenis genting buatan tempatan yang aku
anggap menarik dan tersendiri. Berlainan dengan Malaysia yang sama banyak penggunaan genting dan
' atap zink '. Malang sekali, masa dan peluang yang ada tidak mengizinkan aku untuk merakamkan genting
berkenaan dengan lebih dekat ...

Mujurlah Pakcik Internet ada membantu :


' Kebumen's Soka roof-tile home industry continues to flourish ' - Agus Maryono, The Jakarta Post : 5 Sep 2008

' Jati Wangi, Pusat Penghasil Genteng Majalengka ' - Ahmad Prabudi, Berita Cerbon : 31 Jan 2009


Sebenarnya aku ada menyimpan ' affection ' atau minat ( jangan pula dikelirukan dengan ' fetish ' ! ) terhadap
genting rumah. Khususnya yang menarik, yang berunsurkan tradisi, yang mencerminkan identiti dan keunikan
sesuatu lokaliti. Dalam entri-entri terdahulu, saya banyak menulis tentang Bata Singhorra sebagai material atap
di Kelantan dan banyak juga mengulas berkaitannya, betapa ianya telah memberikan satu identiti yang unik
khususnya kepada alam senibina Negeri Kelantan.

Malang sekali, industri pembuatan dan penggunaan Bata Singhorra yang dahulunya begitu meluas di Kelantan
kini sudah hampir lenyap. Rumah-rumah baru tidak lagi menggunakan genting jenis tersebut dan industri yang
dahulunya tidak terkira kini hanya tinggal satu di Bachok. Banyak rumah lama khususnya rumah-rumah
kayu yang selama ini megah menggayakan Bata Singhorra telah roboh menyembah bumi atau bertukar angin
kepada atap zink. Walaupun jelas ianya mempamerkan identiti setempat, masa depan Bata Singhorra di
Kelantan nampaknya tiada kepastian ....







Kota Bandung dari udara.

Penggunaan genting buatan tempatan yang meluas mewarnai bumi Bandung dengan kemilauan warna merah
'terracotta'. Foto dirakamkan dari pesawat yang menuju pulang ke Malaysia, beberapa minit sejurus berlepas
dari Bandara Husein Sastranegara, Bandung.

Rakyat Indonesia nampaknya gemar memendekkan perkataan-perkataan yang mereka tuturkan seharian.
Di sini perkataan Bandara merujuk kepada ' Bandar Udara ' atau ' Lapangan Terbang ' dalam Bahasa Malaysia.
Ada bertimbun-timbun lagi contoh kependekan yang aku mampu berikan, sesetengahnya lucu juga
bila disebut dan didengar, tetapi tak apalah, kerana rasanya semua orang dah tau ...

Bandara Husein Sastranegara yang tampak usang, kecil dan ' kompak ' mengingatkan aku akan rupa Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra ( LTSIP ), Kota Bharu sehingga 10 tahun dahulu dan bercakap tentang LTSIP,
baru-baru ini akhbar The Star Online melaporkan bahawa RM 50 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja
menaik taraf lapangan terbang tersebut dari lapangan terbang domestik kepada yang mampu menguruskan
penerbangan antarabangsa. Sebagaimana dipetik :


Quote:

    KOTA BARU: A RM50mil fund has been allocated to extend the Sultan Ismail Petra
    airport runway at Pengkalan Chepa to accommodate bigger and more aircraft, said
    Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat.

    He said ministry studies showed that the airport was the busiest in the east coast and
    recorded the highest number of passengers.


    ' RM50mil to extend airport runway ' - The Star Online, Sat. June 13, 2009.




Jika ianya benar-benar menjadi kenyataan, aku hanya mampu tersengih sinis ...

( Satu kisah lama yang sepatutnya dah lama menjadi kenyataan ... )







SIRI - SIRI PENGEMBARAAN SILAM


Siri Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 15 ~ 19 Mei 2008 )

15 Mei 2008 : Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 1 )
18 Mei 2008 : Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 2 )
19 Mei 2008 : Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 3 )


Siri AbSoLuTeLy NOT KeLaTTe ( 28 April ~ 2 Mei 2006 )

28 April 2006 : Currently in TOKYO
30 April 2006 : Yasukuni & Yushukan
2 Mei 2006 : Wrapping Up & Going Home


Siri Japan Reloaded ( 24 April ~ 1 Mei 2005 )

24 April 2005 : The Journey ~
25 April 2005 : Higashi Osaka ~ Tempat jatuh lagi dikenang..
26 April 2005 : Okayama - Kasaoka
27 April 2005 : Tokyo - Kanda ~ "Businessmen" Hotel
28 April 2005 : Tokyo - Yoyogi ~ M'sian Student Job Fair
29 April 2005 : Tokyo - Shinjuku ~ Night Life
1 Mei 2005 : Chiba - Narita Int'l Airport


Siri Nippon ReVisited ( 26 ~ 31 Ogos 2004 )

25 Ogos 2004 : ~ Ii Hi Tabidachi, Kasaoka he ~
26 Ogos 2004 : ~ Kanban ~
27 Ogos 2004 : ~ Shokuji ~
28 Ogos 2004 : ~ Sanuki Udon no Tabi ~
29 Ogos 2004 :~ Kako ni modotta ~
30 Ogos 2004 :~ Natsukashii Ano Koro ~
31 Ogos 2004 :~ Otsukaresama deshita ~


Entri - Entri Semasa Belajar di Jepun ( 17 Dis 2003 ~ 28 Mac 2004 )

Klik ke arkib dan skrol ke dasar laman







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net