By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 15:00 Email | Share | Bookmark
NOSTALGIA SUPERMARKET : Haah !? PARKSON Marghi Semulaa Kor ?

Apa Yang Dahulunya - Parkson Ria Jalan Tok Hakim
.



NOSTALGIA SUPERMARKET :

Haah !? PARKSON Marghi Semulaa Kor ?







* Kain rentang recruitment pasaraya Parkson - untuk cawangan yang bakal dibuka di bandar Kota Bharu.

( Lokasi kain rentang - depan Muda Osman, Jalan Padang Garong )





Parkson Marghi Semulaa Kkoto Barghu !


PARKSON sebenarnya bukanlah nama baru bagi rakyat Kelantan, khususnya bagi Orghae Koto Barghu dan bagi mereka yang membesar dalam era awal 90an, nama Parkson mungkin sesuatu yang bererti.

Seingat aku, dulu Parkson wujud di Kelantan dengan nama PARKSON RIA yang beroperasi di Jalan Tok Hakim, mengambil ruang Wisma Dato Nachi - bangunan sama yang sebelum itu menempatkan supermarket "Emporium" ( masihkah kau ingat ? ). Seangkatan dengan Parkson ketika itu adalah Hankyu Jaya dan Bersatu, kedua-duanya juga berstatus supermarket.

Kalau tak silap, Parkson hanya sempat beroperasi selama beberapa tahun sahaja sebelum ditutup sekitar 15 tahun dahulu. Bersatu dan Hankyu Jaya menyusul tidak lama kemudian. Bersatu mungkin lebih bernasib baik kerana diserap oleh The Store, yang kemudiannya berkembang kepada tiga cawangan di Kota Bharu, tetapi sekarang sudah menyusut kepada satu sahaja di Jalan Padang Garong.

Dan kini, siapa sangka yang Parkson akan muncul semula di Kota Bharu !

Perihal ini disahkan oleh petikan akhbar berikut :



Quote:

    DEPARTMENT store operator Parkson Corp Sdn Bhd will have an additional
    934,000 sq ft of retail space by 2009 as it opens six stores and expands two
    of its existing outlets.

    Parkson now has 33 outlets nationwide with a total retail area measuring
    2.6 million sq ft.

    Chief operating officer Toh Peng Koon said these openings are those that have
    been confirmed and there will in fact be more to come as it negotiates with
    shopping complex owners.

    "There will be more. We negotiate with 90 per cent of the malls that have been
    planned for opening," he said. However, as all negotiations go, only a few will
    materialise in the end.

    This Lion Group's retail arm last opening here was in October of 2005 in Alamanda,
    Putrajaya.

    This year will see the retailer opening at Sunway Carnival, Prai; the Pavilion, Kuala
    Lumpur; Kota Baru Trade Centre (KBTC), Kelantan; and Spring in Kuching,
    Sarawak.


    Source :
    Malaysia Property News Blog : " Parkson : Bigger retail space, new outlets in store "

    ( Original Source : NSTP Business Times )





Dilihatkan pada senario semasa, Parkson nampaknya akan mengambil tempat yang dahulunya pernah digembar gembur akan diambil oleh Giant Hypermarket.

Emmm .... apa apa pun, aku nak tengok, berapa lama Parkson akan kekal kali ini,

dan kepingin juga nak tengok,

apa yang bakal terjadi kepada The Store Jalan Padang Garong nanti !





* Sebelum itu, pasaraya besar ( hypermarket ) Giant diwar-warkan sebagai Anchor Tenant,
tetapi Giant kemudiannya " menghilang " sebelum muncul semula nun jauh di Bandar Baru Tunjong.






BERKAITAN ( 1 )



Sekadar rujukan.

Foto-foto ( snapshots ) Kota Bharu Trade Center ( KBTC ) dalam beberapa peringkat pembinaan.


Pada 28 Mei 2006 ....







pada 6 Oktober 2007 ....







dan terkini, pada 7 September 2008 !











BERKAITAN ( 2 )




* Pasaraya Chin Seng di Jalan Hilir Pasar, Kota Bharu.

Di Kota Bharu sekarang terdapat tiga pasaraya bertaraf hypermarket ( Tesco, Pacific KB Mall dan Pantai Timur Pengkalan Chepa ) dan lebih 10 buah yang bertaraf pasaraya biasa atau supermarket ( entah, terlampau banyak, tak dapat nak kira ... mungkin lebih lagi ).

Supermarket ( pasaraya ) Pantai Timur di Jalan Pintu Pong adalah antara yang paling lama masih beroperasi di Kota Bharu, sudah sekitar suku abad.

Antara paling lama kerana, jika kalian tanya aku, yang paling lama adalah yang ini - Pasaraya Chin Seng - DATUK kepada segala pasaraya di Kota Bharu ! Masih kekal di tapak asal, dalam keadaan asal, sejak hampir 40 tahun dahulu !

Dalam gegak gempita suasana komersialisme sekarang, mungkin ada yang berasa janggal bila aku menyebutnya sebagai " pasaraya ". Tetapi cuba bayangkan keadaan yang sama, dalam dua dekad yang lampau.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net