By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Aug-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
FILLER ENTRY : Bilo Gi' Keddaa

.


FILLER ENTRY : Bilo Gi' Kedda ....



Bilo gi' keddaa, bilo gi merghkeik ..... ( atau, apabila ke pasar )

ada dua makanan tradisi yang boleh dikatakan jarang ada, yang aku jarang tak beli.

Yang satu, aku masih belum terserempak di luar Kelantan manakala yang lagi satu, aku yakin hanya ada di Kelantan ( jo lor bekalih ! )

Benda feveret yang gunanya buat memecut selera ..... ewwaah !

Sekadar berkongsi ....







* Jerghouk Mammae

Atau dalam bahasa standardnya, Jeruk Maman.

Rasa masam-masam dan sedikit kenyal ( chewy ).
Enak dimakan begitu sahaja bersama nasi dan lauk-pauk lain.
Pembuka selera .... emmm ...

Diperbuat daripada sejenis tumbuhan herba renek iaitu Maman ( Cleome gynandra ) yang diperam dengan sedikit nasi. Warna merah pula kerana .... errrr ? Ada sesiapa boleh tolong ? Biarpun dikatakan juga terdapat di beberapa negeri lain, versi warna merah dirasakan unik bagi Kelantan sahaja.

Selalu dijual di dalam bungkusan plastik sebagaimana ditunjukkan.
Beberapa tahun dahulu, harganya cuma 50 sen sebungkus ( kadang kala dapat RM 1 untuk 3 bungkus ) tetapi kini, harganya di Pasar Besar Siti Khadijah adalah antara 70 sen sehingga RM 1 sebungkus. Namun ada yang masih menawarkan pada harga 50 sen sebungkus, tetapi itu pun jika bernasib baik !

Jerghouk Mammae amat mengingatkan aku akan Tsukemono yang aku amat gemar semasa di Jepun.
Sekiranya ada antara kalian yang memiliki sahabat dari sana, aku syorkan agar diperkenalkan Jerghouk Mammae kepadanya ... ( nanti boleh dapat spare part kereta free ! Ha ha ).




UPDATED 16 SEPT 2008





* Dua spesis Maman yang biasa digunakan - merah ( kiri ) dan hijau ( kanan ).

Spesis merah lebih digunakan, sekaligus menjelaskan mengapa jerghouk mammae berwarna merah ! Ada juga sumber menyatakan bahawa bayam merah ( red spinach ) turut dicampur bagi memekatkan lagi warnanya.











* Achaa Pisae Ggallor ( Acar Pisang Gala )

Acar Masak yang dibuat daripada buah Pisang Gala ( Musa balbisiana ) yang masih muda ( putik pisang ).

Kerana masih muda, biji pisang yang sememangnya banyak, adalah lembut dan tidak menjadi masalah untuk dimakan. Rasanya masam manis dan sedikit kelat tetapi sudah cukup untuk membakar selera.

Biasa dijual dalam keadaan siap berbungkus oleh peniaga makanan bermasak.
Harga sebungkus antara RM 1 hingga RM 2. Bergantung kepada tempat, musim dan keadaan. Banyak dijual semasa bulan Ramadhan, tetapi harganya selalu " istimewa " dari biasa .....

Hah ! Kalau tak silap, yang ni la Uniquely Kelantanese !!





ANTARA FEVERET YANG LAIN : Kerghabu Sarghae





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net