By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
THE OLD POST OFFICE ROAD




Jalan Post Office Lama.

Sebatang jalan yang memang dikenali rata rata warga Kota Bharu.

Jalan " Post Office " Lama

atau dalam loghat tempatan, Jalae Poh Opaeh Lamo ...

" Post Office " dan tidak " Pejabat Pos " ..... he he

Salah satu ciri ciri loghat Kelantan yang aku gemar adalah
kecenderungan dan kekerapan si penutur menyedapkan lidah sedia ada
dengan bahasa asing yang digoreng mengikut rencah dan selera tempatan.

Ha ha ha ... Sebenarnya bukan soal itu yang aku ingin bangkitkan
tetapi PERIHAL JALAN INI sendiri !


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ # ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Apabila sesuatu tempat dinamakan bersempena sesuatu struktur
baik semulajadi mahupun buatan dan tidak dengan nama atau gelaran manusia, perkara pertama yang dapat dideduksi adalah kewujudan struktur yang dinyatakan di tempat berkenaan.

Malangnya,
dalam sesetengah ( atau boleh jadi kebanyakan ? ) kes , ia tidak begitu
dan Jalan Post Office Lama ini kebetulan pula amat sesuai dijadikan contoh.

Jelas sekali tiada sekelumit pun dari apa yang dinamakan " Post Office " yang dapat dilihat di situ dan maksud " lama " itu sendiri nampaknya mencadangkan sesuatu yang boleh jadi sudah " lama " tiada !

Aku sendiri pernah terfikir akan perkara ini
hanya untuk dikecewakan dengan jawapan yang kurang pasti
dari mereka yang sendiri tidak pernah melihat kewujudannnya
( melainkan hanya melalui khabaran telinga dari khabaran telinga yang lain )
dan hampir hampir sahaja mempersetankan perihal ini sebagai sesuatu yang tak wajib dipersoalkan ....

sehinggalah aku terserempak
dengan rakaman berusia 100 tahun ini
yang sekaligus membuatkan minda aku terdetak :

" Ohh.. patut laaa ... Ghasso nyor hok nih doh bekalih .. Takdok doh hok laing ! "




Meet the old Kota Bharu Post Office !
Circa 1900s, as taken from the book " Kelantan : A State Of The Malay Peninsula " ( W.A. Graham, 1908 ).

Exact location ? Not stated.
But judging by the fact that in the past, buildings of importance were often built near main rivers ( in times when river transportation is more common than land ) and the proximity of Jalan Post Office Lama to the Kelantan River, I think it is unmistakably the one which gave Jalan Post Office Lama ( The Old Post Office Road ), its name.

By the way, notice the field, that was probably Padang Bank during its heyday !




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ # ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sekiranya telahan di atas adalah benar,
maka setinggi penghargaan ditujukan buat pihak berkuasa tempatan kerana masih terus mengekalkan nama " Jalan Post Office Lama " ( agaknya apa kata DBP atau Rais Yatim ? ).


Nota Selingan :
Tidak sedikit nama jalan di Kota Bharu telah ditukar.
Jalan Berek 12 diubah kepada Jalan Abdul Kadir Adabi, Jalan Yaakubiah kepada Jalan Dato' Lundang dan Jalan Pekeliling kepada Jalan Long Yunus. Apa lagi agaknya ?

Walaupun boleh jadi amat sedikit ( atau sudah tiada langsung ? ) dari kalangan kita yang masih bernafas pada hari ini pernah menyaksikan sendiri rupa paras " Post Office " berkenaan, paling kurang kewujudannya masih boleh di "agak" orang ramai dengan nama ( jalan ) yang masih dikekalkan.

Satu trivia, mungkin.

Tetapi ada kalanya ( aku yakin, selalunya ),
mengetahui dengan pasti apa yang silam dan melihatnya dari pandangan membina, boleh mencetuskan perasaan bangga dan kagum dengan apa yang sekarang. Lebih lebih lagi bila mana ia menyentuh identiti agama dan bangsa.

Dan dengan penemuan seperti ini contohnya,
sekurang kurangnya aku dapat mengagak serba sedikit rupa sosiogeografi dan wajah silam bandar Kota Bharu. Paling kurang, Kota Bharu bukanlah sebuah pekan picisan yang baru hendak belajar merangkak, sepertimana ingin difikirkan sesetengah orang.


He he ... bila mana papan nama jalan berbicara !




JALAN - JALAN CARI JALAN - JALAN


Di sebalik nama jalan, ada maksud dan kisah yang tersendiri.

Di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan pusat pentadbiran tradisional Kelantan, terdapat nama jalan yang merujuk kepada pangkat atau kedudukan dalam perkhidmatan awam.







Sultan, Temenggong, Tok Hakim, Dato' Pati ( Dato' Mufti ), Doktor, Dato' Lundang ( gappo dio ? ) dan juga Tok Semian ( jurutulis istana, Jalan Tok Semian berhampiran Jalan Sultan, papan nama jalan yang rosak menyebabkan ia tidak dapat dipamer di sini ).

Selain itu, nama jalan yang memaparkan nama orang orang kenamaan, golongan bangsawan dan juga orang kebanyakan ( tetapi ternama ! ) turut mudah ditemukan.









Jalan Long Yunus bersempena nama pengasas Kesultanan Kelantan moden ( abad ke-17 ) dan Jalan Hamzah dari nama bekas Menteri Besar (?) Kelantan iaitu bapa Tengku Razaleigh Tengku Hamzah ( Ku Li - tokoh S46 / UMNO ).

Abdul Kadir Adabi pula adalah tokoh ilmuwan terkenal di Kelantan yang dilahirkan pada 1901 di Kampung Raja Dewa ( Jalan Raja Dewa ) yang dinamakan bersempena Raja Dewa, iaitu seorang pembesar Kelantan pada awal 1900an.

Jalan Che Su, Jalan Che Kadir ... ..emm ... tak pasti siapa mereka ... oh tidak, tak ada Jalan Che Guevara di Kota Bharu. Baju Che Guevara ada lah. Oh yer, Lorong Che Hussin pun ada ! ( he he .. hanya orang Kelantan akan faham ... )

Dan yang selebihnya pula banyak mengisahkan latar belakang tempat itu sendiri yang kadang kala, jika dibiarkan imaginasi belayar akan ......... uhuk .. uhuk ...

( terbayang "Mek Zainab" sedang bersantai di atas pelantar Wakaf .. )










Walau bagaimana pun,


tiada yang lebih dikenali warga Malaysia melainkan jalan ini :










Jalan Sehala


Sekian. Terima Kasih.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net