By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Jun-2007 20:03 Email | Share | Bookmark
ISTANA JAHAR : Hendak Seribu Daya ...

ISTANA JAHAR :
Hendak Seribu Daya ...




Istana Jahar.

Di tengah tengah bandar Kota Bharu.

Rasanya tak perlu huraian bagi salah satu landmark yang tersohor
dan dikira sebagai bersejarah di Kota Bharu ini.

Sekiranya ada yang berkunjung ke Kota Bharu,
dan gagal menemukan lokasi kediaman silam keluarga DiRaja Kelantan ini
maka disyorkan baginya bersiram di Sungai Kelantan dengan 50 kali selam
sebagai penawar yang mujarab lagi mustajab ( dan jangan pula ditanya di mana letaknya Sungai Kelantan ! )

Menyentuh sedikit perihal Istana Jahar,
sebenarnya perkara pertama yang menarik bagi aku adalah Istana ini ASALNYA dibina pada atau sekitar masa yang sama dengan Istana Tengku Seri Akar dan juga Rumah Tengku Bongsu ( aka Rumah Tengku Fatimah Zaharah ).

Huh ? Asalnya ?
Yer, aku sendiri pun sebelum ini tidak pernah tahu ( tak pernah terdetik pun )
dan hampir hampir tak percaya bila mana pertama kali membaca yang berikut dari laman rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan :


Quote:

Pada zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra, baginda sendiri bersemayam di Istana Kota Lama dan Istana Jahar telah dibiarkan tidak terurus. Mengikut Tan Sri Mubin Sheppard dalam artikelnya yang berjudul 'Kelantan Palaces Of The Past' beliau menyatakan bahawa bangunan asal Istana Jahar ini telah dirobohkan pada tahun 1965 setelah sekian lama terbiar. Tambahan pula tapak bangunan ini dicadangkan untuk pembinaan bangunan yang baru sebagaimana yang ada sekarang.

Dari :
Laman Web Perbadanan Muzium Negeri Kelantan :
Sejarah Bangunan Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan ( Istana Jahar )




Ek, macam tu ka ?
Bermakna yang ada sekarang adalah " agak baru " ?
Entahlah. Aku sendiri pun kurang pasti. Teringin juga nak menatap buku yang dimaksudkan. Tapi apakan daya, masih di luar jangkauan.

Kemudian, terlintas di kepala untuk mencuba Arkib Negara Online.
Dalam banyak banyak carian yang keluar, ada satu yang paling menarik perhatian - sekeping gambar rakaman Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard ( kalau tidak silap, beliau adalah seorang sejarahwan berbangsa Inggeris yang begitu berminat mengkaji ketamadunan Melayu, memeluk Islam dan terus menetap di Malaysia sehingga akhir hayatnya, pada 1994 ).

Hah, ni dia :





* Adakah ini Istana Jahar ( sebelum 1965 ) yang dimaksudkan ?
Tiada ada keterangan jelas yang menyusul foto ini. Sekadar nama pemilik asal ( Tan Sri Mubin ), kod fail di Arkib Negara dan sepertinya. Sila klik imej untuk terus ke sumber asal.




Tak mengapalah.
Walaupun " keasliannya " nampaknya boleh dipertikai, yang paling penting, ada usaha ke arah membina semula, memulihara serta menonjolkan senibina istana Melayu silam ( versi Pattani-Kelantan ) dari lenyap selama lamanya. Itu pun sudah jauh lebih baik apabila pihak yang berkenaan tidak sekadar memilih untuk meroboh serta membiarkan tanah terbentang kosong untuk dirajai rerumput yang meliar. Melihat dari hal Istana Jahar ini, ternyata apabila ada inisiatif, yang sudah hilang pun boleh kembali semula.

Berbicara soal pemuliharaan, adakalanya aku termenung sendiri.
Bukan apa. Sekadar terfikir, alangkah baiknya sekiranya di Kota Bharu ini bangunan dan senibina lampau dipulihara dengan terancang dan diwujudkan sebagai contoh, sektor tertentu yang mewakili perkembangan Kota Bharu mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, dengan memperuntukkan satu jalan khas atau laluan di Kota Bharu dengan settings 100 tahun silam, kemudian Colonial Era, Pre-War dan seterusnya untuk Colonial Era, Post War. Kesemua ini diwakili oleh satu faktor yang paling menyerlah bagi setiap era iaitu senibina bangunan. Dengan demikian, selain dapat mendidik warga bandar dengan sejarah bandar mereka, dapat juga menunjukkan sejauh mana Kota Bharu telah melonjak setelah itu. Inilah yang sebenarnya dikatakan sebagai, bringing the museum to the people !

Bagi aku,
sesebuah bandar ( atau mudahnya, sebarang penempatan ) itu ada roh atau dalam bahasa orang putihnya - soul - yang tersendiri. Biasanya " roh " ini datang bersama dan hidup dengan pengetahuan dan kesedaran para penghuni ( knowledge and awareness ) - by how far would you see and appreciate yourself through the very place that you live in. Semakin kuat rasa bangga, sayang serta rasa prihatin dan tanggungjawab para penghuni terhadap bandar berkenaan, semakin kuat " roh " ini dan begitu juga sebaliknya. Bandar dengan roh yang kuat, tidak akan semudah itu dikotori oleh penghuninya sendiri dan masa silamnya tidak semudah itu diperlekeh atau dilupakan oleh anak jatinya sendiri malah masa depannya juga tidak akan semudah itu ditertawakan !

Bagi aku lagi,
salah satu cara yang baik untuk menghidupkan roh Kota Bharu ( aku tidak mahu komen sekuat mana rohnya sekarang ) adalah dengan memperkenalkan semula kepada khalayak umum - apakah itu Kota Bharu, di mana dan bagaimana permulaannya serta ke mana hala tujunya kelak. Secara mudahnya, melalui pendidikan yang bukan sebarang pendidikan, yang bukan konvensional ( bukan melalui penulisan semata atau dihadkan dalam bangunan muzium sahaja ) tetapi melalui kaedah real life contohnya sebagaimana yang dinyatakan di atas. After all, the best education is through real life examples ! Dan melalui itu saya yakin, kelak kita akan nampak kelainan ( ke arah positif ) pada jati diri warga Kota Bharu khasnya dan Kelantan amnya.

Hendak seribu daya .....







* Dan ini pula Istana Jahar sekitar 30 ~ 40 tahun yang lampau.
Nampak tidak terurus dan hah, tengok tuh, kambing pun ada !






* Istana Jahar pada masa kini. Cantik dan terjaga.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih .....





BERKAITAN :




* Suasana Kota Bharu 100 tahun yang lampau, dilihat dari sebatang jalan yang tidak dapat dipastikan kedudukannya kini. Foto dari buku " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " oleh W.A Graham dan diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908).

Aku impikan Kota Bharu dan Kelantan amnya yang memiliki identiti tersendiri.
Yang tidak melupai dan memperlekehkan identiti silamnya sendiri ..... ( klik foto untuk ke sumber asal )





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net