By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-May-2007 18:15 Email | Share | Bookmark
SELINGAN : Intai Kamu Dari Seberang Sini

 
 
 
 
 
 
INTAI KAMU
DARI SEBERANG SINI




Bandar Kota Bharu
aku intai kamu dari seberang sini
seberang Sungai Kelantan dari sana
dari atas dataran banjir merangkap tanah bertani subur penduduk setempat
dalam kehangatan petang sambil dibelai hembusan dingin dari sungai
dikelilingi rumpun jagung mereka dan keluarga mereka
sambil membelakangkan mentari hampir senja.

Dan kebetulan
tak jauh, nun di belakang sedikit
Ekspress Wau meluncur di atas rel tunggal Laluan Pantai Timur
bernyanyi alunan irama tipikal roda besi bergesel jalan besi
meredah dusun, kebun dan semak samun Kampung Palekbang
di satu sudut di Jajahan Tumpat.

Emm .. satu kombinasi yang amat menarik dan tertarik.

Nampaknya dah bertambah satu lagi tempat pujaan
dalam buku pelancongan peribadi aku ...







* Motorsikal yang paling popular di dunia digandingkan dengan bandar yang paling gedebe di Malaysia ...
dan juga di dunia .. cehhh .. ( hah ! Jangan menjawab ! )






* Kamera aku sekarang tak mampu memberi keadilan kepada apa yang aku nampak.
Cukuplah aku huraikan sebagai " truly splendid and breath-taking " sahaja.






OOP ! JANGAN TANYA DI MANA ! :




* Ikon kamera menunjukkan lokasi aku berada semasa merakamkan foto - foto di atas.
Oh, tidak. Perkataan " panoramic " itu tidak merujuk kepada peta Google Earth ini.
Sekadar mencadangkan bahawa panorama bandar Kota Bharu cantik jika dilihat dari lokasi berkenaan
dan oh yer, jangan pulak ada yang bertanya di mana bandar Kota Bharu dalam peta ini !





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net