By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Dec-2007 14:15 Email | Share | Bookmark
SEHARI DI BUMBUNG KELANTAN : Tanah Tinggi Lojing ( dan Cameron )

SEHARI DI BUMBUNG KELANTAN :
Tanah Tinggi Lojing ( dan Cameron )



Berpeluang menjenguk Cameron dan Lojing, dua tempat berbeza dalam masa sehari !

Sebelum kalian meng "gocoh" si penulis, biarlah terlebih dahulu si penulis tegaskan di sini bahawa si penulis sememangnya tahu bahawa Cameron bukannya terletak di Kelantan !

Namun, sekadar perbandingan umum, lebih lebih lagi kedudukan Cameron yang amat hampir dengan Lojing ( bersebelahan ! ) yang juga difikirkan bakal memberi banyak pengaruh kepada perkembangan Lojing seterusnya, maka dirasakan memang wajar untuk turut dinyatakan di sini.

Oh yer, lagipun, did I mention I had been to both ? Hu hu hu hu :


TANAH TINGGI CAMERON :

Terletak di atas Banjaran Titiwangsa, tulang belakang Semenanjung Malaysia.

Secara geopolitik, terletak di dalam negeri Pahang dengan bersempadankan Kelantan ( Lojing ) di utara dan Perak ( Daerah Kinta ) di sebelah barat.

Ketinggian dari aras laut adalah sekitar 1300 ~ 1500 meter
( Hotel Equatorial di Brinchang dilaporkan sebagai puncak tertinggi di Cameron yang didiami manusia, pada 1400 meter dari aras laut ) .

Suhu adalah sekitar 15 C ~ 25 C. Merupakan kawasan pertanian dan agro pelancongan suhu sederhana yang terkemuka di Malaysia, lengkap dengan pelbagai prasarana dan kemudahan asas.


TANAH TINGGI LOJING :

Seperti Tanah Tinggi Cameron, ia terletak di atas Banjaran Titiwangsa.

Secara geopolitik pula, di dalam negeri Kelantan dengan bersempadankan Daerah Cameron Highlands di Pahang dan dan Daerah Kinta di Perak.

Ketinggian dari aras laut adalah sekitar 800 ~ 1000 meter, ternyata lebih rendah dari Tanah Tinggi Cameron. Suhu juga ternyata lebih tinggi dengan julat 18 C ~ 27 C.

Mudah kata, Lojing tidaklah sesejuk Cameron dan juga ternyata agak panas.
Tetapi masih dikira ber "suhu sederhana " jika dibandingkan dengan lain lain tempat di Kelantan dan juga di Malaysia.

Sehingga catitan ini dibuat, Lojing membawa imej kawasan pertanian yang baru dibuka dengan tiada bekalan elektrik, tiada liputan komunikasi wayarles ( juga tiada talian telefon ! ) dan tiada sistem bekalan air dan peluputan kumbahan yang sistematik.


Kesimpulan ?

Tanah Tinggi Lojing dikatakan amat sinonim dengan isu alam sekitar.

Itu kata akhbar, bukan kata si penulis.

Si penulis tidak ingin menegaskan apa apa berkenaan isu ini melainkan bagi si penulis, Lojing adalah Cameron Highlands semasa ia baru dibuka bertahun tahun dahulu. Kalau hendak berbahas isu alam sekitar, rasanya Cameron pun tidak kurang juga isunya. Entah lah, tiada komen !

Yang pasti, setiap tindakan kita ke atas alam ini, sememangnya ada timbal balasnya.
Sejauh mana bentuk timbal balas itu, terletak pada mereka yang menanggung dan apa yang ditanggung ( peti undi juga merupakan sejenis tanggungan ! ). Berkenaan dengan itu, dirasakan tidak perlu dan juga tidak wajar untuk seterusnya diulas di sini.

Okeh, itu saja ! Jemput layan foto pulak !






* Cameron Highlands : Dari " tea shop " bergelar " Bharat ".

Dari bacaan si penulis, perkataan " Bharat " sebenarnya merujuk kepada nama lama bagi " Benua India " dan si penulis mengagak, apabila nenek moyang kita mewujudkan perkataan " barat " bagi merujuk kepada arah matahari jatuh, sebenarnya mereka merujuk arah kedudukan benua India dari Tanah Melayu .... Ada sesiapa yang boleh mengesahkan hal ini ?






* Cameron Highlands : Pemandangan tipikal lereng bukit di Cameron Highlands.

Foto dirakam di satu poin antara Kampung Terla dan Brinchang.






* Lojing Highlands : Laluan baru Lojing-Simpang Pulai-Cameron Highlands berlingkar menembusi Tanah Tinggi Lojing.





* Lojing Highlands : Pemandangan sebuah lembah di Lojing.

Kelihatan penempatan Orang Asli, ladang sayur dan barisan pokok Longan.






* Lojing Highlands : Ladang strawberi eksperimental.





* Lojing Highlands : Mekarnya kuntuman bunga Epal.




Berkhasiat Untuk Minda Jika Dijenguk :

BumiSepi : Satu Rakaman Perjalanan

Universiti Sultan Idris : Wacana Isu Alam Sekitar Cameron Highlands





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net