By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Apr-2007 16:00 Email | Share | Bookmark
MENGHARGAI WARISAN : Erti Sebuah Penyampaian

17 July 2005
23 SEP 2005
12 DEC 2006
12 DEC 2006 : Old tiles go down ..
The tiles, being so fragile, broke to pieces when badly handled
The building stripped off the roof tiles
12 DEC 2006 : Vynil sheet as temporary roofing
2 FEB 2007 : First batch of new roof tiles going up
20 FEB 2007 : Tedious process but surely rewarding
11 MAR 2007
16 MAR 2007
1 APR 2007
AWWALAN :


Gambar gambar perjalanan kerja menukar atap jenis Bata Singhorra pada sebuah bangunan kayu lama di Jalan Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

Tahniah.
Satu usaha yang baik dalam memulihara bangunan lama yang bersejarah !











Hayat atap bata Singhorra amnya adalah sekitar 20 tahun tetapi mampu bertahan lebih lama ( 50 ~ 100 tahun ? ) sekiranya buatannya berkualiti dan kayu penyangkutnya ( jerghia ) tahan reput.

Sehingga sekitar 1970-an, Bata Singhorra ( atau Senggora, Singgora ) banyak digunakan dalam pembinaan rumah rumah persendirian, khususnya dari binaan kayu di seluruh Kelantan dan Terengganu ( dan juga di Selatan Thai ).

Asalnya diperkenalkan dan dibawa masuk dari Singgora, sebuah wilayah Melayu di Segenting Kra ( atau politically correct nya " Songkhla ", Selatan Thai ), teknologi pembikinannya tersebar ke selatan dan diusahakan di banyak tempat di Kelantan dan Terengganu sebagai menampung permintaan yang kian meningkat ketika itu.

Apabila citarasa kepada rumah kayu beralih kepada rumah batu yang lebih kos efektif dan mampu menampung atap genting yang lebih tebal, kukuh, tahan lasak serta tahan lama, perusahaan atap Bata Singhorra jatuh merudum. Akibatnya, daripada berpuluh pengusaha atap jenis itu di Kelantan, kini, hanya tinggal satu sahaja yang kekal beroperasi iaitu di Bachok.

