By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-May-2009 04:18 Email | Share | Bookmark
FILLER ENTRY : Surprise, surprise, surprise !

.



FILLER ENTRY :

Surprise, surprise, surprise !




( Tajuk dipinjam dari entri terdahulu ! )





SURPRISE NO. 1


Bagus juga sesekali bertandang ke luar ....

Kata orang ( saya lah 'orang' itu ! ), seandainya kita mahu merasai dengan jelas magnitud sebenar 'perubahan' yang berlaku di tempat sendiri, adalah perlu untuk kita pergi ke luar, ke daerah lain, yang seboleh-bolehnya jauh dan tiada khabar yang mampu sampai, seterusnya diam di situ beberapa ketika sebelum kembali semula ...

Setidak-tidaknya, itulah yang saya lakukan !

Saya pulang ke Kelantan dalam keadaan agak terkesima, terlopong, terpaku sejenak setelah menyaksikan tidak sedikit benda lama yang telah bertukar baru ( dan tak kurang juga, yang baru bertukar lama ! ) terutamanya yang ada di sekitar bandar Kota Bharu ...

Antara yang paling ' menarik perhatian ' adalah yang berikut :


1 ~ ' Face lift ' Pasar Besar Siti Khadijah ....


2 ~ Lebih separuh Balai Polis Daerah Kota Bharu telah diratakan bagi satu projek komersil ...


3 ~ Bazaar Tengku Anis mula menampakkan rupa di atas tapak Istana Tengku Seri Akar ...


4 ~ Bangunan Kota Bharu Trade Center ( KBTC ) juga semakin menampakkan rupa ...


5 ~ Skrin LED Gergasi, pertama seumpamanya di Kelantan, telah muncul di Kota Bharu .....


6 ~ Kerja pembinaan Jambatan ke-2 Sultan Yahya Petra sudah mula nampak ...


7 ~ Lanskap Bulatan Jam Besar Kota Bharu berubah terus dari yang sebelumnya .....


8 ~ Banyak bangunan-bangunan kedai baru di sana sini ....


9 ~ Kelantan Trade Center ( KTC ) seolah hanya menanti dua ' kubah ' ikoniknya tiba ...


10 ~ Jalan Tok Hakim akan dibuka semula dan aliran-aliran trafik di Kota Bharu akan diubah ....


... dan serghbou maknekou lagih .. ( mallah eh ambo nok ghoyak belako ! )


Yang berikut mungkin boleh membantu memberikan sedikit gambaran

( sila klik setiap foto untuk mendapatkan ' feel ' yang berbeza ! ) :











SURPRISE NO. 2


' Surprise ' yang ke-2 adalah berkaitan keadaan laluan pejalan kaki ( kaki lima ? ) di luar Masjid Muhammadi di Kota Bharu :










Saya begitu kagum dengan idea yang diterjemah dan digarapkan sedemikian rupa.

Bentuk ' covered walkway ' yang begitu ' ngam ' dengan ' essence ' senibina bangunan masjid itu sendiri. The arches and the colour scheme really fit the building itself ! Sekali lihat seolah-olah ianya adalah sebahagian daripada bangunan masjid itu sendiri ! Ya, sebelum ini pun sudah ada ' covered walkway ' tetapi ianya biasa sahaja, dan tidak se ' artistik ' sekarang ini !

Saya berkereta, sambil mulut tak henti-henti memuji sehinggalah saya melepasi di hadapan bangunan lama dan bersejarah milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) ini :





* klik foto untuk gambaran dari sudut berbeza.



Errr ... Maaf ...

Saya budak baru belajar, juga tidak begitu mahir dalam menilai keindahan dan kecantikan .. tetapi jauh dalam hati saya tertanya-tanya, adakah perlu untuk melanjutkan ' covered walkway ' itu sehingga ke hadapan bangunan tersebut, yang jelas memiliki ' essence ' yang berbeza.

Emmm ... macam ' tak masyuk ' laa pulak ... he he he

( Mudah kata, umpama memadankan baju hijau dengan seluar merah ! )

Entah la .......





SURPRISE NO. 3


Apa-apa pun, ' surprise ' ke-3 dan yang paling mengujakan,
adalah tak lain tak bukan adalah yang melibatkan, MASJID LAMA MULONG !

Perihal masjid itu pernah disentuh dalam satu entri yang lepas.
Bahkan, saya pernah dipelawa oleh seorang kenalan untuk meninjau masjid tersebut pada awal kerja konservasi. Walaupun saya tak pasti jenis keterlibatan beliau dalam projek konservasi Masjid Lama Mulong, dia memang pakar dalam bidang sedemikian. Malang sekali saya terpaksa menolak pelawaan itu kerana tika itu juga saya terpaksa meninggalkan Kelantan kerana ' panggilan tugas '. Betapa saya rindu untuk melihatnya, Masjid Lama Mulong ini merupakan bangunan pertama yang saya nanti-nantikan kelibatnya tatkala berkereta masuk ke Jajahan Kota Bharu semasa pulang dari ' perantauan ' baru-baru ini ...

Yang pasti, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada mereka yang telah mengambil inisiatif sebegini. Saya kagum bercampur terharu .... sedih dan sayu pun ada bila mana terkenangkan satu kisah yang sama tapi berbeza.

Inilah yang sebenarnya saya impikan !
Bak kata orang kampung saya, ' on site conservation ' !
Yakni, konservasi atau pemulihan khazanah negara diusahakan di tapak asal, tidak terus diangkut keluar entah ke mana atau seumpamanya ....

Paling menarik, lokasi masjid ini hanya sepelaung dari Masjid Lama Kampung Laut !



SEBELUM :



* foto dirakam Julai 2008.


SELEPAS :



* foto dirakam Mei 2009.



( nanti kalau ada masa, nak pergi jenguk lebih dekat ! )




NUTRISI TAMBAHAN


THE STAR ONLINE : ' 400 want to stay put '






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net