By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 00:00 Email | Share | Bookmark
KERGHABU SARGHAE : Meninggalnya Sebuah Tradisi

KERGHABU SARGHAE :
Meninggalnya Sebuah Tradisi




Sebenarnya ini kisah lama,
seingat aku isu ini sudah pun berkeliaran sejak 10 tahun lepas.

Dan pada 3 Oktober 2007, sekali lagi ia terpampang di dada akhbar.
Kali ini cuma dalam bentuk berita bersaiz 3 X 6 inci inci di bahagian belakang-belakang sebuah akhbar terkemuka tanahair namun sempat juga ianya diulas dalam segmen Malaysia Hari Ini di TV3 pada pagi yang sama.

Dan seperti biasa,
saya telah beraksi dengan memaparkannya di sini :





Quote:

* From New Straits Times Online ( 2 Oct 2007 ) :

Health Department’s warning against eating ‘sarer’ seaweed

The Kelantan Health Department today warned the people against eating the “sarer” seaweed popular during the Ramadan fasting month because it can cause nervous disorder in the long term.

Department director Dr Mohd Kamil Hassan said the seaweed was high in lead content. “Sarer” is a type of seaweed which is a popular ingredient of the “kerabu” delicacy in Kelantan. Dr Kamil said “sarer” was imported from a neighbouring country and was in great demand in the state. He also said that it was difficult to detect the trade in “sarer” as most traders hid the product during any raid by the authorities.

“This is because they fear that action will be taken against them as the sale of sarer had been banned in the state a long time ago,” he said.

The department would continue to monitor the market to ensure that the sale of “sarer” is totally abolished, he said. Dr Kamil said traders caught selling the product would be charged under the Food Act 1983, resulting in the destruction of all the seized products. Repeat offenders can be sentenced to a maximum of three years in jail and fined, or both.



Masih jelas lagi di kepala ketika isu ini pertama kali dipaparkan di dalam media massa, apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan pengharaman serta merta Sarghae dari pasaran.

Agak kecoh sebentar dan keseluruhan rakyat Kelantan merungut kesal.
Kesal bukan kerana mengetahui fakta yang didedahkan tetapi kerana telah diharamkan dari menikmati tradisi sendiri. Untuk seketika, sarghae pupus terus dari pasar basah dan meja-meja gerai makanan. Bukan kerana kerelaan rakyat Kelantan tetapi kerana pemantauan yang amat tegas ketika itu.

Apabila sesuatu sudah sebati dengan jiwa manusia, lebih lebih lagi apabila ianya sudah diamalkan sejak zaman berzaman, siapa yang mampu menghalang ? Lebih-lebih lagi dengan rasa masam masam manis, sedikit berlemak dan agak rangup, tidak pelik jika ianya memiliki ramai peminat di Kelantan. Memang enak ! Sekali cuba, rasa nak lagi ! Tambah pula ramuan budu ( pati bilis @ anchovy sauce ) yang terkandung di dalamnya sudah diketahui umum begitu addictive ! Hahahaha ..... Simply irresistible !

Akibatnya, selang beberapa ketika, seolah olah bermain dengan rentak penguatkuasaan, sarghae kembali semula ke pasaran sedikit demi sedikit. Akhirnya, tanpa keredhaan Kementerian Kesihatan, sarghae kembali semula sepenuhnya dalam bentuk Kerghabu yang terkenal sebagaimana sebelum, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, sehinggalah isu ini muncul semula di dada akhbar.

Bila diteliti semula isu ini,
kita akan dapati bahawa segalanya bukanlah salah Sarghae, si rumpai laut.
Tetapi kerana kerakusan manusia sendiri yang merosakkan alam yang tidak pernah mengerti hakikat sunnatullah, every action comes a reaction or more !. Agaknya ramai yang masih tidak tahu bahawa lautan dunia sekarang amatlah tercemar. Kejernihan air di perairan kita khususnya, bijak menyembunyikan hakikat bahawa ia sebenarnya banyak mengandungi sisa bahan kimia beracun dan logam berat seperti merkuri, kadmium dan plumbum. Dalam hal ini, aku difahamkan bahawa Teluk Siam sememangnya "red zone" ( Selat Melaka apatah lagi ! ) dan adalah satu fakta bahawa sarghae ini dibawa masuk dari negara jiran, nun di sebelah negeri Kelantan sahaja.

