By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Feb-2007 22:45 Email | Share | Bookmark
KELANTAN : Mencerahkan Hati dan Mentaliti ....

Lorong yang dulunya menakutkan, kini macam berada di stadium !
.



SAYANGKAN ANAK TANGAN TANGANKAN :

MENCERAHKAN HATI DAN MENTALITI .....




Masjid Muhammadi ( Masjid Besar ), Kota Bharu



Akhir akhir ini, nampak perubahan ketara di Kota Bharu.
Maksud aku, dalam bab pencahayaan.

Lorong lorong dan jalan jalan, sudut sudut bangunan yang dulunya gelap gelita atau cerah segan padam tak mahu, kini ceria disinari cahaya putih dari lampu lampu jalan jenis baru dan lampu simbah khas yang tercongok sana sini. Kalau dilihat dari kapal terbang atau bangunan tertinggi di Kota Bharu, memang gah sekali malamnya. Pendek kata, nampak seri.

Dan dalam kecerahan malam di Kota Bharu,
selalu kelihatan kelibat pekerja am MPKB terkial kial menyapu sampah.
Kota Bharu sememangnya tampak lebih bersih berbanding dahulu.
Ada kelainan sedikit dari segi kebersihan semenjak dimasyhurkan sebagai " Bandaraya Islam " .....
Aku tidak mahu komen sejauh mana keberkesanan penguatkuasaannya, cukuplah aku memuji usaha dan perkembangan positif yang ditunjukkan.

Walaupun demikian, seolah olah kerja menyapu sampah yang berlangsung setiap malam,
hanyalah untuk menyediakan ruang bagi sampah lain pada keesokan harinya.

Ternyata, perkara yang paling susah untuk diubah, tetap sikap manusia.



======= ## ======= ## ======= ## ======= ## ======= ## =======



Seorang pelawat ( sebenarnya dia pelanggan syarikat tempat aku bekerja )
dari sebuah negara di bucu bawah benua Eropah, pernah bertanya, lebih kurang begini bunyinya :

" I notice a lot of rubbish along the roadsides. Do people here like to throw rubbish that way ? "

Soalan cepu emas 24 karat bertatah berlian De Beers Afrika Selatan.





Kota Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.




Aku tak tahu apakah maksud sebenar di sebalik soalan itu
( sebenarnya lebih kepada buat buat tak tahu ... )

Katanya, ini kali pertama dia ke Malaysia, atau lebih tepatnya, ke benua Asia.
Boleh jadi dia " cultural shock " dengan keadaan Malaysia, sebagaimana aku dulu, ketika pulang dari Jepun. Cuma diagnosis bagi condition aku lebih panjang sedikit namanya, " reversed cultural shock ". Sindrom yang selalu dikesan di kalangan perantau yang baru nak kenal semula kampung halaman.

( Dan trivia untuk hari ini, " AbSoLuTeLy KeLaTTe " ini sebenarnya wujud hasil tindakbalas sistem imun badan aku terhadap sindrom berkenaan ..... kepada bebudak medic, sila catit dalam buku nota kamu )

Berbalik semula, aku sekadar menjawab,

" Yeah, I know. That is very bad. What should I say ..... ah hah ! Look there, look at that very big crocodile over there "

... terus saja mengubah topik sambil jari menuding kepada seekor buaya tembaga gergasi yang sedang berjemur malas di bawah pokok sebuah taman buaya di Kota Bharu ( you know where ). Hampa, kerana tempat itu langsung tidak seperti dijangka. Tak terurus. Sangkar banyak. Buayanya nampak seekor dua sahaja. Mungkin yang lain pergi bercuti ?

Kemudian si rakannya menjampuk dengan nada berjenaka :

" Yesterday you brought us to the jungle with no animals, today you brought us to the crocodile park with no crocodiles ! ".

( Ya, hari sebelumnya, kami ke Hutan Simpan Lata Tembakah pada waktu tengah hari. Discovery Channel menyatakan the hottest time of the day adalah waktu rehat bagi warga rimba. Mereka pun ada lunch break juga .... maka persembahan hidupan liar ditunda ke sebelah lewat petang dengan kemuncaknya pada waktu malam. )

Seingat aku, kami ketawa terbahak bahak selepas itu.
Mereka memang lawak. Lawak sinis.

Sebenarnya aku malu. Malu peringkat lapan.
Jalan jalan masuk bandar, masuk kampung, kiri kanan dibarisi sampah.
Pergi tengok buaya, bayar masuk, buaya pulak tarak.

We claim to be proud of our country but in real life,
we are not that proud as we thought we are
......


======= ## ======= ## ======= ## ======= ## ======= ## =======


Beralih kisah,
sekali sekala aku gemar juga menaiki bot tambang ke Kampung Laut.
Tak ada kenalan mahupun saudara mara di situ, sekadar for the sake of ambil angin atau membawa rakan berkenalan dengan Sungai Kelantan. Sepuluh tahun dulu, tambangnya 50 sen sehala, kemudian naik 70 sen dan terkini RM 1. Ternyata, bukan kerajaan sahaja yang boleh naikkan harga minyak sesuka hati.

