By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Dec-2006 11:29 Email | Share | Bookmark
SIRI MAKLUMAN : Perginya Sebuah McDonald

McDonald pertama di Kelantan ...
muncul di satu sudut bangunan ini pada 1993 ...
dan setelah 13 tahun, ia berakhir begitu sahaja.


McDonald PERTAMA di Kelantan
juga antara terawal di Pantai Timur
bermula di satu sudut bangunan milik MAIK ( tika itu baru siap )
dengan papan nama terunik di Malaysia
tertera Rumi berselang Jawi ( pelancong luar pun terlopong )
tiga belas tahun lalu
di Kota Bharu.

Bila mana ia mula berhenti berniaga,
sangka aku, cuma untuk renovasi sementara.
Bila mana segala simbol kewujudan dijolok turun
helaian demi helaian warkah di cermin
ternyata ia untuk selamanya.

Ha ha.
Bukan apa, sekadar melayan hembusan bayu sentimental
yang baru sahaja bertiup menembusi kotak memori aku
meniup debu debu ingatan silam dari fail 1993
dalam sebuah kelas sekolah rendah
rakan sebaya bersembang perihal sensasi
akan ketibaan sebuah rangkaian makanan segera terkini
di belakang pasaraya Bersatu.

" Hilleir sergho dapak makae McDonald. Sohhor alik KL nuh ... "

kata mereka.


He he .. maaf.

Sekadar melayan sekerat nostalgia.














Namun begitu, KFC yang pertama di Kelantan ( dibuka sekitar akhir 80an ) masih lagi beroperasi seperti biasa di lot bangunan asal.

Kini berwajah baru ( setelah renovasi ), barangkali boleh dikira bertuah kerana lokasinya telah berubah menjadi daerah membeli belah yang paling meriah di bandar Kota Bharu. Kini di Jajahan Kota Bharu sahaja sudah bertakhta empat cawangan, dan beberapa lagi di Jajahan lain di seluruh Kelantan.

Berkenaan sejarah restoran makanan segera di Kelantan, aku tidak pasti siapakah gerangan yang paling awal menapak ( selain " kedaa ppati " .. he he ). Yang jelas, di kalangan " established fast food outlet ", KFC ternyata adalah yang pertama sekali tiba disusuli A&W, Grandy's ( sekarang sudah pupus ), McDonald, Pizza Hut, MarryBrown dan entah apa apa lagi.

Tidak, aku bukannya peminat makanan segera ( urrghhh ! you call that food ? ) apatah lagi penyokong simbol imperialis globalis Zionis Amerika ( you know who ).

Semua yang kalian baca di atas hanyalah sekadar makluman semata.

Sekian, terima kasih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net