Keterangan lebih lanjut berkenaan atap bata Singhorra boleh diperoleh dari entry saya yang terdahulu : sekiranya berminat, sila klik ==> Distinctively KeLaTte : The Fish Scale Roof




~~~~~~~~~~ # ~ # ~ # ~ # ~~~~~~~~~~




MENGHARGAI WARISAN :
Erti Sebuah Penyampaian



Alkisah, semasa di Jepun dahulu, salah satu aktiviti kegemaran masa senggang saya ( selain bermain Counter-strike online ! ) adalah melawat tempat tempat menarik yang berselerakan di sana ( walaupun selalunya jarang ada kelapangan masa dan fulus ).

Dahulu saya menetap di Osaka, bandar ke - 2 terbesar di Jepun selepas Tokyo, terkenal sebagai bandar industri dan pelabuhan yang terulung dan bersejarah. Osaka terletak di dalam wilayah Kinki ( Kansai ) yang dikenali sebagai the origin of Japanese civilisation, cultural and dentity - tempat asal identiti Jepun yang kita kenali sekarang. Osaka juga lebih awal diasaskan berbanding ibu negara Jepun sekarang.




Kiri : Peta wilayah Kansai ( atau lebih tepatnya, Kinki ).
Kanan : Sebuah pagoda lama di kalangan rumah rumah yang sezaman dengannya di pusat bandar Kyoto. Biarpun kabel elektrik bersawang di sana sini ( itulah harga sebuah kemajuan ! ) yang sedikit sebanyak menyumbangkan kepada " kecacatan ambience pekan lama" berkenaan, usaha memulihara yang ditunjukkan tetap mempersonakan dan menarik untuk dilawati !



Dari Osaka ke Nara sehingga ke Kyoto, dari Kyoto sehinggalah ke Himeji, terdapat pekan dan bandar - bandar bersejarah yang mana banyak berhimpunnya khazanah silam yang tersenarai sebagai World Heritage oleh UNESCO.


Malaysia juga boleh berbangga kerana Taman Negara Niah dan Kinabalu turut tersenarai ( dan kini ada usaha melobi UNESCO untuk mengisytiharkan Langkawi sebagai World Geopark ) - itu pun dalam kategori natural heritage ( alam semulajadi ) bukannya cultural heritage ( kebudayaan ). Walaupun ada cubaan untuk mencalonkan Pulau Pinang dan Melaka sebagai salah satu World Heritage bagi kategori berkenaan ( kebudayaan ), setakat ini, kalau tidak silap, hasilnya masih tak ke mana. Boleh jadi usaha yang kita tunjukkan masih belum cukup ? Atau pun mungkin kerana karenah politik dunia ? Wallahu a'laam ...

Berbalik kepada Jepun,
apa yang sebenarnya ingin saya nyatakan di sini adalah betapa di sana, warisan warisan silam begitu dihargai. Walaupun tenggelam di bawah arus kemodenan, ianya masih terpulihara, berterusan dipelihara dan disampaikan dengan gaya yang menarik perhatian segenap lapisan masyarakat.

Di Jepun, lawatan ke muzium dan tinggalan silam begitu menghiburkan dan mencetuskan imaginasi. Setiap pameran dipadankan dengan aliran peristiwa dan kronologi. Malah, pergerakan pengunjung juga dihalakan selari mengikut aliran berkenaan. Bahkan keterangan yang dibekalkan juga mudah difahami serta menepati bahan pameran.

Jikalau koleksi yang dipamerkan tidak mampu juga menarik minat sekalipun, ada tarikan sampingan yang pastinya tidak mengecewakan. Sebagai contoh, kawasan persekitaran dibentuk sebegitu rupa agar memberi kesan menarik setiap kali peralihan musim. Gugusan sakura pada musim bunga, momiji dan ichou pada musim luruh. Segalanya berlatar belakangkan kota, kuil dan kediaman silam dalam setting ( both natural and artificial ) yang begitu gah sekali. Keadaan sebegini secara tidak langsung menarik segenap lapisan masyarakat Jepun untuk mendekati dan mengenali tinggalan nenek moyang mereka, sekaligus berbangga.

Kita di Malaysia agaknya lain sedikit.
Aku kurang arif tentang Muzium di negeri lain tetapi di Kelantan, muzium yang ada, walaupun memiliki koleksi yang tidak ternilai, seolah olah ingin " menghalau " pengunjung. Hambar dan tidak menyerlah dari segi penyampaian serta persembahan sehinggakan ramai yang ke Muzium, hanya keluar dalam keadaan terpinga pinga. Boleh jadi, kalau tidak kerana dipaksa guru sekolah, tak ramai anak muda ( anak sekolah ) yang berminat untuk menjenguk tempat tempat sedemikian. Orang tua pula apatah lagi ! Jangan haraplah ( nampaknya lebih baik lepak di kedai kopi berbual isu politik ). Tak percaya ? Cuba bilang berapa ramai yang datang bersantai. Kalau ramai pun boleh jadi rombongan sekolah atau sekadar singgah bergambar sahaja. Persekitaran pun begitu. Walau tinggalan silam dijaga dan dihias rapi sekalipun, persekitarannya tetap berkecamuk dan mengusutkan minda. Boleh jadi persepsi yang kita pegang sekarang cuba menafikan hakikat sedemikian. Agaknya hanya melalui lawatan ke tempat orang ( saya sarankan Jepun ) sahaja yang dapat membuka mata serta menjadi iktibar ......

( Maaf. Aku baru sahaja dikecewakan dengan lawatan ke Muzium Negeri beberapa minggu yang lepas ... rasanya tak perlu diulas di sini. Betullah kata seorang warga Jepun kepada saya, Muzium Negeri Terengganu jelas lebih menarik ! )

Sejujurnya saya gemar membandingkan Kelantan dengan wilayah Kinki.
Secara umumnya, betapa banyak perkaitan yang boleh dibuat antara Kelantan dengan wilayah berkenaan. The Kinki Region ( or also generally being referred as Kansai ) is famous with the food, historical establishments, cultured people ( the "notorious" Kansai dialect ) and romantic old town ambience - very much like Kelantan in many ways I believe.

Maka, kenapa tidak Kelantan ? Kota Bharu ?
Ternyata dalam banyak brosyur pelancongan tempatan, Kelantan selalu dinyatakan sebagai " The Cradle of Malay Culture and Civilization ". So, why not continue to live up to that claim ? Paling kurang dalam aspek khazanah senibina seperti yang saya cuba paparkan di sini ?