Masa perjalanan biasanya sekitar 20 minit.
Dan 20 minit itulah aku luangkan untuk menoleh ke sana sini.
Tebing sungai yang menghijau, panorama Kota Bharu dari sungai, kelibat orang memancing di sana, orang menjala di situ, budak budak bermain air di sinun, akak lawa di err... errr... err.... oh yer, dan yang paling klimaks, longgokan sampah sarap di sepanjang tebing, antara Sg. Keladi dengan Penambang. Cukup " artistik " dan penuh " nilai estetika ".

Dan adegan yang paling best adalah bila mana seorang akak dengan selamba cipan membuang pembalut plastik ke sungai,

" Mung suko hati buwwae dalae sungaa tuh, karghae maso banjir, sapoh tuh masuk ghummoh mung balik weh ! Kabaa kor dok ? "

kata aku kepada akak itu .... dalam hati.

Hakikatnya itulah yang berlaku di Kota Bharu selepas banjir besar 2004. Sampah yang dibuang ke sungai, berakhir di depan rumah atau kedai sendiri.

MPKB hanya menggeleng kepala.

Mana taknya, kerana kata mereka,

" ... tuh kheghijo MPKB, MPKB lah keno buwak. Tock siyo siyo orghae bayaa chukaa tiak tahung ~ "

Alahai ... mentaliti dunia ke sepuluh !



======= ## ======= ## ======= ## ======= ## ======= ## =======



Dan rata rata pelawat asing yang aku pernah berurusan,
selalu meminta dibawakan ke pasar kerana bagi mereka di situlah peluang untuk mengenali budaya Malaysia dengan lebih mudah.

"I would like to visit the market place so I could see what people eat over here ",

kata seorang Jerman kepadaku.

Dia memang kuat makan .....

" Nan no ibukuro desu ka ne * ", bisik aku kepada seorang rakan Jepun semasa ber " buka puasa " bersama Jerman itu, pada Ramadhan lepas. Habis sepinggan penuh, ditambah sepinggan penuh yang lain pula. Aku congak, dalam lima pinggan tak termasuk dessert. Sejam masa kecederaan diperuntukkan, hanya untuk melihat dia makan.

Syukurlah aku tidak sempat membawanya ke pasar.
If not, he surely would have to struggle the next day, over his first plate, thinking of it.

Fikirkanlah.

Tergamakkah kita berbangga dalam keadaan begini ?




Pasar Wakaf Che Yeh ( walaupun tapak baru ini statusnya sementara, tak sepatutnya
begini bagi sebuah pasar yang dibanggakan dalam brosyur pelancongan )



Lagi tentang pasar, masih segar dalam ingatan, satu senario di Pasar Kubang Pasu beberapa minggu yang lepas. Mak aku selalu kata, Pasar Kubang Pasu adalah " pasar orghae ssolaek " , " pasar orghae hilir ". Tempat Tengku, Nik, Wan dan " orghae hilir " bertandang. Memang benar kerana gaya pemakaian, gaya pertuturan peniaga dan pembeli di situ juga bunyinya lebih " anggun " berbanding di pasar lain.

Alkisahnya, ketika itu aku sedang menyaksikan si akak gerai nasi berlauk feberet, menunjukkan kemahiran membungkus nasi dagang pesanan aku. Nasi dagang dia best. Seorang bapa, mungkin berumur sekitar akhir 30-an, juga sedang menunggu giliran. Anaknya di sisi, boleh jadi 5 tahun umurnya, merengek rengek sambil menonyoh pembalut plastik kosong ke siku si bapa, mungkin bekas makanan ringan (?) kepada bapanya :

" Abah, abah .. mano tong sapoh .. tong sapoh mano abah ? "

Sambil tunduk ke bawah, menjeling dengan ekor mata, aku tersenyum sendiri.
Budak sekecil itu pun reti. Memang pandai bapak budak tu ajar anak.
Anak kecil yang memang bertuah kerana memiliki bapa yang bijak dan waras.

Kepada mereka yang masih melihat perkara membuang sampah tanpa etika sebagai perkara biasa, ini lah ucapan ikhlas dari lubuk hati aku :


" Mok Pok mung tock ajar kor ? ".


Maaf.

Menaip bukan hobi aku.

Sekian. Terima Kasih.




Nota Lutut :

* " Nan no ibukuro desu ka ne ? " = " Perut jenis haper ? "




BERKAITAN :


Excellent move for excellent target ! It's 2007 ... Well, how far this has been ? Source : The New Straits Times, 29 Sep 2005.

PULAU PINANG DARUL SAMPAH ?





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net