By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Oct-2007 21:30 Email | Share | Bookmark
KOTA BHARU : Malam Insan Pulang ke Fitrah

KOTA BHARU :
Malam Insan Pulang Ke Fitrah




" Arghi Wak Ttupak " kata orang Kelantan.

Atau dalam bahasa suratnya, " Hari Buat Ketupat " yang merujuk kepada satu hari sebelum hari raya atau hari terakhir Ramadhan ....

Malamnya pula adalah malam insan pulang ke fitrah kerana keesokannya adalah Hari Pulang Ke Fitrah atau kalau diikutkan bahasa yang biasa kita dengar, Aidil Fitri ! Mudah kata, malam hari raya !

Berikut adalah suasana tipikal malam hari raya di bumi Kelantan setiap tahun,
dihadirkan khas dalam bentuk bergambar, harapnya buat mencungkil kenangan bagi mereka yang tidak dapat atau sengaja tidak mahu pulang beraya.

Tempat jatuh lagi dikenang ...







Di Kelantan, tiada amalan memasang pelita atau panjut sempena malam tujuh likur, apatah lagi malam hari raya ! Kalau ada pun, boleh dihitung dengan jari jemari, boleh jadi di kalangan segelintir mereka yang terpengaruh dengan iklan hari raya di TV atau dari pengalaman menetap di luar Kelantan.

Tapi kenapa yer ?
" Passae pelito keliling ghummoh tikko ghayyo tuh amalae Hindu, kito orghae Islae sepatutnyor tock leh tirghu lagu tuh .... " kata seseorang kepada saya lama dahulu. Wallahu a'laam .. Atau boleh jadi juga kerana rakyat Kelantan telah sepakat tidak menyokong aktiviti menambah gas rumah hijau dari pembakaran bahanapi fosil yang sia sia seperti memasang pelita di sekeliling rumah !? ( Hahahahahahaha ... )

Apa apa pun, yang jelas, apa yang menerangi kawasan kediaman dan kampung-kampung pada malam hari raya di Kelantan hanyalah lampu dari rumah dan lampu jalan sahaja ....

( Foto : Kg. Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Jajahan Kota Bharu )







Walaupun demikian, sekali sekala langit malam hari raya diterangi juga dengan cahaya letusan bunga api yang walaupun jelas diharamkan, semakin beraneka ragam persembahannya, tahun demi tahun ....
( Semasa saya kecil dahulu, bunga api jenis seperti dalam foto tak mampu dibeli rakyat marhaen )

Entahlah, berikut mungkin pendapat saya seorang, tetapi apa yang saya nampak kini adalah betapa semakin bertambah bilangan peniaga bunga api ( haram ), setidak tidaknya di bandar Kota Bharu sahaja ... Seberani peniaga VCD cetak rompak lagak mereka ! Fuuuhh , barangkali kerana " berkat " Kelantan bersebelahan dengan Siam agaknya ... hehe

( Foto : Kg. Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Jajahan Kota Bharu, Kelantan )







Malam hari raya, sebagaimana kebiasaan musim-musim begini, jalan raya yang selalunya lengang pada waktu malam bertukar sendat dengan kenderaan anak anak Kelantan yang baru pulang dari perantauan.

Entah ke mana hala tuju mereka, boleh jadi " last minute shopping " raya atau sekadar jalan jalan "melepas" angin, bertemu rakan sebaya yang sudah lama tak ketemu, sambil menghadap Chollaek , pinggan demi pinggan .......

( Foto : Jalan Sultanah Zainab, berdekatan Pasar Kubang Pasu, Bandar Kota Bharu )








Masjid-masjid khususnya diterangi dengan lampu yang lebih dari kebiasaan dengan alunan takbir hari raya mengalir dan bergema dari corong-corong pembesar suara.

Yang paling mengharukan adalah apabila melihat mereka yang meninggalkan seketika keseronokan sambutan ambang Aidilfitri ala keduniaan dengan bertandang ke masjid, berjemaah menunaikan Solat Tasbih ......

( Foto : " Masjid Besar " - Masjid Muhammadi, Bandar Kota Bharu )







Malam ini, bandar Kota Bharu diterangi gemerlapan cahaya yang ternyata lebih meriah daripada kebiasaan. Cuma kalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan kemeriahan pencahayaan sambutan Pujyo Omor saban tahun ...

( Foto : Padang Bank ( Padang Merdeka ) berlatar belakangkan Kota Sultan Ismail Petra, Bandar Kota Bharu )









Lagi satu keunikan negeri Kelantan ( selain tiada amalan memasang pelita ! ), di bandar Kota Bharu khususnya, adalah apabila tiba hari terakhir bulan Ramadhan, golongan asnaf penerima zakat akan keluar membarisi setiap tepi jalan di sekitar kawasan Masjid Muhammadi dan Padang Bank.

Mereka akan tetap di posisi masing-masing sehingga ke lewat malam. Di hadapan mereka tersedia sekarung beras anggaran segantang dan dengan ini si pemberi zakat akan menghampiri, mengeluarkan zakat dengan turutan aqad yang unik melibatkan sekarung beras itu, sebagaimana telah dihuraikan dalam entri saya yang terdahulu.

( Foto : Pemandangan di sekitar Pejabat Kastam dan Bank Kerapu ( Muzium Perang ), Bandar Kota Bharu )


BACAAN TAMBAHAN : Zakat dan Islam.

Orang memerlukan dilupa jangan. Sedikit renungan dari ufuk timur :

Quote:

Death reveals harsh side of a 'model' system in Japan

by Norimitsu Onishi

KITAKYUSHU, Japan: In a thin notebook discovered along with a man's partly mummified corpse this summer was a detailed account of his last days, recording his hunger pangs, his drop in weight and, above all, his dream of eating a rice ball, a snack sold for about $1 in convenience stores across the country.

"3 a.m. This human being hasn't eaten in 10 days but is still alive," he wrote.

"I want to eat rice. I want to eat a rice ball."

These were not the last words of a hiker lost in the wilderness, but those of a 52-year-old
urban welfare recipient whose benefits had been cut off. And his case was not the first here.

Read the rest at International Herald Tribune ( October 11, 2007 )





Dan di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428 H

sambil memanjatkan ampun maaf, zahir dan batin atas segala ungkapan saya
yang ada mengguris perasaan sepanjang saya berkarya di sini.

Semoga hidup kalian lebih diberkati ...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net