Salah satu impian yang diharap menjadi kenyataan semasa hayat ini adalah untuk melihat satu sudut di celah bandar Kota Bharu, dijadikan satu zon eksklusif - Zon Warisan contohnya, di mana bangunan lama dipulihara ( jika masih tertinggal ) atau dibina semula ( jika sudah lenyap ). Satu kawasan di mana langkah saja kaki ke dalamnya, terasa seperti melangkau ke zaman silam ! Di Jepun, China dan saya yakin di sebelah Barat juga, konsep sebegini memang popular dan menjadi tumpuan ramai. I believe Kota Bharu deserves the same too and with the right intention, effort, commitment and move, I believe those are more than possible !

Apa apa pun, ianya tetap tertakhluk kepada pihak berkuasa dan awam, sejauh mana difikirkan perlu. Baru sahaja saya menyentuh perihal persepsi yang saya fikir wajar dikaji semula. Adakah memadai dengan apa yang ada sekarang ?

Entahlah.
Nampaknya buat masa ini, angan angan aku jelas lebih menggunung berbanding realiti.
Dan dengan melihat trend yang ada sekarang, aku tidak fikir akan ada apa apa positive outcome yang menyebelahi pandangan aku ini.

Nak gapai bintang di langit, tangan tak sampai.
Kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga.

Cukuplah setakat ini.

Sekian, terima kasih.


BACAAN RINGAN TAPI BERAT :

Isu Pemuliharaan Bandar Warisan di Malaysia


TINJAU TINJAU ALAM CYBER :



    " Kota Bahru's architecture is modern and rather uninspiring
    but it's an interesting place and we had a nice time ...
    "


From : http://realtravel.com/kota_bahru-journals-j4147999.html









SERBA SEDIKIT BERKAITAN RUMAH LAMA JALAN SULTAN


Sejujurnya saya tidak tahu apa selayaknya ia dipanggil kerana tidak pernah diberikan nama formal. Bahkan namanya sering berubah mengikut peredaran zaman dan fungsi.
Asalnya adalah kediaman Menteri Besar Kelantan sekitar awal abad ke-20, kemudian dijadikan sekolah dan pejabat Majlis Agama Islam dan terkini, merangkap "Muzium Islam Kelantan". Tak mengapalah, eloklah saya panggil " Rumah Lama Jalan Sultan " sahaja. Begitu agaknya lebih romantis .....

Rasanya tidak perlu untuk mengulas panjang lebar, sila baca petikan di bawah dan klik sumber asal untuk keterangan lebih jelas :


Quote:

Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20.

Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar, tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara walaupun tingkapnya tertutup.

Pengubahsuaian

Sebelum diubahsuai pada tahun 1991 bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan sebuah rumah kediaman kepada ruang-ruang pejabat. Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada rekabentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau bertukar tempat, tetapi tidak sampai mengubah ciri-ciri utama bangunan yang asal.

Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan ubahsuai yang paling besar pada bangunan ini. Walaupun ia rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-ciri -dalaman seperti struktur bilik, tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.


Dipetik dari situs Perbadanan Muzium Kelantan : Muzium Islam





Ulamak Islam terkenal kelahiran Kelantan, Tok Kenali atau Awang Muhammad bin Yusof bergambar kenangan beramai ramai bersama pelawat dari Selangor, di perkarangan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan ( kini, Muzium Islam Kelantan ) pada 1931.

Foto ihsan Arkib Negara Online. Sila klik foto untuk ke sumber asal.
Penjelasan foto oleh Arkib Negara adalah seperti berikut :
" Gambar diambil di hadapan Bangunan Majlis Agama Islam Kelantan pada masa lawatan Sheikh Al-Islam Selangor ke Kota Bharu pada (28hb November, 1931). Warta Ahad 23.2.1936. "






Pejuang bangsa, Dr. Burhanuddin Al-Helmy bergambar di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan ( kini Muzium Islam Kelantan ), semasa lawatan beliau ke Kelantan pada 1937.

Foto ihsan carian online Arkib Negara. Sila klik foto untuk ke sumber asal.
Penjelasan foto oleh Arkib Negara adalah seperti berikut :
" Group taken on 7th January, 1937 in front of Majlis Agama Islam Kelantan. Second from left is Tuan Haji Abas Toha (Chief Kathi, Singapore) and on his left in coat and necktie is Dr. Burhannuddin Al-Helmy (Assistants Section Majlis Ulama Singapore). "





Dahulunya kediaman pegawai tinggi kerajaan Kelantan ( istana ), kemudian menjadi pejabat Majlis Agama Islam Kelantan dan kini, Muzium Islam Kelantan. Foto dirakam sekitar 1960-an.

Foto ihsan carian online Arkib Negara Online. Klik foto untuk ke sumber asal.





Selepas banjir besar 2004. Klik foto untuk keterangan lanjut.



BERKAITAN :

SAMA TAPI TAK ( BERAPA NAK ) SERUPA

Konsep yang popular pada masa lampau ?

Saya tertarik dengan "signature design" bangunan - bangunan ini, iaitu anjung(?) yang berbentuk semi-octagonal. Cukup unik dan menarik, agaknya tidak terdapat ( atau sudah lenyap ? ) di lain lain tempat .....

Adakah ini hanya unik bagi Pattani - Kelantan ?







( 1st row from left )
A Court House and a house of a Malay Noble, photos from the book by W.A. Graham ( Kelantan : A State of The Malay Peninsular 1908 ), taken around 1905 in Kota Bharu. Exact locations, unknown.
( 2nd row from left )
The well known Istana Jahar and the entrance to the main hall of the famous Istana Balai Besar. Both located side by side at Jalan Istana, Kota Bharu.
( 3rd row from left )
The Muzium Islam in Kota Bharu ( edited ( poster effect ) with Adobe Photoshop ) and an old but well preserved private residence at Jalan Post Office Lama in Kota Bharu.
( 4th row from left )
Private residences at Jalan Atas Banggol ( one of the main roads leading to Pantai Cahaya Bulan from the town center, off Jalan Post Office Lama ).



" DEKAT " TAPI JAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUH

Istana Kenangan of Kuala Kangsar, Perak ( completed 1931 ) :




Click image for photo's caption and original source. More on Istana Kenangan HERE.



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
& HARI PUJA UMUR SULTAN KELANTAN KE-57





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net