Memang fitrah rumpai laut untuk menyerap bahan bahan cemar di dalam air.
Fitrahnya untuk menguraikan bahan-bahan berkenaan menjadi kompaun yang lebih selamat. Mudah kata, dicipta Ilahi untuk membersihkan lautNya. Tetapi laut yang tercemar seperti sekarang bukanlah ketentuan sejak azali. Akibatnya, dari bertugas menguraikan bahan cemar, rumpai laut kini berfungsi sebagai penyimpan bahan toksik - gara gara keliru dengan segala bahan cemar baru ciptaan manusia.

Maka tidak hairanlah bilamana Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kandungan plumbum di dalam sarghae amat tinggi. Bahkan bukan sahaja sarghae, makanan laut lain yang kita nikmati seharian juga sama, penuh dengan bahan beracun, cuma secara relatifnya, ppm atau ppb nya boleh jadi jauh lebih kecil dari sarghae atau boleh jadi juga kerajaan tidak berani mengharamkannya kerana risau keluhan mega dari rakyat jelata? Di negara maju, ikan dari spesis karnivor, bersaiz besar serta panjang umur seperti Tuna dan Marlin tidak digalakkan dimakan kerana isu yang sama. Begitu juga Ikan Paus, yang sekali sekala berakhir di atas meja bangsa Jepun.

Entahlah.
Semakin lama, satu persatu makanan kita menjadi tidak selamat untuk dimakan.
Makanan proses penuh dengan bahan pengawet dan pewarna yang entah selamat atau tidak tetapi pastinya "dibenarkan". Sayur sayuran berlapis-lapis dengan sisa pestisid. Haiwan ternakan sarat dengan lebihan hormon dan ubatan toksik. Ikan di laut sendat dengan sisa bateri dan bahan pelarut organik. Mungkin suatu masa, tidak selamat untuk disentuh pula !

Kelak, sama ada manusia akan pupus kerana makanan mereka beracun atau bertukar menjadi mutant seperti dalam kartun Futurama. Benar pesan Rasulullah S.A.W, berpada pada bila makan, jangan berlebih lebihan. Kerana pada berlebih-lebihan itu ada mudharat.

Ha ha ha ha ha ha ..... I don't want to die for what I eat !

Dan hari ini,
aku saksikan sendiri meninggalnya sebuah tradisi.
Sayang, kerana ianya cukup enak dan amat menawan hati.
Aku yakin, Kerghabu Sarghae akan perlahan-lahan lenyap dari pengetahuan rakyat Kelantan sebagaimana mercun perlahan-lahan lenyap dari kamus Hari Raya saban tahun.

Demi kebaikan.

Harapnya.






* Kerghabu Sarghae.
Di restoran atau gerai di tepi-tepi jalan, ianya biasa didatangkan di dalam bentuk begini - di dalam plastik berikat ( bentuk takeaway ), lengkap dengan perkakasan kerabu, serta sedia untuk dimakan.





* Kerghabu Sarghae, setelah dipaksa keluar dari bungkusan.
Menunjukkan perkakasan asas kerabu sebelum digaul / dicampur bersama.
Dari kiri, budu ( dalam plastik tak berikat ), awah tumis ( dalam plastik berikat ), asam limau, sarghae ( rumpai laut ) dan sambal nyor ( kerisek ? ) - sebarang kesilapan istilah adalah amat dikesali.






SKIM BACAAN TAMBAHAN :


Quote:

" In Trengganu and Kelantan, "Kerabu Sarer" was a seaweed delicacy, imported from southern Thailand and sold at RM7 per kilo, and was usually available during the fasting month, she said "

From :
Kustem collaborates on study on commercial potential of seaweeds
( excerpt from Sarawak Tribune, Tuesday June 15, 2003 at www.aseanbiotechnology.info )




Quote:

Should Pregnant Women Eat More Seafood ?

" For years, pregnant and nursing women have been warned to limit the amount of fish they eat, because many marine species may contain high levels of mercury, which endangers newborns and fetuses. Yesterday, however, a children’s health group challenged the conventional wisdom, advising pregnant women and nursing mothers to eat more fish so as to ensure optimal brain development in their babies.

What’s going on here? .... "

More at
The New York Times Blog ; Health - Oct 5, 2007 " Should Pregnant Women Eat More Seafood ? ".






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net