By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 15:30 Email | Share | Bookmark
BANJIR Bagi Orang Kelantan

BANJIR
bagi Orang Kelantan




BANJIR
bagi Orang Kelantan
tak macam perkataan " banjir "

dalam " banjir kilat Lembah Klang "

atau " banjir Utara 2005 "

tak pun " banjir Johor 2006 "

tapi macam perkataan

" banjir " bagi " roti banjir " !


BANJIR
bagi orang Kelantan
macam banjir beribu ribu lemon
dalam iklan cecair penggonyoh pinggan mangkuk
yang pernah buat aku terlopong zaman muda belia dahulu ..

Lemon memang masam
tapi kalau dah beribu ribu lemon dapat percuma
kalau diusung pula ke pasar, buat berniaga
akan tak ke mana
melainkan ke dalam Lemon Chicken akhirnya .... emmm ..

Banjir bagi orang Kelantan
mudah kata
macam Lemon Chicken

Sedap .....


* Pssssst :

Pohon ampun seandainya ada warga Kelantan
yang melihat keadaan banjir di Kelantan sebaliknya ....







* Apabila Sungai Kelantan menguap .....

maka bertempiaranlah rakyat jelata menyambut Sunway Lagoon percuma di depan rumah !

Setakat ini, sudah enam kematian direkodkan di Kelantan, dan kesemuanya adalah berpunca dari apa yang aku panggil, hidrofilia complex !

Bagi mereka yang berniaga pula, mereka ada cara tersendiri " bermain air ". Di mana orang bertumpu mengagumi banjir, di situ akan dipasang gerai menjual barangan dapur dan segala macam makanan ringan dan segera.

Jalan yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan ini, memang tersangat sinonim dengan banjir. Pendek kata, indicator pertama banjir di Kota Bharu adalah di sepanjang laluan itu.

Ketika foto ini dirakamkan ( 10 Dis ), di sepanjang jalan sejauh 8 km itu sahaja, tak kurang tiga tempat sedang digenangi air - satu di sini iaitu di Simpang Tiga Kedai Buloh, satu berhampiran Kem Kijang dan satu di Penambang.

Manakala di Tambatan DiRaja ( Jeti Kastam ) pada tika yang sama,
penyukat banjir menunjukkan sukatan 5.38 meter, iaitu 0.38 meter di atas paras bahaya. Tak ada peliknya kerana pada hari sebelumnya, bacaan adalah 5.61 meter.

Itu pun jauh lebih lekeh jika dibandingkan semasa " Pesta Air Perdana " yang berlangsung selama tiga hari, tiga tahun lepas ( 11 ~ 14 Dis 2004 ), iaitu 7 meter ! ==> kata seorang jurutera JPS, " rekod yang tertinggi dalam sejarah banjir di Kota Bharu ! ".





KEMAS KINI 12 DIS 2007


Air Sungai Kelantan di Jeti Kastam ( Tambatan DiRaja )
meningkat kepada 5.95 meter pada 12 Disember 2007, jam 2100.

Foto berikut dirakam ketika paras air sekitar 5.86 meter.






* Istana Balai Besar dan banjir.

Antara kawasan yang pertama dilanda banjir di Kota Bharu adalah Istana Balai Besar.

Kelihatan di sini, penghadang khas dipasang pada pintu masuk bagi menghalang air dari masuk ke kompleks istana. Air yang meresap masuk pula akan segera dikeluarkan semula dengan pam dan sistem perpaipan khas. Teknik yang sama digunakan semasa banjir besar 2004 dan dilaporkan begitu berkesan sekali.







* Mercu tanda Kota Bharu dan banjir.

Ini baru banjir kecil kecilan.
Tak sah kalau banjir di sini tidak sekurang kurangnya separas ini setiap tahun !







* Hanya ketika ini, motosikal dizalimi dengan kejamnya ....

Yang aku lihat bermaharajalela di atas jalan raya dan laluan yang digenangi air bukannya pejalan kaki mahu pun kereta tetapi motosikal ! Bayangkan, pesta rempit anak anak muda ..... dalam air !







* Bila banjir di Kota Bharu, ramai pula yang ambil peluang berniaga.

Si penjual aiskrim dikerumuni pembeli yang terdiri dari mereka yang mengidap hidrofilia complex peringkat awal. Pengidap peringkat akhir sindrom berkenaan boleh dikenali apabila mereka mula meredah air paras pinggang, pada waktu maghrib, dengan motosikal !







* Putu Halba.

Kuih tersohor pada musim tengkujuh. Ubi kayu parut dibubuh inti gula melaka lalu dikukus. Malangnya, aku tak tergolong dalam kalangan peminat kuih ini.







* Gambar " Real Time " penyukat banjir bagi Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja / Jeti Kastam.

Foto di atas di " link " terus secara " real time " dari kamera banjir JPS di Tambatan DiRaja / Jeti Kastam, bermakna setiap satu jam, gambar akan dikemas kini atau berubah ( malangnya, tidak ada lampu disediakan pada waktu malam, maka jangan terkejut sekiranya apa yang dilihat hanyalah skrin hitam ! ).

Untuk makluman,
bagi bandar Kota Bharu, paras 3 meter adalah paras berjaga-jaga, 4 meter bagi amaran dan 5 meter bagi bahaya. Pada Disember 2004, paras tertinggi yang dicatat adalah 7 meter dan paras normal bagi Sungai Kelantan adalah 1 meter ( luar musim tengkujuh ).

Klik imej untuk ke laman JPS yang dimaksudkan.

Nota tambahan :
Klik di sini untuk imej " real time " penyukat banjir JPS di Tangga Krai
( Sungai Kelantan di Kuala Krai, 80 km ke selatan dari pusat bandar Kota Bharu )

Klik di sini untuk imej " real time " penyukat banjir JPS di seluruh negara





DIARI BANJIR KELANTAN 2004 ~ 2007


Dec 2004 : BANJIR BESAR !
Hari Pertama ( 11 Dis ) , Hari Kedua ( 12 Dis ) , Hari Terakhir ( 14 Dis )

Nov 2005 : Banjir pullok doh wehh ~ !

Feb 2006 : The Strangest Day

Dec 2006 : When Everyone Gets Their Share ~

Jan 2007 : SEMOGA HADIRMU BESERTA RAHMAT DAN KEBERKATAN ILAHI








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net